Showing posts with label Berita. Show all posts

Showing posts with label Berita. Show all posts

Waktu Berbuka Puasa Negeri Terengganu 1430h/2009m


Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Eksklusif : TATiUC Dikuarantin H1N1?

29/7/2009: 1.00 pm

Peringatan kepada semua Mahasiswa dan kakitangan TATiUC, Sila ambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan dijangkiti virus influenza A H1N1 dengan mengenakan topeng muka.


Aktiviti keluar masuk kolej juga dipantau oleh pengawal keselamatan .

Kakitangan dan pelajar bolehlah mendapatkan topeng muka tersebut di pondok pengawal.

Selamat Datang

Selamat Datang diucapkan
kepada semua Mahasiswa Baru
Tati University College
Sesi Julai 2009
Daripada TATiUCKINI

Penyu Mendarat di Teluk Kalong






Gambar-gambar ini dirakam oleh seorang pelajar TATiUC pada 13 Mac 2009 (Jumaat) yang lalu di pantai Teluk Kalong. Crew tak pasti akhbar tempatan ada atau tidak menyiarkan laporan tentang penemuan ini namun apa yang pasti, kami di pihak TATiUCkini turut tidak mahu ketinggalan dalam melaporkan isu-isu semasa sama ada di kampus atau masyarakat setempat.

Agak malang nasib penyu ini. Ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa. Crew tidak pasti sebab penyu ini mati tetapi melihat keadaan fizikalnya, Crew pasti ia mati dalam keadaan yang cukup menyakitkan. Kesian :-(

TATiUC - USU Jalin Kerjasama..



Ini keratan akhbar Berita Harian hari ini (10 Mac 09). MoU dengan Universiti Sumatera Utara (USU) ini adalah bagi memantapkan bidang kejuruteraan dan kedoktoran. Wah, TATiUC bakal ada course medic la tak lama lagi.... (",)

Kanopi baru




































Alhamdulillah... Dulu Crew pernah membangkitkan isu berkenaan dengan kanopi gerai makan depan blok H ini. Tetapi ketika itu, ia kelihatan agak menyedihkan. Kali ini ia sudah berwajah baru. Bukan Crew baru tahu tapi Crew baru berkesempatan untuk mengupdate blog ini (",) Crew sudah perasan kanopi ini sudah ditukarganti beberapa minggu yang lalu. Terima kasih kepada pihak yang telah menguruskan penukaran ini.

Program Ijazah Sarjana (Master) akan ditawarkan pada tahun 2009 - Rektor


Crew dapat maklumat ini daripada Buletin TATiUC keluaran ke-13 (juga dari keratan akhbar). Program yang dimaksudkan ialah Master in Engineering Technology (Mechatronics Engineering). Selain itu, 8 program baru untuk Ijazah Sarjana Muda, satu program Diploma serta sijil akan ditawarkan pada tahun 2009. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk sendiri buletin berkenaan.

Crew sangat berbangga sekiranya perkara ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. TATiUC dilihat semakin berkembang dari sudut program mahupun infrastuktur. Namun Crew agak terkilan dengan beberapa perkara yang agak penting tetapi seolah-olah dipandang remeh oleh pihak-pihak berkenaan. Ini adalah tidak sihat sekiranya kita ingin melihat TATiUC gah dipentas dunia pendidikan/pengajian tinggi.

Antara beberapa persoalan yang sering terbeban di fikiran Crew ialah:
1. Kenapa laman web rasmi TATiUC dilihat agak ketinggalan? Setahu Crew, TATiUC mempunyai tenaga yang sangat pakar dalam ICT. Laman tersebut dilihat jarang dikemaskini.

Ini sesuatu yang merugikan sekiranya perkara ini dibiar berterusan. Kenapa? Kerana ia sepatutnya menjadi medium promosi dan penyampaian informasi terkini TATiUC kepada pihak luar serta warga TATiUC sendiri.

Sebagai contoh, Crew mendapat maklumat berkenaan penawaran kursus2 baru tersebut melalui Buletin TATiUC. Lantas Crew cuba untuk mengakses web TATiUC dengan harapan, ada disertakan berkenaan penawaran kursus baru ini. Malangnya yang ada cuma penawaran kursus bagi tahun 2008.

2. Kenapa TATiUC masih menggunakan sistem semakan keputusan peperiksaan secara manual sedangkan di IPT-IPT lain, keputusan boleh diakses melalui internet? Kalau tak silap Crew, MPP sesi lepas ada mengusulkan hal ini. Crew tak pasti apa perkembangannya. Harap MPP 2009 dapat follow up. Ini sangat penting kerana status TATiUC sebagai IPT teknikal. Agak menyedihkan jika masih menggunakan sistem manual. Bukan tak boleh tapi kurang canggih =)

3. Kenapa student TATiUC suka balik hujung minggu??? Kenapa???? Ini masalah besar melibatkan mentaliti student TATiUC sendiri. Maaf jika Crew katakan, mentaliti student TATiUC sekadar di kelas ketiga. Daya pemikiran pelajar@mahasiswa sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan pelajar IPTA. Crew tak kata semua, tapi sebahagian besar. Dan Crew juga tertanya-tanya, kenapa majoriti pelajar adalah dari Terengganu? 90% atau lebih... Ini mungkin faktor utama kampus TATiUC 'sangat sunyi' ketika hujung minggu.

Crew berpendapat, TATiUC perlu menarik dan membuka peluang kepada pelajar dari negeri-negeri lain sekiranya ingin mengubah landskap keintelektualan mahasiswa dengan minda atau mentaliti kelas pertama.

Crew sangat respect dengan lecturer-lecturer TATiUC yang sangat baik dan mantop. Mungkin sukar nak cari pensyarah sebegini di tempat-tempat lain. Crew tak kata semua kerana realitinya tiada yang perfect. Namun dari pendapat Crew sendiri, majoriti pensyarah TATiUC sangat baik jika nak dibandingkan di tempat lain. Perkara ini dilontarkan sendiri daripada bekas-bekas pelajar TATiUC yang menyambung pengajian di tempat lain. Crew belum lagi =)

Justeru Crew sangat mengharapkan perubahan yang lebih positif ke arah menjadikan TATiUC sebagai IPT Teknikal terbaik di rantau ini.

Water Cooler kita bersama......

Hmm.........krew dah tak tahu nak cakap apa-apa dah pasal water cooler kita kat TATiUC ni. Mungkin pihak sepatutnya terlepas pandang atau sengaja tidak mempedulikan keadaan water cooler yang sering digunakan oleh siswa-siswi TATiUC..

Memang la teruk.....hampir setahun rasanya sepanjang pemerhatian krew mendapati filter water cooler kita tak ditukar. Sampai tumbuh alga @ lumut... Krew rasa, kalau letak ikan pun tak sempat nak mengucap. cukup teruk.....

bukan krew cakap kosong.......nah....bukti.....






Gambar nie krew ambil dekat foyer blok admin, memang malu la TATiUC kalau orang luar atau VIP dari luar tengok water cooler kita yang "bersih" ni........

Krew nak bagitahu bukan dekat blok admin saja, namun semua blok asrama juga filter water cooler tidak ditukar...........silap-silap boleh kena penyakit taun.....hehehehehehehehe

harap MPP kita turut mainkan peranan. jijik tengok tu.... Imej sebuah IPTS yang akan terkenal di seluruh dunia....realisasikan matlamat ni.

Yang Dipertua MPP sesi 2009/2010

Nor Ahmad Muttaqin telah dipilih secara rasminya sebagai Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi Sesi 2009/2010. Keputusan itu diumumkan sendiri oleh dekan HEPA semalam ketika mesyuarat MPP kali pertama.

Nama : Nor Ahmad Muttaqin Bin Mohd Sariful Lim
Program : Diploma In Networking
Pengalaman Berpersatuan :
- Kumpulan Latihan Kelana Siswa
- Persatuan Askar Wataniah TATiUC

Krew berharap agar dapat menjadi contoh terbaik buat semua mahasiswa TATiUC dari segi akhlak, akademik dan disiplin. Semoga dapat memikul Tanggungjawab yang diberi dengan penuh dedikasi dan penuh iltizam. Chaiyok2!!!

*senarai penuh kabinet MPP akan diumumkan kelak.

Mohon Tindakan Segera Pihak Berkenaan




































* Gambar ini dirakamkan di kedai makan Pak Hassan pada 27 Januari 2009. Krew difahamkan tuan kedai telah membuat aduan beberapa minggu lalu namun 'pihak berkenaan' hanya menggunakan soletape untuk cover kebocoran kanvas ini.


Diharapkan agar 'pihak yang berkenaan' dapat membuat tindakan segera dan bukan sekadar guna soletape lagi.
Bayangkanlah jika hujan ketika pelanggan sedang makan??

IPTS berdaya saing

Oleh Khairina Yasin
kayrina@bharian.com.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
[TERKINI: Perkembangan bidang teknologi komunikasi dan maklumat rangkaian di TATiUC turut dilengkapi makmal tanpa wayar untuk kemudahan pelajar.]
Kolej Universiti Tati sasar lahirkan teknokrat Melayu berkemahiran tinggi

PENUBUHAN Kolej Universiti Tati (TATiUC) sejak 15 tahun lalu dirancang untuk melahirkan teknokrat Melayu terutama dalam bidang berkaitan kemahiran tinggi bagi menampung keperluan tenaga mahir terutama di kalangan Bumiputera.

Kini, selepas dinaiktaraf statusnya dari Institut Teknikal Tinggi Terengganu (Tati) kepada TATiUC, kolej universiti itu berusaha meletakkan sasaran muncul sebagai institusi berasaskan kemahiran tinggi terulung di rantau ini.

Rektor TATiUC, Dr Mohd Rozailan Mamat, berkata sejajar penaiktarafan itu, TATiUC mengorak langkah menambah program bagi menampung permintaan pasaran kerjaya yang memerlukan kemahiran khususnya dalam bidang robotik, kejuruteraan pembuatan dan kimia.

Bermula tahun ini, katanya, TATiUC menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Tooling) dan dua program baru peringkat diploma serta ijazah sarjana muda dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Machining) akan mula ditawarkan menjelang 2010.

“Mengenai kejuruteraan kimia pula, program baru ditawarkan termasuk Diploma Teknologi Polimer, Diploma Teknologi Kimia, selain kursus pendek seperti Kimia Asas, Teknologi Polimer, Kejuruteraan Asas dan Analisa Air serta Sisa Air khusus untuk lepasan universiti dan golongan bekerja.

“Penawaran program itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pembelajaran termasuk pembelian mesin berteknologi tinggi dan terkini bernilai RM4 juta yang akan memperkasakan bidang kemahiran kendalian TATiUC.

“Selain itu, kemudahan makmal pengujian teknologi polimer dan pemprosesan polimer turut disediakan dengan

peralatan diperlukan dalam program berkaitan termasuk twin screw extruder, blow film module, cast film module, pipe and tubing module dan injection moulding machine,” katanya kepada Berita Harian.

Mohd Rozailan berkata, TATiUC turut melihat keperluan terhadap jalinan pintar bersama sektor industri yang mampu berperanan memperkasakan kualiti program dan pembangunan kolej.

Bagi tujuan itu, katanya, pelbagai kerjasama dijalinkan menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) termasuk dengan Telekom Malaysia bagi memaju serta membangunkan kemudahan dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat (rangkaian) di TATiUC.

Menerusi MoU itu, katanya, TATiUC muncul IPTS pertama di Pantai Timur menggunakan perkhidmatan internet jalur lebar menerusi perkhidmatan via Metro E bagi memenuhi keperluan pembelajaran teknologi rangkaian komunikasi terkini.

“Selain itu, TATiUC turut menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat di Jerman, KUKA Robot Automation Sdn Bhd yang berperanan membantu TATiUC meningkatkan kepakaran bidang robotik.

“Kerjasama merangkumi usaha membangunkan kelengkapan bidang robotik menerusi pemindahan teknologi, penyelidikan dan pembangunan bersama yang mampu membuka lembaran baru bidang robotik di TATiUC,” katanya.

Mohd Rozailan berkata, pembangunan infrastruktur turut menjadi fokus TATiUC menerusi pelan pembangunan keduanya dengan perancangan pembinaan bangunan baru akademik dan kolej kediaman pelajar.

Katanya, pelan itu termasuk pembinaan enam blok asrama dengan keupayaan menampung 1,000 pelajar yang dijangka siap pada 2010.

“Sejumlah RM40 juta diperuntukkan bagi tujuan pembinaan sebuah perpustakaan, dewan konvokesyen, kompleks sukan.

“Pembinaan blok akademik, blok pentadbiran dan bangunan bengkel tambahan yang dibina pada 2006 kini siap sepenuhnya dan dijangka digunakan pada akhir tahun ini.

“Dua blok akademik itu masing-masing mempunyai dua dewan kuliah yang mampu menampung 400 pelajar, selain turut dilengkapi dengan bengkel automotif,” katanya.

Katanya, TATiUC akan terus meningkatkan kualiti pendidikan selaras dengan hasrat untuk menjadi kolej universiti yang terbaik di negara ini.

Beliau turut yakin dengan kemudahan pembelajaran lengkap dan terkini, tenaga kepakaran, sistem pembelajaran berteraskan kemahiran, selain penawaran kursus yang memenuhi keperluan industri tempatan, TATiUC mampu mencapai sasaran menjadi sebuah kolej universiti terulung di Asia Tenggara.

INFO:

* Ditubuhkan pada 11 Jun 1993 dengan status milik penuh kerajaan Terengganu
* Menawarkan program pengajian berteraskan robotik, kejuruteraan pembuatan dan kimia
* Penubuhannya dirancang bagi meningkatkan jumlah tenaga teknokrat Melayu terutama bidang berkaitan kemahiran tinggi

Pakai Kasut Anda By mirlme















Tulis jangan pakai kasut, tapi ramai yang masih tidak memahami apa yang ditulis di pejabat HEPA. Untuk mengetahui dengan lebih berita lagi sila lawati http://tatiuc.com
Terima Kasih mirlme rindok.com

Kenyataan Wakil Kerusi Kursus HBF Sdr. Nazrin Burhanuddin

Terima Kasih Saudara di atas respon yang saudara berikan kepada Krew. Email yang krew terima daripada Sdr. Nazrin Berbunyi:



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga Tatiuc. First of all saya Mohd Nazrin Bin Burhanuddin pelajar Hnd Business & Finance (HBF) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada moderator www.tatiuckini.blogspot.com diatas kenyataan pada malam pencalonan bakal MPP 2009/2010. Saya ingin menegaskan tuduhan mengenai konvoi adalah salah sama sekali di mana itu merupakan annual dinner untuk kelab (MUSIM HUJAN tiada konvoi). Annual ini telah dirancang lebih kurang 3 bulan sebelum 13 januari.. jika dibandingkan dengan pengumuman pengenalan calon yang hanya saya ketahui pada sebelah petang 13 januari iaitu tidak sampai 24 jam.

Untuk pengetahuan moderator yang tercinta, saya juga telah meminta pelepasan dari pihak pentadbiran. Jadi first impression yang anda maksudkan itu semestinya sudah terjawab secara terang-terangan. Bukannya saya seorang yang tidak bertanggungjawab, tetapi saya mempunyai prinsip menepati janji. ( pegang janji) dengan 130 ahli yang lain. Mungkin sesetengah pihak berfikir bahawa annual ini tidak penting! Tetapi bagi saya, tepati janji lebih penting.

Setiap individu mempunyai hak masing-masing. Bakal MPP perlu mem `balance'kan akademik, koko dan juga social untuk mencerminkan keperibadian yang bersih . Bukan soal confirm menang ataupun sebaliknya, tetapi dua acara ini memang sukar dielakkan. Sebagai seorang pelajar tatiuc, kita semestinya mempunyai tanggungjawab lain iaitu sebagai student, ahli mana organisasi, masyarakat, anak dan sebagainya. Saya tidak boleh menjejaskan tanggungjawab lain disebabkan sesuatu events.

Soalan: acara manakah yang anda akan utamakan?

A) acara yang dirancang 3 bulan awalnya

B) acara yang baru saja anda ketahui, tidak sempat ubah plan harian

C) Tidak hadir mana-mana acara(di telan mati emak,di luah mati bapa)

Saya berasa sungguh terperanjat dan berharap pihak yang terbabit tidak mengeluarkan kenyataan yang salah dan boleh menjatuhkan tanpa bukti yang sahih. Saya tidak marah kepada mana- mana pihak, semua statement saya ambil ia sebagai pengajaran agar ia dapat menguatkan saya. tq. dan berharap pihak blog dapat mengambil tindakan setrusnya.

Akhir kata sekian, terima kasih. Harap maaf

Ceramah Motivasi & Tabung Palestin

Pagi tadi lepas je lab, krew pergi la ke blok fakulti baru sebab nak dengar ceramah motivasi anjuran HEPA TATiUC, kehadiran diambil untuk pelajar tahun 2 dan pelajar-pelajar yang akan menerima anugerah kecemerlangan akademik.

Besar dan canggih rupanya dewan fakulti baru ni. terkejut krew tengok sebaik sahaja melangkahkan kai krew ke dalam dewan tersebut.

Krew saje je pergi sebab nak dengar ceramah motivasi oleh Dato Hj. Hamidon Abd Hamid.
Memang pengisian ceramah beliau sangat berguna, namun apa yang krew lihat, mahasiswa TATiUC yang hadir ke ceramah beliau ni macam-macam ragam.

Ada yang tersengguk-sengguk akibat terlampau khusyuk mendengar ceramah beliau sambil menghayati dengan penuh perasaan sehingga memejam mata.

Pada masa tu, krew dapat la lihat bakal-bakal MPP dan mantan ahli MPP sesi lepas seperti Sdr Firdaus (YDP MPP), Sdr Lutfi Syahmi (TYDP), Ahmad Zul Jazmi, Sdr Jamri, Izzudin Moktar, Izzudin Yusof, Sdr Azri. Krew kenal pun dari website MPP 2008 Antara Bakal MPP yang telah menang dan yang akan bertanding kelak juga ada bersama. Tapi krew tak perasan la semua sebab krew cuma memerhati dari jauh saja.

Selepas motivasi yang cukup memboringkan tetapi amat bermakna, mahasiswa disegarkan dengan klip video palestin dan perasmian tabung palestin. Memang sebak dada krew melihat klip video tersebut. Tahniah HEPA.

Apa yang krew perasan tak ramai antara calon MPP baru ni terima anugerah, kalau tak salah krew, yang perempuan adalah calon yang menang kerusi kursus dari Chemical Technology, Sdri. Nur Hazwani Bt. Zakaria dan yang lelaki pula dari kursus Hnd Business and Finance Sdr. Mohd Nazrin B. Burhanuddin. Namun bagi calon yang akan bertanding dalam kerusi umum pula ialah Wan Ahmad Saufil Hamzi.

Bagi mantan MPP pula, penerima anugerah cemerlang ialah, YDP MPP '08, Sdr Firdaus Mohamad, Timbalan beliau, Sdr Lutfi Syahmi, dan Bendahari MPP '08, Ahmad Zul Jazmi.

krew mintak maaf kalau ada yang krew tertinggal nama. Tahniah krew ucapkan. Semoga dpat meneruskan kecemerlangan akademik dan dapat menjadi contoh buat mahasiswa lain.

Mana lagi calon MPP yang menang dan yang akan bertanding nanti? apakah keputusan cuma cukup makan saja? Adakah akan dapat menjadi rolemodel bagi mahasiswa TATiUC????

Masalah Wireless TATiUC.

Krew baru perasan la, lepas balik makan tadi, ada memo bertulis ada ganguan wireless kat kolej kita hari ni dengan esok (15 Januari 2009).

Mungkin ini adalah penambahbaikan untuk kemudahan wireless kita. Namun apa yang krew harapkan agar dipercepatkan kerana kelas krew dengan kawan-kawan ada assignment nak kena buat. Mungkin kelas-kelas lain pun ada....

Tapi itulah satu-satunya sumber yang utama untuk nak cari maklumat. Dulu krew selalu pergi SAC, sekarang ni krew tengok PC kat SAC tu kurang penyelenggaraan. Hope pihak tertentu ambik perhatian. Mungkin sikap atau perangai antara kita yang bergelar bakal-bakal MAHASISWA masih keanak-anakan.

Ada CCTV pun macam tak berfungsi. Krew hairan la jugak tengok keadaan SAC tu.
Ubahlah perangai dan tegur-tegurlah apa yang patut.
Hak kita kemudahan bersama, jagalah seadanya.

Krew guna broadband. Blogger berjaya, hehehehehehe (kuasa ditangan anda)

p/s: MPP yang sesi lepas ke yang usul wireless ni? Tahniah...Rujuk tatiucdaily.blogspot.com

Poster.....oh Poster........

Terperasan jugak krew tadi, masa masuk ke HEPA nak ambil borang stiker elektrik.
banyak tak banyak, memang banyak la jugak. Poster gambar-gambar calon MPP yang bakal merebut kerusi umum nanti.

krew tengok tebal la jugak poster-poster tu dalam +-200 keping la kot.

Bila la MPP baru kita ni nak start gantung poster? tak sabar krew. Dengan kehangatan pilihanraya di KT nak rasa jugak suasana pilihanraya dalam TATiUC yang semakin membangun ni.

Krew harap bakal MPP dapat jadikan contoh yang terbaik buat pelajar, biasala, bila dh jadi public figure ni semua mata memandang, semua mulut sebut-sebut. Apa yang perlu, jadikan MPP ni sebagai landasan yang terbaik untuk mengubah semua tanggapan yang negatif.

Biarlah orang nak kata apa pun, kalau kita cakap lebih-lebih kenapa kita tak masuk bertanding??

Jawapannya, ubah apa yang perlu diubah, biar orang tengok pilihanraya TATiUC tu betul-betul dijalankan dengan adil, tak payah nak paksa-paksa calon masuk kalau dia tak mahu.

Kalau krew cakap banyak-banyak nanti orang kata cakap saja lebih, dah kalau perkara yang tak betul takkan kita nk setuju. Pendirian tentukan jawapan.

Tunggu nanti, krew akan update blog ni dari semasa ke semasa.

PANAS!!! SPR Akui 'Kesilapan'

Setelah tamat waktu penamaan calon dan bantahan iaitu kira-kira jam 1.10 tengahari tadi, krew TATiUCkini telah ke pejabat HEPA untuk melihat senarai calon yang bakal bertanding pada Pilihanraya MPPTATiUC sesi 2009.

Daripada 15 kerusi kursus yang dipertandingkan, 10 calon telah menang tanpa bertanding manakala baki 5 kerusi lagi sepi tanpa sebarang calon. Manakala seramai 7 orang calon telah disenarai pendek layak bertanding untuk merebut 5 kerusi umum.

Namun, apabila kunjungan kali kedua ke pejabat HEPA pada jam 3.05 petang, krew TATiUCkini sangat terkejut apabila senarai nama calon telah berubah. 8 nama tersenarai untuk pertandingan kerusi umum iaitu bertambah seorang walaupun waktu penamaan dan bantahan telah tamat.

Apabila disemak, seorang calon yang asalnya sudah menang tanpa bertanding di kerusi kursusnya telah 'bertukar' ke kerusi umum. Apa yang pasti kami kenal orangnya kerana calon tersebut turut bersama-sama kami pada tengahari tadi di pejabat HEPA.

Apabila perkara ini diajukan kepada Dekan HEPA, beliau mengakui terdapat 'kesilapan' pada senarai pengumuman pertama iaitu selepas tamat waktu bantahan. Apa yang dimusykilkan di sini ialah, ketika bersama-sama dengan calon tersebut di pejabat HEPA pada jam 1.10 tengahari tadi, calon tersebut tidak langsung membuat bantahan dan mengaku bahawa dia sememangnya ingin bertanding untuk kerusi kursus. Namun kelihatan agak berminat untuk bertanding di kerusi umum.

Persoalannya, di manakah 'kesilapan' yang telah dimaklumkan oleh Dekan tersebut yang memungkinkan perubahan calon ini?

Bukan ingin mengeruhkan keadaan, cuma kami menuntut profesionalisme daripada kakitangan HEPA terutamanya petugas SPR. Peraturan-peraturan Pilihanraya Kampus perlu dipatuhi seadanya. Ada juga calon yang mengadu telah dipaksa oleh pihak tertentu untuk bertanding akibat ketiadaan calon berkaliber.

Namun, apakah motif dan rasional di sebalik paksaan tersebut? Apakah perkara ini terkandung dalam matlamat asal pilihanraya kampus? Adakah peruntukan undang-undang yang membenarkan pihak Fakulti, HEPA mahupun SPR memaksa calon bertanding? Sungguh sedih dan memalukan.

Pihak HEPA seharusnya mencari apakah punca kemandulan minat terhadap kepimpinan kampus di kalangan mahasiswa. Hal ini mungkin disebabkan tiada atau kurangnya program-program yang dapat mencungkil minat dan bakat-bakat kepimpinan mereka.

Adalah besar harapan kami sebagai mahasiswa kampus ini untuk melihat perubahan ke arah yang lebih positif supaya nilai intelek kemahasiswaan terus subur di bumi TATiUC ini.