Showing posts with label Info. Show all posts

Showing posts with label Info. Show all posts

Waktu Berbuka Puasa Negeri Terengganu 1430h/2009m


Selamat Menjalani Ibadah Puasa

H1N1: Anjurkan seminar kesihatan

Dimaklumkan sehingga 17 Ogos 2009 jam 9.00 pagi sejumlah 284 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 33 pesakit yang disahkan H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara. Daripada 33 kes yang sedang menerima di ICU, di dapati 17 kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (8), asma (3), obesiti (2), kecacatan otak (2), hamil (1) dan post-delivery (1).

Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan sekali lagi bahawa rawatan antiviral hanya diberikan kepada 3 kumpulan berikut tanpa perlu menjalani ujian pengesahan influenza A(H1N1):

  1. Individu yang mempunyai simptom influenza-like illness (ILI) dan mempunyai faktor risiko.
  2. Individu yang mempunyai simptom ILI, tanpa mempunyai faktor risiko tetapi mempunyai demam yang tinggi (>38°C) berpanjangan (lebih daripada 2 hari).
  3. Individu yang telah menjalani ujian “rapid test” serta didapati positif, mereka akan diberikan rawatan antiviral jika mengalami simptom jangkitan menjadi teruk dalam masa 48 jam.

Orang ramai juga terus diminta untuk sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapatkan rawatan segera bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1). Maklumat dan perkembangan semasa jangkitan influenza A(H1N1) boleh diperolehi melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03­88810300. Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.

Memandangkan penularan penyakit virus H1N1 semakin membimbangkan, Crew mencadangkan pihak2 berkenaan sama ada pengurusan (HEPA) atau MPP menganjurkan satu seminar kesihatan supaya kita semua lebih faham apa itu H1N1 dan langkah2 berjaga yg sepatutnya diambil bagi menangani penyakit ini.

'Mencegah itu lebih baik dari mengubati'

Info Kesihatan: Kenali H1N1

Fakta Mengenai H1N1

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas

3. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang

4. Wanita mengandung

5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus

6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)

7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain


Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.

* Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).

* Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

* Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:

1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul

2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam

3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat

o Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema

o Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.

o Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.

o Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.

4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.

5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.

6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal

7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian

8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Sumber: http://h1n1.moh.gov.my/FaktaH1N1.php

Internet Access di TATiUC Dipantau


Sebelum ini para Mahasiswa TATiUC boleh mengakses internet menggunakan perkhidmatan wireless secara bebas dan sukar dikawal.

Oleh kerana kebebasan yang mutlak diberikan oleh pihak PPTM ramai yang menggunakan peluang ini untuk pelbagai tujuan, antaranya menyiapkan assignment dan juga untuk muat turun pelbagai filem dan cerita.

Hampir kebanyakan dari kita memuat turun atau download filem dan cerita-cerita ini menggunakan P2P Search Engine. Apakah itu P2P?

P2P ialah satu protokol dalam applikasi untuk muat turun seperti Bit-Torrent, Ares, Metacafe, Internet Download Manager (IDM) dan lain-lain lagi. P2P engine ini akan berfungsi untuk muat turun dengan cara ter pantas dan sekiranya sambungan internet terputus, ia mampu untuk menyambung kembali kerja-kerja men download ini sehingga selesai.

Akibat yang orang lain akan tanggung daripada aktiviti P2P yang tidak terkawal akan menyebabkan kita kehilangan bandwidth atau kelajuan untuk aksess ke internet.
dan kadang-kadang sambungan wireless ada tapi, tidak dapat akses ke internet. Yang tidak berdosa turut menjadi mangsa........

Justeru itu pihak PPTM menggunakan authentication kepada Mahasiswa TATiUC ada wajarnya, sehinggakan mereka mengambil MAC address setiap laptop atau PC pelajar untuk memudahkan lagi pengawasan penggunaan internet pelajar. Jadi Terpaksalah pelajar usung laptop san sistem unit mereka ke pejabat PPTM untuk pertama kali mendaftar.

Mac Address adalah alamat atau ertikata lainnya kombinasi unik pengenalan kepada sesebuah device, seperti PC atau laptop mempunyai satu ID yang tidak sama dengan ID pada lain-lain PC atau laptop. Untuk mengawasi pelajar menggunakan IP address adalah sukar kerana ia diberikan secara DHCP (automatik).

Selepas ini aktiviti pelajar untuk akses ke internet dikawal oleh RADIUS server yang akan membenarkan akses untuk pelajar yang berdaftar sahaja. Pihak PPTM juga boleh menetapkan had jumlah bandwidth bagi seseorang pelajar. Bagi penggemar atau kaki download, terpaksalah menunggu masa yang lebih lama dari sebelumnya untuk mendownload cerita. Oleh itu sabar-sabarlah ye........

Setiap aktiviti pelajar akan dapat dikesan melalui MAC address, Username dan password. Pihak yang mengawal akses pelajar dapat mengenalpasti dengan mudah masa pelajar tersebut akses internet, masa apabila pelajar itu logout, bandwidth yang digunakan, Laman web yang dilawati....... Kalau si A melawat satu laman web porno, MAC Address si A akan di rujuk kedalam database pelajar dan segala maklumat peribadi seperti Nama, No. Matrik, Kos, dan segala maklumat lain dapat dikenal pasti.

Dengar-dengar kata pihak PPTM akan menaik tarafkan Bandwidth dari 10Mbps ke 32Mbps dalam masa terdekat ni. Selain itu juga semua mahasiswa diberikan perkhidmatan E- Mail peribadi sendiri contoh email saya : NT07A05025@stud.tatiuc.edu.my

Oleh itu kaki download, kaki pornografi dan para "hacker" TATiUC anda telah mendapat satu lagi dugaan baru....... berhati-hatilah.................

Credit to: http://azrinets.blogspot.com/