Showing posts with label Isu mahasiswa. Show all posts

Showing posts with label Isu mahasiswa. Show all posts

Isu: Gelanggang tenis baru untuk siswi?

Selasa,4 ogos,6.15ptg,

-Saya dilarang oleh staff tatiuc daripada bermain tennis di gelanggang baru belakang blok c. Dengan alasan tempat ini hanya untuk mahasiswi.
-1 Persoalanya, adakah tempat itu hanya benar2 utk mahasiswi??
-2 Ade ke mahasiswi nak bermain tennis. Saya tak pernah nampak mahasiswi nak bermain tennis. Ade ke mahasiswi nak main tennis?
-3 tidak kah membazir jika gelanggang tak digunakan sedangkan ade mahasiswa yang memerlukan.X kan nak dibiarkan sampai berkulat.
-4 Jika mahasiswa di blok baru ingin bermain hanya boleh bermain di blok lama??, tidakkah memenatkan mahasiswa tersebut,lagipun selalu court penuh oleh kerana digunakan oleh staff dan pensyarah.
-5 tak kan nak bermain di court bola tampar?? tak kesian ke?? lagipun court tersebut tidak cukup syarat untuk dijadikan sebagai court tennis. contoh: line,net,keluasan dan pehadang bola.
-6 macam mana nak melahirkan mahasiswa serba boleh bersukan?? sedangkan seolah-olah di halang.
- saya amat meminta kepada crew mencadangkan sesuatu ataupun sama-sama menyelesaikan masalah ini. kerja sama amat dihargai.

yang benar,
student suka bersukan.

Demikian 'luahan hati' seorang mahasiswa kepada TATiUCkini....

Crew ingin berkongsi pendapat dan pandangan berkenaan dengan gelanggang tenis baru di sebelah blok siswi. Crew merasakan, mahasiswa perlu berfikir dengan lebih matang. Tak perlulah perkara sekecil ini diperbesarkan. Pendapat Crew, pihak pengurusan TATiUC tidak wajar dipersalahkan dalam hal ini. Amat tidak wajar pelajar mempertikaikan tindakan pihak pengurusan mengkhususkan gelanggang itu kepada siswi.

Jadi mengapa isu berkenaan gelanggang tenis ini timbul? Mungkin ada pelajar tidak sedar atau tidak pernah tahu, apakah justifikasi pihak pengurusan mengkhususkan gelanggang tersebut kepada siswi. Bagi yang malas berfikir, pasti akan menyalahkan tindakan pengkhususan tersebut namun tidakkah mereka sedar, idea atau cadangan pengkhususan tersebut datang dari mahasiswa juga? Dan Crew melihat tindakan pihak pengurusan ini sebagai satu tindakan yang tepat kerana ini secara tidak langsung membuktikan pihak pengurusan TATiUC peka dengan suara dan kehendak mahasiswa.

Persoalannya di sini, jika gelanggang tersebut tidak digunakan, siapa patut dipersalahkan?
1. MPP yang mengutarakan cadangan kepada pengurusan.
2. Pihak pengurusan yang merealisasikan cadangan dan kehendak mahasiswa.
3. Pelajar siswi yang tidak menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan.

Crew tidak mahu menyalahkan sesiapa. Crew memuji tindakan MPP dan pihak pengurusan yg telah merealisasikan kehendak mahasiswa namun Crew kecewa dengan sikap mahasiswa yang tidak pandai menghargai perkhidmatan yg telah disediakan.

Kepada siswa yg mengadu, Crew ucapkan terima kasih kerana sudi mengadu dan segala pandangan Crew di atas moga dapat diterima. Untuk pengetahuan juga, pihak pengurusan telah membina gelanggang tenis untuk siswa di blok baru namun mahasiswa sendiri yang mahu menukarkannya kepada gelanggang futsal.

Nasihat Crew kepada rakan-rakan mahasiswa TATiUC yg bijaksana, bersabarlah.. Crew yakin pihak pengurusan sedang menambahbaik kemudahan infrastruktur di kampus kita ini. Semua itu pasti memerlukan masa.

Eksklusif : TATiUC Dikuarantin H1N1?

29/7/2009: 1.00 pm

Peringatan kepada semua Mahasiswa dan kakitangan TATiUC, Sila ambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan dijangkiti virus influenza A H1N1 dengan mengenakan topeng muka.


Aktiviti keluar masuk kolej juga dipantau oleh pengawal keselamatan .

Kakitangan dan pelajar bolehlah mendapatkan topeng muka tersebut di pondok pengawal.

Parking?!!


Ini beberapa gambar yang sempat dirakamkan kamera TATiUCkini. Jika anda tidak mahu kenderaan anda dikunci seperti ini, silalah parking di tempat yang betul dan tidak menyusahkan pengguna yang lain.

Lagi Panas!! Siswi cuba bunuh diri

Gambar hiasan

Crew sangat terkejut dan sedih apabila mendapat berita ini. Bukan niat Crew bercerita di sini untuk memburuk-burukkan keadaan. Bukan juga untuk mengaibkan sesiapa. Tetapi atas rasa amanah dan tanggungjawab, Crew terpanggil untuk membetulkan kembali akidah kita yang semakin goyah di zaman yang penuh kejahilan ini.

Crew difahamkan, siswi tersebut cuba bunuh diri akibat putus cinta (mungkin ada kaitan dengan kes ugut). Hmm... Crew rasa, ini bukan kes putus cinta biasa. Crew tak berminat nak cerita kenapa dia putus cinta tetapi Crew nak cerita betapa buruknya perbuatan bunuh diri ini di sisi Islam. Crew juga nak cerita tentang keburukan bercouple tanpa ikatan yang sah yang ternyata hanya membawa fitnah dan keburukan. Namun terlebih dahulu Crew meminta maaf sekiranya tulisan Crew kali ini ada menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Crew bukanlah orang yang faqih dalam agama. Justeru Crew tak berhajat untuk memanjang lebarkan tulisan ini kerana Crew tahu, anda akan boring membaca tulisan berbentuk tazkirah panjang. Takpa, Crew cuba ringkaskan seringkas-ringkasnya.

Membunuh diri itu haram di sisi agama. Crew ulang, HARAM!! Anda faham maksud haram? Kalau faham bagus. Kalau tak, anda adalah manusia yang sangat malang. Justeru belajarlah untuk faham. Sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. yang bermaksud:

Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Bercouple tanpa ikatan yang sah juga HARAM. Hah?!! Haram?? Kenapa, tak percaya?

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat" (al-Isra:32).

Ini bukan ayat Crew tetapi ini perintah Tuhan. Perintah yang WAJIB ditaati. Tapi ramai yang tak tahan. Nak jugak bercinta, bercouple, ke hulu ke hilir, buat date, pergaulan terlalu bebas, bergayut berjam jam membuang masa dan kredit. Ini semua pintu-pintu perbuatan zina. (Kalau rajin klik dan baca artikel ini)

Crew tau ada yang berpendapat tidak salah bercinta tetapi perlu mengikut syariat. Persoalannya, adakah kita faham tuntutan syariat yang dimaksudkan? Jangan sebut ikut sedap mulut saje tapi hati langsung tidak memahami. Inilah masalah yang semakin membarah di kalangan remaja hari ini. Semakin hilang harga diri. Yang perempuan bercinta sehingga tergadai body. Yang lelaki entah ke mana menghilangkan diri.

Benarlah kata Nabi S.A.W. fitnah paling besar di akhir zaman ialah perempuan. Wahai teman-temanku, tinggalkanlah amalan yang membawa fitnah dan kemurkaan ini. Astaghfirullahalazim... Bertaubatlah sebelum terlambat.

Kesimpulan Crew, 2 perkara besar yang ingin disampaikan di sini. Pertama, bunuh diri itu totally haram (klik di sini). Jangan buat. So, jika ada masalah atau tekanan perasaan, Islam ada solusinya.

Kedua, ingin Crew bertanya kepada anda yang bercinta, kenapakah bercinta? Jika ingin menjadikan sebagai sumber inspirasi untuk cemerlang dalam study, alasan ini tidak benar sama sekali. Karut, jangan tertipu. Jika ingin menjadikannya sebagai teman hidup, suami atau isteri, bernikahlah cepat-cepat. Jika sekadar ingin main-main serta memenuhi keseronokan diri dan nafsu, berhenti dan bertaubatlah.

PANAS!! 30 pelajar TATiUC naik nama di AADK??

Cubaan pensyarah buang dadah dalam mangkuk tandas gagal

KUALA TERENGGANU - Cubaan seorang pensyarah lelaki membuang dadah ke dalam mangkuk tandas bagi tujuan menghilangkan bukti tidak berhasil apabila dadah berkenaan tidak tenggelam, sebaliknya timbul kembali.

Pensyarah yang berkhidmat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kemaman itu bertindak demikian selepas terkejut dengan serbuan dilakukan sepasukan polis bahagian Narkotik di sebuah rumah di Bukit Kuang, Kemaman.

Hasil serbuan itu, polis berjaya menahan pensyarah berumur 35 tahun itu dan seorang lagi rakannya yang berkhidmat sebagai juruteknik di IPTA sama, bersama dengan dadah jenis syabu seberat hampir dua gram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintendan Roslan Abdul Wahid berkata, serbuan ke atas rumah di kawasan perumahan itu dilakukan melalui Operasi (Ops) Tapis yang dilancarkan di daerah berkenaan.

“Ketika anggota polis menyerbu rumah, pensyarah yang tinggal di Kemaman itu dilihat terus berlari ke arah tandas dan membuang sesuatu dipercayai dadah ke dalam mangkuk tandas namun dadah itu timbul kembali.

“Dengan penemuan dadah di dalam rumah sewa juruteknik berumur 25 tahun dan belum berkahwin itu, polis menahan kedua-dua suspek bersama dadah jenis syabu berkenaan bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Roslan, hasil siasatan awal pihaknya mendapati, pensyarah yang mempunyai dua anak itu sering ke rumah juruteknik terbabit bagi tujuan melepaskan gian, malangnya perbuatan mereka berjaya dihidu polis.

“Pensyarah yang tinggal berhampiran dengan rumah rakannya itu sudah lebih setahun mengambil dadah dan hasil ujian air kecing, kedua-dua lelaki terbabit disahkan positif menggunakan dadah.

“Mereka ditahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15 (1) (a) akta sama kerana memasukkan dadah ke dalam badan, jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan sehingga lima tahun,” katanya.

-----------------------------------------------------------------------------------

Berita di atas diambil dari akhbar Sinar Harian, Jumaat 20 Mac 2009. Crew tidak pasti IPTA manakah yang dimaksudkan dalam laporan berita tersebut kerana setahu Crew, di Kemaman ini tiada IPTA. IPTS banyaklah termasuk TATiUC sendiri. So, pengajaran pertama, jangan terlalu percayakan laporan akhbar kerana mereka selalu 'buat-buat cerita' untuk melariskan jualan.

Namun, ada pengajaran yang lebih utama. Crew mendapat maklumat bahawa lebih kurang 30 orang pelajar TATiUC naik nama di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Dan tambah mengecewakan, majoritinya adalah siswi. Crew juga dimaklumkan bahawa urine test telah dijalankan secara rawak namun persoalannya, bagaimana nak trace mereka yang terlibat dalam pengedaran sahaja dan bukan penyalahgunaan?


Isu dadah bukan isu main-main. Bukan isu remeh. Sudah ramai pelajar TATiUC yang tertangkap dan diberhentikan pengajian. Dan yang lebih merunsingkan sebenarnya adalah tabiat penyalahgunaan dan pengedaran dadah ini dikhuatiri akan merebak kepada pelajar-pelajar lain. Kes-kes kecurian juga sebahagian besarnya melibatkan mereka yang terlibat dengan najis ini.


Justeru, Crew mengharapkan sokongan semua pihak agar dapat membantu menyelesaikan isu ini. Sila laporkan kepada pihak atasan sekiranya anda mempunyai maklumat berkenaan hal ini. Kami juga sedia menerima laporan dan maklumat daripada anda.
tatiuckini08@gmail.com