Mohon Tindakan Segera Pihak Berkenaan




































* Gambar ini dirakamkan di kedai makan Pak Hassan pada 27 Januari 2009. Krew difahamkan tuan kedai telah membuat aduan beberapa minggu lalu namun 'pihak berkenaan' hanya menggunakan soletape untuk cover kebocoran kanvas ini.


Diharapkan agar 'pihak yang berkenaan' dapat membuat tindakan segera dan bukan sekadar guna soletape lagi.
Bayangkanlah jika hujan ketika pelanggan sedang makan??

Dari YDP MPPTATiUC 2008

*emel yang dikirim oleh mantan YDP MPP sesi 2008

Assalamualaikum w.b.t.

Saya menyedari kehadiran blog ini pada minggu lepas. Saya mengambil kesempatan untuk menyentuh beberapa perkara di sini.

1. Terima kasih kepada pihak admin dan krew TATiUCkini di atas usaha mewujudkan blog ini. Melihat dari sudut positif, saya merasakan blog ini mampu membangkit dan meningkatkan kepekaan mahasiswa terhadap perkembangan semasa kampus.

2. Saya berharap agar blog ini tidak disalah guna untuk ‘menyerang’ mana-mana pihak. Namun, jika ada isu yang dirasakan sesuai diketengahkan, mungkin blog ini mampu menjadi platform terbaik untuk mahasiswa melontarkan pandangan.

3. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan baru MPPTATiUC 2009. Adalah besar harapan saya agar agenda kebajikan mahasiswa terus diutamakan.

4. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada seluruh warga mahasiswa TATiUC di atas segala kekurangan dan kelemahan saya semasa memegang amanah selaku YDP MPPTATiUC 2008.

5. Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan TATiUC serta pihak HEPA di atas kerjasama yang telah diberikan untuk memastikan kebajikan mahasiswa terus terbela.

6. Melihat kepada senario kampus dari sudut nilai sahsiah pelajar, saya merasakan ianya bukanlah suatu keadaan yang boleh dianggap memuaskan. Justeru, saya mengharapkan akan ada usaha untuk meningkatkan nilai ini baik dari pihak MPP mahupun pihak HEPA dan pengurusan.

7. Khas buat MPPTATiUC sesi 2009, jalankanlah amanah yang diberi dengan baik dan komited. Serlahkanlah potensi diri anda sebagai pemimpin mahasiswa yang mampu menunjukkan contoh yang baik sama ada melalui sudut kepimpinan, akhlak, mahupun akademik.

Akhir kata, suka saya untuk mengajak kita semua muhasabah melalui firman Allah yang bermaksud:

Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa dan janganlah kamu tolong menolong dalam membuat dosa dan perlanggaran.” (al-Maidah:2) dan;

Tiap diri bertanggungjawab atas apa yang diperbuatnya
(al-Muddatsir:28)

Sekian.

FIRDAUS BIN MOHAMED

SUMBANGLAH UNTUK PALESTIN

BEBASKAN PALESTIN!!!!!!!!!





SUMBANGLAH BUAT MEREKA, KERANA SUMBANGAN KITA AMAT BERMAKNA.
SEDIKIT SUMBANGAN MAMPU MEMBUAT PERUBAHAN YANG BESAR.
SALURKAN SUMBANGAN ANDA DI PEJABAT HEPA TATiUC






SIAPAKAH BAKAL YDP MPP TATiUC 2009

Semuanya bakal terjawab esok apabila kesemua 14 ahli MPPT 2009 akan mengambil peperiksaan untuk menentukan bakal YDP, dan bukannya melalui undian terbanyak.

Tidak mustahil jika YDP pada kali ini adalah dari wakil SISWI. Mengharapkan pelaksanaan secara telus dan adil dari pihak SPR PRK TATiUC 2009
.......................................................................

BENARKAH DAKWAAN INI??

Krew baru terima satu email daripada seorang siswi TATiUC .

Assalamualaikum krew, pertama sekali saya mengucapkan tahniah kepada krew tatiuckini dan semua moderator tatiuckini kerana memberikan saya peluang dan ruang untuk menyampaikan suara hati saya.

Bukanla saya nakkan publisiti murahan , saya yang pernah juga masuk bertanding untuk PRK di salah sebuah IPTA yang tak perlu saya beritahu namanya. Apa yang saya ingin kongsikan bersama adalah, memang berbeza suasana PRK di IPTA lama saya dan di TATiUC. Walaupun begitu, saya amat berdukacita sekali apabila melihat PRK pada kali ini dijalankan dengan agak tidak begitu sempurna. Namun tiada yang bangkit atau berani menyatakan apa yang betul dan apa yang tidak.

Saya kecewa dan terkilan sekali apabila saya sendiri tidak sempat untuk mengundi buat pertama kalinya saya di TATiUC. Ini adalah disebabkan kekeliruan terhadap
poster yang mengatakan bahawa waktu mengundi bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari. Saya tiba di tempat untuk membuang undi tepat jam 12 tgh hari berikutan kelas saya yang sepatutnya berakhir pada jam 1pm telah ditamatkan lebih awal. Namun apa yang saya dapati, semua pegawai2 SPR telah selesai mengemas tempat membuang undi dan sedang menikmati jamuan tengah hari.

memang sudah tentu tempoh masa mengundi sudah selesai dah saya tengok semua dah kemas blake,siap tgh makan. Adala saya tengok beberapa org calon MPP pada ketika itu sedang berbual, lalu dengan keadaan tertanya-tanya mengapa pihak HEPA tidak mengikuti masa seperti yang di maklumkan kepada mahasiswa TATiUC.

Saya tidak kisah kerana saya tidak sempat mengundi, namun saya pelik dan hairan, mengapa calon-calon itu sendiri tidak membuat bantahan kerana perkara sebegini mampu
menggugat bilangan undi mereka. Atau mereka langsung tidak berminat dalam perkara ini.

Namun kita perlu sedar,apabila kita langsung tidak berbuat apa-apa dalam perkara sebegini kita mudah diperdaya.
Mahasiswa sepatutnya berfikiran lebih matang dan peka dengan keadaan sekeliling. Saya tidak bermaksud untuk memburukkan mana-mana pihak, dan harap pihak HEPA dapat memperbaiki kelemahan ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Harap krew tidak mendedahkan email saya kepada umum.

Senarai Penuh MPPTATiUC Sesi 2009

1. Mohd Alias B. Mohamad (HBF)
2. Wan Ahmad Saufil Hamzi (HEE)
3. Mohd Armia B. Zakaria (PT)
4. Nor Ahmad Muttaqin Bin Mohd Sariful Lim (NT)
5. Mohd Hafiz B. Mohd Noor (MT)
6. Fatehah Hanim Bt. Ahmad Othman (MT)
7. Helmi B. Ramli (CIS)
8. Noor Rabiatul Adawiyah Bt. Ahmad Razif (EI)
9. Ahmad Firdaus B. Jamaludin (TM)
10. Nur Hazwani Bt. Zakaria (CT)
11. Syazwani Bt. Md Sobri (GMK)
12. Kok Liang Yi (HEE)
13. Mohd Nazrin B. Burhanuddin (HBF)
14. Nor Luqman Hazim B. Sarip (HME)

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KAMPUS TATiUC 2009

KEPUTUSAN PILIHANRAYA TELAH DIUMUMKAN OLEH PENGARAH SPR PRK TATiUC
MERANGKAP DEKAN HEPA PADA JAM 2.15 TENGAH HARI TADI.

5 KERUSI UMUM
  1. Nor Ahmad Muttaqin Bin Mohd Sariful Lim (NT)
  2. Wan Ahmad Saufil Hamzi
  3. Mohd Armia B. Zakaria (PT)
  4. Mohd Alias B. Mohamad (HBF)
  5. Mohd Hafiz B. Mohd Noor (MT)
CALON YANG KALAH:

  1. Siti Rahimah Bt. Ismail (HBF)
  2. Nurul jannah Bt. Mahat (HBF)
  3. Aminatul Yuhanis Bt. Yahya (HBF)

Selamat Mengundi

SELAMAT MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI
MAHASISWA
TATi UNIVERSITY COLLEGE


PILIHANRAYA
Tarikh: 20 Januari 2009
Masa: 8.30 Pagi - 12.30 Tengahari
Tempat: Blok A, Bangunan Akademik

TATiUCkini MENGUCAPKAN SELAMAT MENGUNDI

p/s: Jangan Lupa Bawa Bersama Kad Matrik Anda.....

IPTS berdaya saing

Oleh Khairina Yasin
kayrina@bharian.com.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
[TERKINI: Perkembangan bidang teknologi komunikasi dan maklumat rangkaian di TATiUC turut dilengkapi makmal tanpa wayar untuk kemudahan pelajar.]
Kolej Universiti Tati sasar lahirkan teknokrat Melayu berkemahiran tinggi

PENUBUHAN Kolej Universiti Tati (TATiUC) sejak 15 tahun lalu dirancang untuk melahirkan teknokrat Melayu terutama dalam bidang berkaitan kemahiran tinggi bagi menampung keperluan tenaga mahir terutama di kalangan Bumiputera.

Kini, selepas dinaiktaraf statusnya dari Institut Teknikal Tinggi Terengganu (Tati) kepada TATiUC, kolej universiti itu berusaha meletakkan sasaran muncul sebagai institusi berasaskan kemahiran tinggi terulung di rantau ini.

Rektor TATiUC, Dr Mohd Rozailan Mamat, berkata sejajar penaiktarafan itu, TATiUC mengorak langkah menambah program bagi menampung permintaan pasaran kerjaya yang memerlukan kemahiran khususnya dalam bidang robotik, kejuruteraan pembuatan dan kimia.

Bermula tahun ini, katanya, TATiUC menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Tooling) dan dua program baru peringkat diploma serta ijazah sarjana muda dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Machining) akan mula ditawarkan menjelang 2010.

“Mengenai kejuruteraan kimia pula, program baru ditawarkan termasuk Diploma Teknologi Polimer, Diploma Teknologi Kimia, selain kursus pendek seperti Kimia Asas, Teknologi Polimer, Kejuruteraan Asas dan Analisa Air serta Sisa Air khusus untuk lepasan universiti dan golongan bekerja.

“Penawaran program itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pembelajaran termasuk pembelian mesin berteknologi tinggi dan terkini bernilai RM4 juta yang akan memperkasakan bidang kemahiran kendalian TATiUC.

“Selain itu, kemudahan makmal pengujian teknologi polimer dan pemprosesan polimer turut disediakan dengan

peralatan diperlukan dalam program berkaitan termasuk twin screw extruder, blow film module, cast film module, pipe and tubing module dan injection moulding machine,” katanya kepada Berita Harian.

Mohd Rozailan berkata, TATiUC turut melihat keperluan terhadap jalinan pintar bersama sektor industri yang mampu berperanan memperkasakan kualiti program dan pembangunan kolej.

Bagi tujuan itu, katanya, pelbagai kerjasama dijalinkan menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) termasuk dengan Telekom Malaysia bagi memaju serta membangunkan kemudahan dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat (rangkaian) di TATiUC.

Menerusi MoU itu, katanya, TATiUC muncul IPTS pertama di Pantai Timur menggunakan perkhidmatan internet jalur lebar menerusi perkhidmatan via Metro E bagi memenuhi keperluan pembelajaran teknologi rangkaian komunikasi terkini.

“Selain itu, TATiUC turut menjalinkan kerjasama dengan sebuah syarikat di Jerman, KUKA Robot Automation Sdn Bhd yang berperanan membantu TATiUC meningkatkan kepakaran bidang robotik.

“Kerjasama merangkumi usaha membangunkan kelengkapan bidang robotik menerusi pemindahan teknologi, penyelidikan dan pembangunan bersama yang mampu membuka lembaran baru bidang robotik di TATiUC,” katanya.

Mohd Rozailan berkata, pembangunan infrastruktur turut menjadi fokus TATiUC menerusi pelan pembangunan keduanya dengan perancangan pembinaan bangunan baru akademik dan kolej kediaman pelajar.

Katanya, pelan itu termasuk pembinaan enam blok asrama dengan keupayaan menampung 1,000 pelajar yang dijangka siap pada 2010.

“Sejumlah RM40 juta diperuntukkan bagi tujuan pembinaan sebuah perpustakaan, dewan konvokesyen, kompleks sukan.

“Pembinaan blok akademik, blok pentadbiran dan bangunan bengkel tambahan yang dibina pada 2006 kini siap sepenuhnya dan dijangka digunakan pada akhir tahun ini.

“Dua blok akademik itu masing-masing mempunyai dua dewan kuliah yang mampu menampung 400 pelajar, selain turut dilengkapi dengan bengkel automotif,” katanya.

Katanya, TATiUC akan terus meningkatkan kualiti pendidikan selaras dengan hasrat untuk menjadi kolej universiti yang terbaik di negara ini.

Beliau turut yakin dengan kemudahan pembelajaran lengkap dan terkini, tenaga kepakaran, sistem pembelajaran berteraskan kemahiran, selain penawaran kursus yang memenuhi keperluan industri tempatan, TATiUC mampu mencapai sasaran menjadi sebuah kolej universiti terulung di Asia Tenggara.

INFO:

* Ditubuhkan pada 11 Jun 1993 dengan status milik penuh kerajaan Terengganu
* Menawarkan program pengajian berteraskan robotik, kejuruteraan pembuatan dan kimia
* Penubuhannya dirancang bagi meningkatkan jumlah tenaga teknokrat Melayu terutama bidang berkaitan kemahiran tinggi

CALON BUANG POSTER!!!!!!

Krew mendapat maklumat daripada "mata-mata" TATiUCkini menyatakan bahawa ada salah seorang calon yang akan bertanding bagi merebut kerusi UMUM pada 20 Januari 2009 ini telah membuang poster beliau sendiri kedalam tong sampah.

Hmmm.......apa la nak jadi dengan calon ini, sudah la tidak nampak batang hidung di program asyura yang dianjurkan oleh HEPA. Namun menurut mata-mata krew ini juga memberitahu bahawa sudah ada calon yang mula menggantung poster-poster mereka.

Apala nak jadi dengan calon ni sorang, kalau dah tahu tak de orang nk sokong, tak payah lah nak masuk bertanding, buang duit, buat malu diri sendiri je. krew harap calon tersebut dapat memberikan respon kepada krew.

Krew taknak la busy body nak ambil port kemana atau buat apa calon tersebut dengan aweknya. Sebab itu hak masing-masing.

Namun krew sedih la bila mendengar bakal pemimpin Mahasiswa Kolej Universiti TATi berperangai begini, anda akan menjadi role model bagi semua Mahasiswa TATiUC tak kira junior atau senior.

Mungkin krew tak mahu salahkan calon tersebut kerana dengar kata, beliau adalah antara yang dipaksa masuk bertanding bagi merebut kerusi UMUM. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam soal ini????

Pakai Kasut Anda By mirlme















Tulis jangan pakai kasut, tapi ramai yang masih tidak memahami apa yang ditulis di pejabat HEPA. Untuk mengetahui dengan lebih berita lagi sila lawati http://tatiuc.com
Terima Kasih mirlme rindok.com

Kenyataan Wakil Kerusi Kursus HBF Sdr. Nazrin Burhanuddin

Terima Kasih Saudara di atas respon yang saudara berikan kepada Krew. Email yang krew terima daripada Sdr. Nazrin Berbunyi:



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga Tatiuc. First of all saya Mohd Nazrin Bin Burhanuddin pelajar Hnd Business & Finance (HBF) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada moderator www.tatiuckini.blogspot.com diatas kenyataan pada malam pencalonan bakal MPP 2009/2010. Saya ingin menegaskan tuduhan mengenai konvoi adalah salah sama sekali di mana itu merupakan annual dinner untuk kelab (MUSIM HUJAN tiada konvoi). Annual ini telah dirancang lebih kurang 3 bulan sebelum 13 januari.. jika dibandingkan dengan pengumuman pengenalan calon yang hanya saya ketahui pada sebelah petang 13 januari iaitu tidak sampai 24 jam.

Untuk pengetahuan moderator yang tercinta, saya juga telah meminta pelepasan dari pihak pentadbiran. Jadi first impression yang anda maksudkan itu semestinya sudah terjawab secara terang-terangan. Bukannya saya seorang yang tidak bertanggungjawab, tetapi saya mempunyai prinsip menepati janji. ( pegang janji) dengan 130 ahli yang lain. Mungkin sesetengah pihak berfikir bahawa annual ini tidak penting! Tetapi bagi saya, tepati janji lebih penting.

Setiap individu mempunyai hak masing-masing. Bakal MPP perlu mem `balance'kan akademik, koko dan juga social untuk mencerminkan keperibadian yang bersih . Bukan soal confirm menang ataupun sebaliknya, tetapi dua acara ini memang sukar dielakkan. Sebagai seorang pelajar tatiuc, kita semestinya mempunyai tanggungjawab lain iaitu sebagai student, ahli mana organisasi, masyarakat, anak dan sebagainya. Saya tidak boleh menjejaskan tanggungjawab lain disebabkan sesuatu events.

Soalan: acara manakah yang anda akan utamakan?

A) acara yang dirancang 3 bulan awalnya

B) acara yang baru saja anda ketahui, tidak sempat ubah plan harian

C) Tidak hadir mana-mana acara(di telan mati emak,di luah mati bapa)

Saya berasa sungguh terperanjat dan berharap pihak yang terbabit tidak mengeluarkan kenyataan yang salah dan boleh menjatuhkan tanpa bukti yang sahih. Saya tidak marah kepada mana- mana pihak, semua statement saya ambil ia sebagai pengajaran agar ia dapat menguatkan saya. tq. dan berharap pihak blog dapat mengambil tindakan setrusnya.

Akhir kata sekian, terima kasih. Harap maaf

Memilih Pemimpin, Satu AMANAH

Oleh: SpeCiaL ADviSor

Di dalam Islam, syarat-syarat dan ciri-ciri kepimpinan adalah amat ketat. Bukan sebarang orang boleh dengan mudah mengaku mampu menjadi pemimpin. Lebih-lebih lagi Islam amat menolak orang yang bersungguh-sungguh mahu menjadi pemimpin. Dalam soal kepimpinan, bukan soal siapa mahu, tetapi ialah siapa yang mampu. Sedangkan yang mampu itu sudah menjadi sunnatullah amat sedikit jumlahnya.

Kerana pada asasnya pemimpin sejati yang ada jaminan selamat dan menyelamatkan ialah mereka yang dipimpin oleh Tuhan. Tugas dan peranan para pemimpin ialah memberi tunjuk ajar kepada manusia khususnya yang dipimpin. Maka seharusnya seorang pemimpin mestilah yang mampu mendidik diri, mampu menundukkan nafsu sendiri, mampu berakhlak sempurna dan mampu menjadi model dalam segala hal khususnya ilmu dan minda, ibadah, akhlak, kepimpinan serta kemahiran-kemahiran lain. Manusia terjamin selamat di bawah pimpinan pemimpin super model ini.

Memilih pemimpin juga adalah satu tanggungjawab besar masyarakat. Terdapat beberapa kaedah dalam memilih pemimpin. Salah satunya adalah melalui pilihanraya. Memilih pemimpin melalui undian ini tidak seharusnya dijadikan perkara remeh kerana natijahnya sangat besar khususnya dalam memilih pemimpin sesebuah masyarakat.

Menurut Ustaz Fathi Yakan di dalam bukunya ‘Maza ya’ni intima’ie lil islam’, usaha untuk mewujudkan masyarakat yang beriltizam dengan fikrah dan cara hidup Islam, untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang melaksanakan syariat, method dan perlembagaan Islam, memikul tanggungjawab dakwah serta berusaha menegakkan kebenaran dan keadilan dunia adalah kewajipan yang syar’ie.

Kewajipan ini tidak akan gugur kecuali setelah tertegaknya satu kuasa yang dapat memikul tanggungjawab ini dan memelihara urusan orang-orang Islam. Selagi kekuasaan ini tidak wujud, segala kecuaian daripada mereka yang beramal atau kecuaian mereka yang berdiam diri merupakan satu dosa di sisi syariat.

Justeru, adalah wajib ke atas setiap individu untuk berusaha ke arah tertegaknya kuasa pentadbir seperti mana yang disebutkan di atas. Salah satu usaha yang boleh dilakukan adalah dengan memilih pemimpin yang betul. Pilihanraya dilihat sebagai salah satu medium pemilihan pemimpin khususnya di negara ini. Tidak kira sama ada pemimpin masyarakat mahupun pemimpin mahasiswa di IPT-IPT, adalah menjadi kewajipan untuk memilih calon yang memiliki kriteria-kriteria yang disebutkan di atas sekiranya ada.

Adalah dinasihatkan, sekiranya ‘tidak mampu’ untuk memberi undi kepada calon pemimpin yang memperjuangkan Islam atas sebab-sebab tertentu (kepentingan peribadi), janganlah pula menggandakan kesalahan dengan memberi undi kepada calon pemimpin yang tidak mampu dijadikan role model, memiliki akhlak yang meragukan serta terang-terangan melakukan maksiat.



Ceramah Motivasi & Tabung Palestin

Pagi tadi lepas je lab, krew pergi la ke blok fakulti baru sebab nak dengar ceramah motivasi anjuran HEPA TATiUC, kehadiran diambil untuk pelajar tahun 2 dan pelajar-pelajar yang akan menerima anugerah kecemerlangan akademik.

Besar dan canggih rupanya dewan fakulti baru ni. terkejut krew tengok sebaik sahaja melangkahkan kai krew ke dalam dewan tersebut.

Krew saje je pergi sebab nak dengar ceramah motivasi oleh Dato Hj. Hamidon Abd Hamid.
Memang pengisian ceramah beliau sangat berguna, namun apa yang krew lihat, mahasiswa TATiUC yang hadir ke ceramah beliau ni macam-macam ragam.

Ada yang tersengguk-sengguk akibat terlampau khusyuk mendengar ceramah beliau sambil menghayati dengan penuh perasaan sehingga memejam mata.

Pada masa tu, krew dapat la lihat bakal-bakal MPP dan mantan ahli MPP sesi lepas seperti Sdr Firdaus (YDP MPP), Sdr Lutfi Syahmi (TYDP), Ahmad Zul Jazmi, Sdr Jamri, Izzudin Moktar, Izzudin Yusof, Sdr Azri. Krew kenal pun dari website MPP 2008 Antara Bakal MPP yang telah menang dan yang akan bertanding kelak juga ada bersama. Tapi krew tak perasan la semua sebab krew cuma memerhati dari jauh saja.

Selepas motivasi yang cukup memboringkan tetapi amat bermakna, mahasiswa disegarkan dengan klip video palestin dan perasmian tabung palestin. Memang sebak dada krew melihat klip video tersebut. Tahniah HEPA.

Apa yang krew perasan tak ramai antara calon MPP baru ni terima anugerah, kalau tak salah krew, yang perempuan adalah calon yang menang kerusi kursus dari Chemical Technology, Sdri. Nur Hazwani Bt. Zakaria dan yang lelaki pula dari kursus Hnd Business and Finance Sdr. Mohd Nazrin B. Burhanuddin. Namun bagi calon yang akan bertanding dalam kerusi umum pula ialah Wan Ahmad Saufil Hamzi.

Bagi mantan MPP pula, penerima anugerah cemerlang ialah, YDP MPP '08, Sdr Firdaus Mohamad, Timbalan beliau, Sdr Lutfi Syahmi, dan Bendahari MPP '08, Ahmad Zul Jazmi.

krew mintak maaf kalau ada yang krew tertinggal nama. Tahniah krew ucapkan. Semoga dpat meneruskan kecemerlangan akademik dan dapat menjadi contoh buat mahasiswa lain.

Mana lagi calon MPP yang menang dan yang akan bertanding nanti? apakah keputusan cuma cukup makan saja? Adakah akan dapat menjadi rolemodel bagi mahasiswa TATiUC????

ANALISIS 1: Undian Tinjauan

Keputusan undian tinjauan sehingga waktu ini (1.29 am - 15/1/09)

Penilaian terhadap prestasi MPPTATiUC 08:
37.2% pengundi menyatakan TIDAK MEMUASKAN
25.6% pengundi menyatakan SANGAT BAIK
18.6% pengundi menyatakan SEDERHANA

Berkenaan 'lifestyle' di TATiUC:
52.4% pengundi menyatakan MEMBOSANKAN
42.9% pengundi menyatakan SEDERHANA
4.8% pengundi menyatakan SELESA

Kenaikan harga sticker kenderaan:
90% TIDAK SETUJU
10% SETUJU

Komen Crew 313:
Majoriti menyatakan prestasi MPPTATiUC sesi 2008 adalah tidak memuaskan. Apakah sebabnya? Mungkin para pengunjung blog ini boleh berkongsi dengan Crew 313.

Berkenaan lifestyle, no komen...realitinya sememangnya dapat dirasai semua.

Harga sticker, erm..setahu Crew 313, MPPTATiUC sesi 2008 ada mengusulkan supaya harga sticker ni dikurangkan tetapi agak malang, perkara sebaliknya berlaku.

Harga yuran pengajian juga sebenarnya telah dinaikkan sejak sesi kemasukan semester lalu iaitu daripada RM 2750/sem kepada RM 3000/sem.

Yuran perkhidmatan & aktiviti juga telah naik daripada RM 100 kepada RM 150. Namun kenaikan ini hanyalah kepada pelajar yang mendaftar pada sesi 2008/09 sahaja

Semua naik... Hmm... Apa komen pengunjung blog sekalian????

Masalah Wireless TATiUC.

Krew baru perasan la, lepas balik makan tadi, ada memo bertulis ada ganguan wireless kat kolej kita hari ni dengan esok (15 Januari 2009).

Mungkin ini adalah penambahbaikan untuk kemudahan wireless kita. Namun apa yang krew harapkan agar dipercepatkan kerana kelas krew dengan kawan-kawan ada assignment nak kena buat. Mungkin kelas-kelas lain pun ada....

Tapi itulah satu-satunya sumber yang utama untuk nak cari maklumat. Dulu krew selalu pergi SAC, sekarang ni krew tengok PC kat SAC tu kurang penyelenggaraan. Hope pihak tertentu ambik perhatian. Mungkin sikap atau perangai antara kita yang bergelar bakal-bakal MAHASISWA masih keanak-anakan.

Ada CCTV pun macam tak berfungsi. Krew hairan la jugak tengok keadaan SAC tu.
Ubahlah perangai dan tegur-tegurlah apa yang patut.
Hak kita kemudahan bersama, jagalah seadanya.

Krew guna broadband. Blogger berjaya, hehehehehehe (kuasa ditangan anda)

p/s: MPP yang sesi lepas ke yang usul wireless ni? Tahniah...Rujuk tatiucdaily.blogspot.com

Poster.....oh Poster........

Terperasan jugak krew tadi, masa masuk ke HEPA nak ambil borang stiker elektrik.
banyak tak banyak, memang banyak la jugak. Poster gambar-gambar calon MPP yang bakal merebut kerusi umum nanti.

krew tengok tebal la jugak poster-poster tu dalam +-200 keping la kot.

Bila la MPP baru kita ni nak start gantung poster? tak sabar krew. Dengan kehangatan pilihanraya di KT nak rasa jugak suasana pilihanraya dalam TATiUC yang semakin membangun ni.

Krew harap bakal MPP dapat jadikan contoh yang terbaik buat pelajar, biasala, bila dh jadi public figure ni semua mata memandang, semua mulut sebut-sebut. Apa yang perlu, jadikan MPP ni sebagai landasan yang terbaik untuk mengubah semua tanggapan yang negatif.

Biarlah orang nak kata apa pun, kalau kita cakap lebih-lebih kenapa kita tak masuk bertanding??

Jawapannya, ubah apa yang perlu diubah, biar orang tengok pilihanraya TATiUC tu betul-betul dijalankan dengan adil, tak payah nak paksa-paksa calon masuk kalau dia tak mahu.

Kalau krew cakap banyak-banyak nanti orang kata cakap saja lebih, dah kalau perkara yang tak betul takkan kita nk setuju. Pendirian tentukan jawapan.

Tunggu nanti, krew akan update blog ni dari semasa ke semasa.

Majlis Pengenalan Calon MPP

Baru sahaja krew balik dari Theatret A, TATiUC melihat bakal-bakal calon MPP kita bagi sesi 2009/2010 memang ramai dan penuh la Thrt A tadi, krew pergi dengan housemate krew. Memang ada la wakil-wakil SPR termasuk Pengarahnya sendiri, namun majlis tersebut dikendalikan oleh En. Hadi (staff baru HEPA).

Agak teperanjat jgak krew tiba-tiba krew diberi sehelai kertas warna hijau, rupa-rupanya kertas kehadiran yang perlu diisi oleh semua yang hadir ke majlis tersebut.

Seorang demi seorang calon memperkenalkan diri, namun agak hairan juga krew apabila mendapati dari kesemua 17 calon MPP tersebut tiada seorang pun mantan MPP penggal 2008/2009 masuk bertanding bagi merebut kerusi pada penggal ini. Apa yang menyedihkan lagi ad a seorang calon atau pun bakal MPP baru pada malam itu tidak hadir ke majlis ini. Ini telah memberikan "first impression" yang negatif kepada semua mahasiswa yang hadir pada malam itu. Maklumlah, dah konfom menang untuk kerusi kursus.

setelah krew siasat demi siasat, rupa-rupanya "beliau" terlibat dengan aktiviti konvoi motor yang tidak kena mengena pun dengan TATiUC. Sungguh terkilan la apabila krew sendiri dapat tahu benda ni dari seorang kawan "beliau".

Kemanakah ahli-ahli MPP lepas menghilang, Mengapakah mereka tidak bertanding kali ini????

Senarai Calon dan Bakal MPP TATiUC sesi 2009/2010

Calon bagi kerusi Umun ( Bilangan kerusi :5 Bilangan Calon:8 )
  1. Wan Ahmad Saufil Hamzi
  2. Mohd Armia B. Zakaria (PT)
  3. Mohd Alias B. Mohamad (HBF)
  4. Mohd Hafiz B. Mohd Noor (MT)
  5. Siti Rahimah Bt. Ismail (HBF)
  6. Nurul jannah Bt. Mahat (HBF)
  7. Aminatul Yuhanis Bt. Yahya (HBF)
  8. Nor Ahmad Muttaqin Bin Mohd Sariful Lim (NT)

Calon Bagi Kerusi Kursus/Kawasan (*semua calon telah menang tanpa bertanding)

  1. Mekatronik (MT) - Fatehah Hanim Bt. Ahmad Othman
  2. Computer Intergrated System (CIS) - Helmi B. Ramli
  3. Electronic Instrumentation(EI) - Noor Rabiatul Adawiyah Bt. Ahmad Razif
  4. Tool and Die Making (TM) - Ahmad Firdaus B. Jamaludin
  5. Chemical Technology (CT) - Nur Hazwani Bt. Zakaria
  6. Grafik Media Jreatif (GMK) - Syazwani Bt. Md Sobri
  7. Hnd Electrik & Electronik (HEE) - Kok Liang Yi
  8. Hnd Business & Finance (HBF) - Mohd Nazrin B. Burhanuddin
  9. Hnd Manufacturing Engineering (HME) - Nor Luqman Hazim B. Sarip

Kursus Yang Tiada Calon
  1. Tool & Die Design
  2. Networking
  3. Polimer Technology
  4. Hnd Automotif Engineering
  5. Degree (Tooling)

Semoga Berjaya Dan Tahniah diucapkan kepada calon yang telah berjaya dan akan bertanding pada Pilihan Raya Kampus (PRK) TATiUC, Semoga dapat memperjuangkan hak mahasiswa TAiUC.

PANAS!!! SPR Akui 'Kesilapan'

Setelah tamat waktu penamaan calon dan bantahan iaitu kira-kira jam 1.10 tengahari tadi, krew TATiUCkini telah ke pejabat HEPA untuk melihat senarai calon yang bakal bertanding pada Pilihanraya MPPTATiUC sesi 2009.

Daripada 15 kerusi kursus yang dipertandingkan, 10 calon telah menang tanpa bertanding manakala baki 5 kerusi lagi sepi tanpa sebarang calon. Manakala seramai 7 orang calon telah disenarai pendek layak bertanding untuk merebut 5 kerusi umum.

Namun, apabila kunjungan kali kedua ke pejabat HEPA pada jam 3.05 petang, krew TATiUCkini sangat terkejut apabila senarai nama calon telah berubah. 8 nama tersenarai untuk pertandingan kerusi umum iaitu bertambah seorang walaupun waktu penamaan dan bantahan telah tamat.

Apabila disemak, seorang calon yang asalnya sudah menang tanpa bertanding di kerusi kursusnya telah 'bertukar' ke kerusi umum. Apa yang pasti kami kenal orangnya kerana calon tersebut turut bersama-sama kami pada tengahari tadi di pejabat HEPA.

Apabila perkara ini diajukan kepada Dekan HEPA, beliau mengakui terdapat 'kesilapan' pada senarai pengumuman pertama iaitu selepas tamat waktu bantahan. Apa yang dimusykilkan di sini ialah, ketika bersama-sama dengan calon tersebut di pejabat HEPA pada jam 1.10 tengahari tadi, calon tersebut tidak langsung membuat bantahan dan mengaku bahawa dia sememangnya ingin bertanding untuk kerusi kursus. Namun kelihatan agak berminat untuk bertanding di kerusi umum.

Persoalannya, di manakah 'kesilapan' yang telah dimaklumkan oleh Dekan tersebut yang memungkinkan perubahan calon ini?

Bukan ingin mengeruhkan keadaan, cuma kami menuntut profesionalisme daripada kakitangan HEPA terutamanya petugas SPR. Peraturan-peraturan Pilihanraya Kampus perlu dipatuhi seadanya. Ada juga calon yang mengadu telah dipaksa oleh pihak tertentu untuk bertanding akibat ketiadaan calon berkaliber.

Namun, apakah motif dan rasional di sebalik paksaan tersebut? Apakah perkara ini terkandung dalam matlamat asal pilihanraya kampus? Adakah peruntukan undang-undang yang membenarkan pihak Fakulti, HEPA mahupun SPR memaksa calon bertanding? Sungguh sedih dan memalukan.

Pihak HEPA seharusnya mencari apakah punca kemandulan minat terhadap kepimpinan kampus di kalangan mahasiswa. Hal ini mungkin disebabkan tiada atau kurangnya program-program yang dapat mencungkil minat dan bakat-bakat kepimpinan mereka.

Adalah besar harapan kami sebagai mahasiswa kampus ini untuk melihat perubahan ke arah yang lebih positif supaya nilai intelek kemahasiswaan terus subur di bumi TATiUC ini.

PILIHANRAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR TATiUC 2009

PENAMAAN CALON
Tarikh: 13 Januari 2009
Masa: 8.30 Pagi - 11.30 Pagi
Tempat: Pejabat HEPA

KEPUTUSAN PENAMAAN CALON
Tarikh: 13 Januari 2009
Masa: 11.45 Pagi
Tempat: Pejabat HEPA

WAKTU BANTAHAN
Tarikh: 13 Januari 2009
Masa: 11.50 Pagi - 12.30 Tengahari
Tempat: Pejabat HEPA

PILIHANRAYA
Tarikh: 20 Januari 2009
Masa: 8.30 Pagi - 12.30 Tengahari
Tempat: Blok A, Bangunan Akademik

Untuk apa TATiUCkini???

Kebebasan bersuara adalah hak semua
sebagai pendorong buat MPP.
Suarakan apa yang perlu.
Tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Bukan blog politik
Pencetus Idea.
Menjana minda Mahasiswa.
Sampaikan apa yang Mahasiswa tidak tahu
Bukan untuk memburukkan mana-mana pihak.
Untuk mengubah pemikiran kita kearah yang sihat.
Mengurangkan jurang antara pelajar dengan pentadbiran.
Tidak mencabar kuasa MPP.
Terdiri lebih dari 5 orang moderator blog ini.
Mendedahkan apa yang perlu.
Mengangkat martabat TATiUC seiring dengan IPTA/IPTS yang hebat.

Sebarkan URL Blog Ini

Sebarkan URL blog ini, semoga mesej yang baik dapat disampaikan.