Dari YDP MPPTATiUC 2008

*emel yang dikirim oleh mantan YDP MPP sesi 2008

Assalamualaikum w.b.t.

Saya menyedari kehadiran blog ini pada minggu lepas. Saya mengambil kesempatan untuk menyentuh beberapa perkara di sini.

1. Terima kasih kepada pihak admin dan krew TATiUCkini di atas usaha mewujudkan blog ini. Melihat dari sudut positif, saya merasakan blog ini mampu membangkit dan meningkatkan kepekaan mahasiswa terhadap perkembangan semasa kampus.

2. Saya berharap agar blog ini tidak disalah guna untuk ‘menyerang’ mana-mana pihak. Namun, jika ada isu yang dirasakan sesuai diketengahkan, mungkin blog ini mampu menjadi platform terbaik untuk mahasiswa melontarkan pandangan.

3. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan baru MPPTATiUC 2009. Adalah besar harapan saya agar agenda kebajikan mahasiswa terus diutamakan.

4. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada seluruh warga mahasiswa TATiUC di atas segala kekurangan dan kelemahan saya semasa memegang amanah selaku YDP MPPTATiUC 2008.

5. Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan TATiUC serta pihak HEPA di atas kerjasama yang telah diberikan untuk memastikan kebajikan mahasiswa terus terbela.

6. Melihat kepada senario kampus dari sudut nilai sahsiah pelajar, saya merasakan ianya bukanlah suatu keadaan yang boleh dianggap memuaskan. Justeru, saya mengharapkan akan ada usaha untuk meningkatkan nilai ini baik dari pihak MPP mahupun pihak HEPA dan pengurusan.

7. Khas buat MPPTATiUC sesi 2009, jalankanlah amanah yang diberi dengan baik dan komited. Serlahkanlah potensi diri anda sebagai pemimpin mahasiswa yang mampu menunjukkan contoh yang baik sama ada melalui sudut kepimpinan, akhlak, mahupun akademik.

Akhir kata, suka saya untuk mengajak kita semua muhasabah melalui firman Allah yang bermaksud:

Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa dan janganlah kamu tolong menolong dalam membuat dosa dan perlanggaran.” (al-Maidah:2) dan;

Tiap diri bertanggungjawab atas apa yang diperbuatnya
(al-Muddatsir:28)

Sekian.

FIRDAUS BIN MOHAMED

3 comments:

Anonymous said...
January 22, 2009 at 1:21 PM

kenapa tak sorang pun mantan mpp yang sekarang ni tahun 2 x masuk pilihanraya. Adakah kerana memang nak bagi peluang kepada muka baru atau ad sebab lain yang tertentu?

Anonymous said...
January 22, 2009 at 2:40 PM

Sbb diorang tau xbest jd mpp kot...

Anonymous said...
January 23, 2009 at 4:41 PM

under construction
tatiuc.freeforums.org