BENARKAH DAKWAAN INI??

Krew baru terima satu email daripada seorang siswi TATiUC .

Assalamualaikum krew, pertama sekali saya mengucapkan tahniah kepada krew tatiuckini dan semua moderator tatiuckini kerana memberikan saya peluang dan ruang untuk menyampaikan suara hati saya.

Bukanla saya nakkan publisiti murahan , saya yang pernah juga masuk bertanding untuk PRK di salah sebuah IPTA yang tak perlu saya beritahu namanya. Apa yang saya ingin kongsikan bersama adalah, memang berbeza suasana PRK di IPTA lama saya dan di TATiUC. Walaupun begitu, saya amat berdukacita sekali apabila melihat PRK pada kali ini dijalankan dengan agak tidak begitu sempurna. Namun tiada yang bangkit atau berani menyatakan apa yang betul dan apa yang tidak.

Saya kecewa dan terkilan sekali apabila saya sendiri tidak sempat untuk mengundi buat pertama kalinya saya di TATiUC. Ini adalah disebabkan kekeliruan terhadap
poster yang mengatakan bahawa waktu mengundi bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari. Saya tiba di tempat untuk membuang undi tepat jam 12 tgh hari berikutan kelas saya yang sepatutnya berakhir pada jam 1pm telah ditamatkan lebih awal. Namun apa yang saya dapati, semua pegawai2 SPR telah selesai mengemas tempat membuang undi dan sedang menikmati jamuan tengah hari.

memang sudah tentu tempoh masa mengundi sudah selesai dah saya tengok semua dah kemas blake,siap tgh makan. Adala saya tengok beberapa org calon MPP pada ketika itu sedang berbual, lalu dengan keadaan tertanya-tanya mengapa pihak HEPA tidak mengikuti masa seperti yang di maklumkan kepada mahasiswa TATiUC.

Saya tidak kisah kerana saya tidak sempat mengundi, namun saya pelik dan hairan, mengapa calon-calon itu sendiri tidak membuat bantahan kerana perkara sebegini mampu
menggugat bilangan undi mereka. Atau mereka langsung tidak berminat dalam perkara ini.

Namun kita perlu sedar,apabila kita langsung tidak berbuat apa-apa dalam perkara sebegini kita mudah diperdaya.
Mahasiswa sepatutnya berfikiran lebih matang dan peka dengan keadaan sekeliling. Saya tidak bermaksud untuk memburukkan mana-mana pihak, dan harap pihak HEPA dapat memperbaiki kelemahan ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Harap krew tidak mendedahkan email saya kepada umum.

2 comments:

Anonymous said...
January 22, 2009 at 10:52 AM

Sangat mengecewakan. Mcm ni ke SPR TATiUC bekerja?? SPR + HEPA tidak profesional.. Kesilapan demi kesilapan dilakukan. Sila perbaiki mutu perkhidmatan anda.. Jangan tahu saman orang je...

Emeia Zieqr said...
February 22, 2009 at 4:14 PM

hep tati mein proxy baik xyah buat spr, prk.. bazir je wt ape ade mpp klu setakat lembu dicucuk idung...

klu buat prigram buat hiburan byk2 biar hati mati...bila dah mati x idup la kan jiwa tu xkan benda basic camni CEO N HEP tati xblaja...

pengajian islam korang wku sekola rendah tu xblaja ke...

asyik2x buang ustaz..

skrg ckp sape ustaz kt tati?...

surau pun xde orang nk imarah,,.
aku rase cite2 rozel n kroni2 tati hampir skit je nkberjaya untuk melenyapkan sinar dakwah di tati.. cam turki lak aku pndang tati ni..tapi janji Allah pasti tiba.. hantar la sb ke isa ke, hep ke korang x mampu padam dakwah kt tati ni selenyap lenyap ye kerana mereka yng bawa dakwah ni adalah calon2 yng telah dipilih Allah TAKBIr ALLAHUAKBAR