PANAS!!! SPR Akui 'Kesilapan'

Setelah tamat waktu penamaan calon dan bantahan iaitu kira-kira jam 1.10 tengahari tadi, krew TATiUCkini telah ke pejabat HEPA untuk melihat senarai calon yang bakal bertanding pada Pilihanraya MPPTATiUC sesi 2009.

Daripada 15 kerusi kursus yang dipertandingkan, 10 calon telah menang tanpa bertanding manakala baki 5 kerusi lagi sepi tanpa sebarang calon. Manakala seramai 7 orang calon telah disenarai pendek layak bertanding untuk merebut 5 kerusi umum.

Namun, apabila kunjungan kali kedua ke pejabat HEPA pada jam 3.05 petang, krew TATiUCkini sangat terkejut apabila senarai nama calon telah berubah. 8 nama tersenarai untuk pertandingan kerusi umum iaitu bertambah seorang walaupun waktu penamaan dan bantahan telah tamat.

Apabila disemak, seorang calon yang asalnya sudah menang tanpa bertanding di kerusi kursusnya telah 'bertukar' ke kerusi umum. Apa yang pasti kami kenal orangnya kerana calon tersebut turut bersama-sama kami pada tengahari tadi di pejabat HEPA.

Apabila perkara ini diajukan kepada Dekan HEPA, beliau mengakui terdapat 'kesilapan' pada senarai pengumuman pertama iaitu selepas tamat waktu bantahan. Apa yang dimusykilkan di sini ialah, ketika bersama-sama dengan calon tersebut di pejabat HEPA pada jam 1.10 tengahari tadi, calon tersebut tidak langsung membuat bantahan dan mengaku bahawa dia sememangnya ingin bertanding untuk kerusi kursus. Namun kelihatan agak berminat untuk bertanding di kerusi umum.

Persoalannya, di manakah 'kesilapan' yang telah dimaklumkan oleh Dekan tersebut yang memungkinkan perubahan calon ini?

Bukan ingin mengeruhkan keadaan, cuma kami menuntut profesionalisme daripada kakitangan HEPA terutamanya petugas SPR. Peraturan-peraturan Pilihanraya Kampus perlu dipatuhi seadanya. Ada juga calon yang mengadu telah dipaksa oleh pihak tertentu untuk bertanding akibat ketiadaan calon berkaliber.

Namun, apakah motif dan rasional di sebalik paksaan tersebut? Apakah perkara ini terkandung dalam matlamat asal pilihanraya kampus? Adakah peruntukan undang-undang yang membenarkan pihak Fakulti, HEPA mahupun SPR memaksa calon bertanding? Sungguh sedih dan memalukan.

Pihak HEPA seharusnya mencari apakah punca kemandulan minat terhadap kepimpinan kampus di kalangan mahasiswa. Hal ini mungkin disebabkan tiada atau kurangnya program-program yang dapat mencungkil minat dan bakat-bakat kepimpinan mereka.

Adalah besar harapan kami sebagai mahasiswa kampus ini untuk melihat perubahan ke arah yang lebih positif supaya nilai intelek kemahasiswaan terus subur di bumi TATiUC ini.

1 comments:

Anonymous said...
January 23, 2009 at 3:52 PM

masih dalam pembinaan
tatiuc.freeforums.org
jika anda berminat menjadi moderator, sila email
forum.tatiuc@gmail.com