Salam Takziah

Pihak TATiUCkini mengucapkan takziah kepada Y.Bhg Rektor, Dr Rozailan di atas pemergian ayahanda beliau pada Rabu (22/4) yang lalu. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat. al-Fatihah.......

Salam maaf dan terima kasih...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kami agak terkejut dengan respon sesetengah pihak ke atas blog ini. Pelbagai reaksi diterima sehingga ada yang ingin 'hack' blog ini.. Kenapa?? Adakah kandungan blog ini keterlaluan?? Adakah kami mengajak saudara membuat maksiat dan dosa?? Atau kami telah menyekat 'kebebasan' anda untuk hidup bebas tanpa pegangan agama?? Terpulang kepada anda untuk menilai...

Kami memohon sejuta kemaafan berkenaan beberapa posting yang telah menimbulkan kontroversi... Sebagai contoh berkenaan isu English Nite. Kami tidak menentang program ini secara total malah kami menyokong matlamatnya. Kami akui tulisan tersebut mengandungi sedikit unsur provokasi namun kami tidak menjangka feedback yang diterima cukup panas.

Namun, terselit sedikit kekesalan apabila melihat respon yang diterima sehingga ada pihak yang difitnah dengan agak keterlaluan. Ingin kami perjelaskan di sini, kami sekadar menegur beberapa perkara yg kami fikir, perlu ditegur. Bukan memfitnah dan ingin menyusahkan orang lain.

Kami telah susuli tulisan tersebut dengan beberapa posting supaya saudara dapat berfikir sendiri apakah tujuan kami memberi teguran sedemikian. Seperti mana cerita pakgad yg tinggal solat jumaat untuk melaksanakan kerjanya... Tidakkah terlintas difikiran saudara cerita tersebut mempunyai kaitan dengan cerita Robin Hood???

Robin Hood merompak, namun niatnya untuk membantu orang miskin... Apakah persamaannya??? Ya, NIAT dan TUJUAN si pakgad dan robin hood SANGAT BAIK tetapi cara untuk mencapai matlamatnya adakah sebaik niat dan tujuannya??

Tidak perlu kami huraikan dengan panjang lebar. Kami ringkaskan. 'NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA'. Ini satu prinsip dalam Islam. Jika saudara menolak prinsip ini, saudara secara tidak langsung telah menolak hukum yang telah disyariatkan.

Apakah kaitan dengan English Nite? Atau program2 pelajar yg lain?? Kami sengaja memberi contoh program English Nite... Matlamat dan objektif program ini dilihat sangat baik. Benar, ia membantu memberi keyakinan kepada student yg terlibat. Namun, kami melihat kecelaruan dari sudut pelaksanaanya. Kami tidak menyalahkan pensyarah yg terlibat secara total. Kerana pelajar juga bersalah. Dan jika kami tidak tegur, kami juga patut dipersalahkan. Kami cuma menegur, bukan memfitnah!!

Sama seperti program2 lain. Jika objektif dan matlamatnya sebaik mana sekalipun, jika dari sudut pelaksanaannya telah melanggar hukum syariat, ia tidak wajar diteruskan. Namun kami tertarik dengan satu komen yg menyatakan, jika tiada pgrm seumpama english nite, plajar akan duduk seperti katak di bawah tempurung, tiada kemahiran dan keyakinan berdepan dengan orang ramai. Soalnya, bagaimana pelajar yg tidak mengambil subjek ini?? seperti pelajar HND. Adakah mereka semua seperti katak di bawah tempurung? Adakah mereka tidak berkemampuan dan berkeyakinan berhadapan dengan orang ramai??

Ini semua alasan dangkal. Kalau tidak silap kami, satu ketika dahulu, MPP sendiri dibarisi oleh sebahagian besar pelajar HND termasuk YDP nya yg tidak pun mengikuti english nite. Namun masih tetap mempunyai kemahiran tersebut. Apa yg kami ingin nyatakan, masih banyak cara lain untuk membina keyakinan diri berhadapan dengan khalayak. Jangan bergantung kepada english nite semata-mata. Trend pelajar kini, tidak berminat untuk aktif dlm mana2 persatuan... Akhirnya, segala bakat dan kebolehan akan terpendam dan kampus akan terus ketandusan kepimpinan mahasiswa yg berwibawa.

Dan ingin kami tegaskan, apa jua yang kita ingin lakukan, jangan abaikan dari aspek hukum agama. Kami cukup kesal kerana kita semua sudah semakin jauh dari agama. Betul tak? Bila buat buat maksiat, tidak rasa bersalah... Malah menyokong... Tidakkah ini satu bala??

Akhir kata, kami menyambut baik di atas setiap komen dan kritikan. Namun agak kesal kerana kebanyakan komen yang diterima tidak begitu membina dan sekadar 'melepaskan geram'. Kami di pihak TATiUCkini telah berbincang dan bersetuju untuk menghentikan operasi blog ini atas faktor-faktor tertentu.

Kami sedar, cabaran mencegah sesuatu kemungkaran itu bukanlah mudah seperti mengajak org berbuat baik. Sebab itu tiada org berani menegur sesuatu kesilapan dan akhirnya kemungkaran itu berterusan dan terus merosakkan. Kami mohon ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja yg telah terguris di atas teguran kami.

Selamat menduduki peperiksaan akhir semesta dengan tenang dan cemerlang. Semoga kita semua dapat mengangkat nama TATiUC di persada dunia dengan kecemerlangan... Salam maaf dan terima kasih (",)

Program pelajar perlu dipantau

Crew cadangkan program2 pelajar di bawah anjuran sama ada di peringkat persatuan, fakulti, mahupun HEPA dipantau dengan lebih teliti bagi terus menjaga nama baik TATiUC. Program-program yang pada asasnya bertujuan baik akhirnya bertukar kepada perkara yang negatif akibat tiada pemantauan dari pihak berkenaan.

Crew juga mencadangkan pihak kampus terutama di bawah HEPA untuk menyediakan satu garis panduan khas untuk setiap program yang ingin dilaksanakan. Crew bimbang, fenomena gejala-gejala tidak sihat yang berlaku akhir-akhir ini akan mengundang bala yang lebih besar kepada warga TATiUC.

Aurat dan batasan pergaulan dilihat sebagai sesuatu yang remeh sehingga para peserta program bebas buat apa yang depa suka. Ini sesuatu yang tidak sihat dan perlu diperbetulkan.

Mungkin ada yang tidak puas hati dengan pendapat Crew ini dengan alasan itu hak peribadi ataupun terpulang kepada peserta. Namun kami di pihak TATiUCkini ada satu amanah dan tanggungjawab dengan satu gagasan matlamat untuk membersihkan TATiUC dari perkara-perkara negatif yang semakin banyak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan pada hari ini.

Apa yang kami sentuh ini hanyalah berkenaan program dalam kampus dan program luar kampus yang melibatkan anjuran HEPA dan persatuan pelajar sahaja. Program2 peribadi, itu hak anda. Kami tidak kisah jika ada pihak yang mengeji dan mencaci dengan teguran dari kami. Itu satu proses biasa dalam menyampaikan kebenaran.

Sekurang-kurangnya, tanggungjawab kami untuk memberi teguran pada perkara yang batil sudah terlepas. Terpulang kepada pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Kisah Hari Jumaat yang Mulia

Pada suatu hari Jumaat, seorang budak berjalan keseorangan. Niatnya untuk ke masjid untuk solat Jumaat.

Dia tahu hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dalam Islam.Hari yang mulia.Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua makhluk. Manusia, jin Islam, binatang…semuanya menantikan hari Jumaat. Hari yang penuh ketenangan.

Jam menunjukkan pukul 1.10 petang. Langkahnya dipercepatkan. Bimbang terlewat sampai. Maklumlah Jumaat sekarang dah awal,1.15 petang untuk di kawasan Kemaman.

Dalam perjalanan itu dia melintasi sebuah Institusi Pengajian Tinggi. Timbul rasa kagum lantas terdetik di hatinya “satu hari nanti aku pasti akan menjejakkan kaki di situ!”.

Tiba-tiba matanya tertumpu pada sebuah pondok kawalan Institut Pengajian Tinggi tersebut.

Tertumpu pada seorang pak cik tua yang sedang mengawal di pondok tersebut. Hatinya merasakan seperti sesuatu yang tak kena
“Solat Jumaat dah nak mula tapi kenapa pakcik tu tak bersiap pergi solat Jumaat lagi?Dia ‘lupa’ ke atau buat-buat lupa?”timbul persoalan di hatinya.

Lantas budak tersebut pergi ke pondok pengawal tersebut.

“Assalamualaikum pakcik hensem!” tegur budak tadi pada pakcik tua tersebut.
“Waalaikumsalam..” jawab pakcik tu ringkas.
“Pakcik tengah bertugas ke?” tanya budak tersebut.
“Ya,pakcik sorang je” jawab pakcik tersebut.
“Tak pergi solat Jumaat ke?
“Tak.Nak buat macam mana nak,pakcik kena keje” jawab pakcik tua itu serba salah.
“Tapi cikgu saya cakap,orang Islam wajib solat jumaat.Kalu tak solat Jumaat dosa. Masuk neraka. Tambah lagi,kena seksa masa sorang-sorang dok dalam kubur” tegas budak tersebut.
“Betul tu nak. Semua yang anak cakap tu semua pakcik dah tau. Tapi nak buat camna.Ni arahan.Jadi nak tak nak, kena ikut. Kalau tak ikut,nanti kena buang kerja.Bila dah kena buang kerja, sapa yang nak bagi anak-anak pakcik makan? Pakcik cari rezki untuk anak-anak dan isteri pakcik kat rumah” balas pakcik itu.


--------------------------------------------------------------------------------------

Cerita ini ada sambungan sebenarnya. Tapi sengaja Crew post sebahagian sahaja. Crew nak mintak pandangan dan pendapat korang semua tentang (moral value) cerita di atas.

Cerita ini sengaja diolah untuk melihat kemampuan anda dalam memberikan pandangan yg kritis serta jauh ke hadapan. Bukan berfikiran sempit seperti 'tin sardin'.

"Sesuatu pendapat yg baik mestilah bersandarkan dgn hujah yg kukuh dan menepati kehendak syariat... Bukan pandangan akal semata-mata"

JAGA-JAGALAH PEMILIK FORUM

( Dipetik dari portal http://www.zaharuddin.net/ )

Sama seperti forum-forum yang begitu pelbagai di internet hari ini. Terdapat forum politik, forum perbincangan agama, forum remaja, forum pelbagai dan lain-lain.

Namun agak malang juga apabila melihat sebahagian forum TIDAK TERKAWAL kandungannya. Benarlah, ia memberikan sebahagian manfaat tetapi ia turut membarahkan masalah sosial, akhlak dan agama apabila melepas bebaskan pemberi komen, penghantar artikel untuk menulis apa sahaja.

Pemberi komen di forum dan blog hari ini ada yang bertukar watak syaitan ketika memberi komen, berselidung di sebalik nama palsu dan umum. Sama seperti manusia di jalan raya di Malaysia (bukan di UK), watak sebenar seseorang individu kerap terzahir ketika memandu, ramai tidak disangka ia seganas itu, tetapi itulah dia.

Jika masih ingin memberikan kebebasan umum kepada pelawat, pemilik blog atau forum MESTI mempunyai tenaga pakar yang memantau dan menjawab dengan cepat serta pantas agar setiap idea yang ditulis oleh pelawat yang rencam latarbelakangnya ini dapat ditapis dan dijaga.

"Jika tidak dijaga, adakah pemilik forum berdosa ya ustaz?" itu pertanyaan seorang pelajar kepda saya semasa mengadakan satu kuliah Mawlidur Rasul di UK.

"Sudah tentu!.. biasanya forum bertema politik adalah yang paling meriah dengan dosa fitnah, mengumpat dan lainnya, forum lain juga banyak tapi saya tidak tahu sama ada ia wujud atau tidak "

Ingatlah, bukankah Nabi s.a.w menyebut di dalam hadis sohih Al-Bukhair dan Muslim :

"Setiap kamu adalah penjaga dan bertanggungjawab ke atas apa yang dijaganya.." jawab saya ringkas.

"Bagaimana adakalanya terdapat beberapa orang yang bukan khusus dalam bidang agama, tetapi mengulas pendapatnya, sedangkan pendapat itu mungkin bertentangan dengan Islam" Dia bertanya lagi.

Tidak salah seseorang mengutarakan pendapat, cuma bimbangnya agak semakin meluas hari ini terlalu ramai merasakan pendapatnya adalah paling tepat tanpa menghiraukan pandangan ulama Islam berasaskan al-Quran dan As-Sunnah. Semakin ramai juga tidak mengetahui kejahilan diri, tidak menyedari sempadan ilmu yang dimiliki. Ia tanda dunia semakin mengelirukan, kebenaran semakin berkabus, sukar dituju dan dilihat.

Memang benar, manusia yang paling sesat adalah manusia yang jahil dan tidak mengetahui berkenaan kejahilannya.


Malangnya, kumpulan ini semakin bertambah jumlahnya dan kalau dulu, tiada ramai terkena mudarat dari mereka, tidak ramai pula kenalan mereka. Namun hari ini di waktu kemunculan blog percuma, forum dan media internet, idea kejahilan pembawa racun mereka tersebar meluas, pantas beredar di dalam minda ramai yang juga jahil. Maka lahirlah kumpulan yang jahil lagi menyesatkan dan terus berkembang.

Ibn Umar berkata :
Ertinya : "Ilmu itu punyai tiga cabang, al-kitab yang bertkata ( nas alquran), sunnah baginda nabi yang lalu, dan kata-kata "aku tida tahu" ( Uyun al-Akhbar, 5/130 ; Riwayat Al-Khatib secara Mawquf )

Jika keadaan itu berlaku di dalam sesuatu forum, pemilik forum perlu menentukan sikap dan kaedah pengendalian forumnya, sama ada untuk terus memadam atau meluluskan dengan jawapan dari panel mereka yang faham bab agama.

Nasihat saya buat pemilik forum, bertaqwalah kepada Allah. Jangan sampai forum yang dimiliki menjadi asbab ke neraka, jadikan ia kunci kepada rahmat ilahi untuk ke Syurga. Namun, jalan ke syurga adalah dengan duri dan payah, jalan ke neraka dengan syahwat dan seronok, demikian tegas baginda Nabi s.a.w.

----------------------------------------------------------------------------------

p/s: Pihak TATiUCkini terbuka menerima sebarang komen dan kritikan. Namun ini tidak bermakna kami memberi kebebasan secara total kepada setiap pemberi komen untuk menulis komen sesuka hati serta melanggar etika yang sepatutnya. Komen yang mengandungi perkataan yang berunsur lucah & fitnah keterlaluan serta mencarut akan dipadam. Harap maklum.

JOM!! Ceramah Motivasi & Solat Hajat Perdana

Website rasmi TATiUC berwajah baru


Tahniah di atas perubahan ini. Website rasmi yang terbaru ini dilihat lebih berinformasi dari yang dulu. Cuma Crew agak hairan, kenapa agak susah untuk akses website ini di tati sendiri? Kat tempat lain ok pulak. Apa pun, pihak Crew sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan di atas improvement ini. Semoga akan bertambah baik pada masa-masa akan datang.

p/s: Agak kelakar bila tengok cara gambar sek2 best student tu kene cut... Lenkali cut la molek sket..hehe...