Kisah Hari Jumaat yang Mulia

Pada suatu hari Jumaat, seorang budak berjalan keseorangan. Niatnya untuk ke masjid untuk solat Jumaat.

Dia tahu hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dalam Islam.Hari yang mulia.Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua makhluk. Manusia, jin Islam, binatang…semuanya menantikan hari Jumaat. Hari yang penuh ketenangan.

Jam menunjukkan pukul 1.10 petang. Langkahnya dipercepatkan. Bimbang terlewat sampai. Maklumlah Jumaat sekarang dah awal,1.15 petang untuk di kawasan Kemaman.

Dalam perjalanan itu dia melintasi sebuah Institusi Pengajian Tinggi. Timbul rasa kagum lantas terdetik di hatinya “satu hari nanti aku pasti akan menjejakkan kaki di situ!”.

Tiba-tiba matanya tertumpu pada sebuah pondok kawalan Institut Pengajian Tinggi tersebut.

Tertumpu pada seorang pak cik tua yang sedang mengawal di pondok tersebut. Hatinya merasakan seperti sesuatu yang tak kena
“Solat Jumaat dah nak mula tapi kenapa pakcik tu tak bersiap pergi solat Jumaat lagi?Dia ‘lupa’ ke atau buat-buat lupa?”timbul persoalan di hatinya.

Lantas budak tersebut pergi ke pondok pengawal tersebut.

“Assalamualaikum pakcik hensem!” tegur budak tadi pada pakcik tua tersebut.
“Waalaikumsalam..” jawab pakcik tu ringkas.
“Pakcik tengah bertugas ke?” tanya budak tersebut.
“Ya,pakcik sorang je” jawab pakcik tersebut.
“Tak pergi solat Jumaat ke?
“Tak.Nak buat macam mana nak,pakcik kena keje” jawab pakcik tua itu serba salah.
“Tapi cikgu saya cakap,orang Islam wajib solat jumaat.Kalu tak solat Jumaat dosa. Masuk neraka. Tambah lagi,kena seksa masa sorang-sorang dok dalam kubur” tegas budak tersebut.
“Betul tu nak. Semua yang anak cakap tu semua pakcik dah tau. Tapi nak buat camna.Ni arahan.Jadi nak tak nak, kena ikut. Kalau tak ikut,nanti kena buang kerja.Bila dah kena buang kerja, sapa yang nak bagi anak-anak pakcik makan? Pakcik cari rezki untuk anak-anak dan isteri pakcik kat rumah” balas pakcik itu.


--------------------------------------------------------------------------------------

Cerita ini ada sambungan sebenarnya. Tapi sengaja Crew post sebahagian sahaja. Crew nak mintak pandangan dan pendapat korang semua tentang (moral value) cerita di atas.

Cerita ini sengaja diolah untuk melihat kemampuan anda dalam memberikan pandangan yg kritis serta jauh ke hadapan. Bukan berfikiran sempit seperti 'tin sardin'.

"Sesuatu pendapat yg baik mestilah bersandarkan dgn hujah yg kukuh dan menepati kehendak syariat... Bukan pandangan akal semata-mata"

7 comments:

tendou said...
April 3, 2009 at 7:02 PM

rezeki Allah itu ade dimana2 klu bkn kat situ, kat lain ade ag.jadi moralnya jangan ler berkerja tempat yg melarang org nak wak ibadat...dan berpegang teguh akan kekuasaan Allah serta Allah takkan menzalimi makhluknya tp makhluknya menzalimi diri sendiri.renung-renungkanlah selamat beramal....
olosss creww suke wak suspen sokmo nak tau gop ending citer yer.:)

Anonymous said...
April 3, 2009 at 10:37 PM

sembahyanglah anda sebelum anda disembahyangkan

Tanpa Nama said...
April 3, 2009 at 11:56 PM

Susahla kalau macam ni, orang nak buat ibadat pon x leh, kalau aku duduk kat tempat guuard tu pon, serba salah aku dibuatnya, kalau pegi solat, kene buang keje..

Hmmm, kau tanggung la dosa guard tu wahai rektor kesayangan kami.
Dah lah duit student kau kebas, lepas ni apa lagi?

Crew said...
April 4, 2009 at 8:36 AM

"Hmmm, kau tanggung la dosa guard tu wahai rektor kesayangan kami." -Tanpa Nama

PERHATIAN!! cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan tati, ape lagi tuan rektor.

Apela tanpa nama ni..tak pasal2 rektor kena.

Kat tati ok dah. Mok guard yg jaga time smyg jumaat.

Harap berfikir panjang sebelum memberi komen.

Shouji said...
April 5, 2009 at 1:47 PM

hahaha sudah pening si tiada nama itu dah ingat kat tati mentang2 ler tulis kat kemaman...
ape2 pun kiter kena ler tgk arahan dari ketua,bos atau pemimpin itu sama ada ianya masih lagi tidak melanggar hukum2 agama maka hendak ler kiter turuti dan jika sebaliknya lu pikir ler sendiri.
renung-renungkanlah selamat beramal....

khaulah_nur said...
April 5, 2009 at 8:32 PM

1st : cube kita bygkan diri kita yg brada di situasi pak guard tu.agak2nya ape yg kita akn lakukan?

2nd : sy psti mmg ramai yg kutuk pak guard tu sbb x gi s0lat jumaat kn?takut kena buang keje smpai x g s0lat jumaat..

3rd : cube kita fikirkan & kaitkan situasi ni dgn situasi yg real di tati.sbg contoh,english nite..walaupun terang2 kita nmpk byk kemungkaran yg brlaku smase english nite,nape kita tetap j0in @ dlm erti kate lain bersubahat?
sbb takut fail subjek TE,kn?

kesimpulannya..

*Mnusia adalah mkhluk yg diciptakan Allah SWT dgn diberikan 2 jln : jln kefasikan & jln ketaqwaan..[QS:90:10, 91:8]

Jln ketaqwaan adalah jln utk mndekatkan diri kpd-Nya. Sbaliknya,jln kefasikan adalah jln yg akan menjauhkan kita dari-Nya..

*Jln ktaqwaan adalah jln org2 yg menyedari bhw hidupnya adlh b'gantung pd Allah,yg slalu mberinya kasih syg,kesedihan, rezeki,kurnia,yg mberinya jiwa & mcabut nyawanya.Allah,yg tidak bgantung & tgantung kpd siapapun,yg tidak beranak & diperanakan,yg tidak meminta rezeki dari kita.[QS:114:1-4,]

*Jln ktaqwaan adalah jln org2 yg mmahami hakikat penciptaannya. Menyedari bhw dirinya adalah ‘abdu, hamba,budak yg harus mematuhi smua printah tuannya,yg tidak pantas utk tawar mnawar & mnolak ketetapan yg sudah diputuskan tuannya.[QS:51:56]

*Katakanlah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah kamu cintai lebih dari Allah dan Rasul-Nya dan (dari) bejihad di jalan-Nya, maka tunggulah sumpai Allah mendatangkan keputusan-Nya,dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq.” (AtTaubah: 24)


~wallahua'lam~

Tanpa Nama said...
April 6, 2009 at 5:20 PM

Manalah aku tau rekaan, maaf.

Tapi sebenarnya aku merujuk pada Annual Dinner staff kat Awana Kijal baru-baru ni.
Hadiah cabutan bertuah-TV 29inci
heh, mana dapat duit beli tv tu?