Salam maaf dan terima kasih...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kami agak terkejut dengan respon sesetengah pihak ke atas blog ini. Pelbagai reaksi diterima sehingga ada yang ingin 'hack' blog ini.. Kenapa?? Adakah kandungan blog ini keterlaluan?? Adakah kami mengajak saudara membuat maksiat dan dosa?? Atau kami telah menyekat 'kebebasan' anda untuk hidup bebas tanpa pegangan agama?? Terpulang kepada anda untuk menilai...

Kami memohon sejuta kemaafan berkenaan beberapa posting yang telah menimbulkan kontroversi... Sebagai contoh berkenaan isu English Nite. Kami tidak menentang program ini secara total malah kami menyokong matlamatnya. Kami akui tulisan tersebut mengandungi sedikit unsur provokasi namun kami tidak menjangka feedback yang diterima cukup panas.

Namun, terselit sedikit kekesalan apabila melihat respon yang diterima sehingga ada pihak yang difitnah dengan agak keterlaluan. Ingin kami perjelaskan di sini, kami sekadar menegur beberapa perkara yg kami fikir, perlu ditegur. Bukan memfitnah dan ingin menyusahkan orang lain.

Kami telah susuli tulisan tersebut dengan beberapa posting supaya saudara dapat berfikir sendiri apakah tujuan kami memberi teguran sedemikian. Seperti mana cerita pakgad yg tinggal solat jumaat untuk melaksanakan kerjanya... Tidakkah terlintas difikiran saudara cerita tersebut mempunyai kaitan dengan cerita Robin Hood???

Robin Hood merompak, namun niatnya untuk membantu orang miskin... Apakah persamaannya??? Ya, NIAT dan TUJUAN si pakgad dan robin hood SANGAT BAIK tetapi cara untuk mencapai matlamatnya adakah sebaik niat dan tujuannya??

Tidak perlu kami huraikan dengan panjang lebar. Kami ringkaskan. 'NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA'. Ini satu prinsip dalam Islam. Jika saudara menolak prinsip ini, saudara secara tidak langsung telah menolak hukum yang telah disyariatkan.

Apakah kaitan dengan English Nite? Atau program2 pelajar yg lain?? Kami sengaja memberi contoh program English Nite... Matlamat dan objektif program ini dilihat sangat baik. Benar, ia membantu memberi keyakinan kepada student yg terlibat. Namun, kami melihat kecelaruan dari sudut pelaksanaanya. Kami tidak menyalahkan pensyarah yg terlibat secara total. Kerana pelajar juga bersalah. Dan jika kami tidak tegur, kami juga patut dipersalahkan. Kami cuma menegur, bukan memfitnah!!

Sama seperti program2 lain. Jika objektif dan matlamatnya sebaik mana sekalipun, jika dari sudut pelaksanaannya telah melanggar hukum syariat, ia tidak wajar diteruskan. Namun kami tertarik dengan satu komen yg menyatakan, jika tiada pgrm seumpama english nite, plajar akan duduk seperti katak di bawah tempurung, tiada kemahiran dan keyakinan berdepan dengan orang ramai. Soalnya, bagaimana pelajar yg tidak mengambil subjek ini?? seperti pelajar HND. Adakah mereka semua seperti katak di bawah tempurung? Adakah mereka tidak berkemampuan dan berkeyakinan berhadapan dengan orang ramai??

Ini semua alasan dangkal. Kalau tidak silap kami, satu ketika dahulu, MPP sendiri dibarisi oleh sebahagian besar pelajar HND termasuk YDP nya yg tidak pun mengikuti english nite. Namun masih tetap mempunyai kemahiran tersebut. Apa yg kami ingin nyatakan, masih banyak cara lain untuk membina keyakinan diri berhadapan dengan khalayak. Jangan bergantung kepada english nite semata-mata. Trend pelajar kini, tidak berminat untuk aktif dlm mana2 persatuan... Akhirnya, segala bakat dan kebolehan akan terpendam dan kampus akan terus ketandusan kepimpinan mahasiswa yg berwibawa.

Dan ingin kami tegaskan, apa jua yang kita ingin lakukan, jangan abaikan dari aspek hukum agama. Kami cukup kesal kerana kita semua sudah semakin jauh dari agama. Betul tak? Bila buat buat maksiat, tidak rasa bersalah... Malah menyokong... Tidakkah ini satu bala??

Akhir kata, kami menyambut baik di atas setiap komen dan kritikan. Namun agak kesal kerana kebanyakan komen yang diterima tidak begitu membina dan sekadar 'melepaskan geram'. Kami di pihak TATiUCkini telah berbincang dan bersetuju untuk menghentikan operasi blog ini atas faktor-faktor tertentu.

Kami sedar, cabaran mencegah sesuatu kemungkaran itu bukanlah mudah seperti mengajak org berbuat baik. Sebab itu tiada org berani menegur sesuatu kesilapan dan akhirnya kemungkaran itu berterusan dan terus merosakkan. Kami mohon ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja yg telah terguris di atas teguran kami.

Selamat menduduki peperiksaan akhir semesta dengan tenang dan cemerlang. Semoga kita semua dapat mengangkat nama TATiUC di persada dunia dengan kecemerlangan... Salam maaf dan terima kasih (",)

0 comments: