Showing posts with label Keratan Akhbar. Show all posts

Showing posts with label Keratan Akhbar. Show all posts

Pelajar TATiUC terima Ijazah Kejuruteraan Kimia di Ireland Utara

LILI (dua dari kiri) dan Martini bersama Ahmad, Gregson dan Latiff (kanan) selepas menerima Ijazah Kejuruteraan Kimia di QUB, baru-baru ini.


DUA pelajar Malaysia di Queen's University Belfast (QUB), bertuah kerana menerima Ijazah Kejuruteraan Kimia pada majlis konvokesyen universiti Ireland Utara itu, baru-baru ini, yang turut disaksikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

Graduan terbabit ialah Martini Muhamad dan Lili Hassan, pelajar kohort pertama program kerjasama antara Kolej Universiti TATi (TATiUC), Kemaman dan QUB.

Menerusi program itu, pelajar cemerlang TATiUC mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan kimia di QUB dengan pembiayaan kerajaan Terengganu.

Naib Canselor QUB, Prof Peter Gregson, berkata pihaknya terharu dengan kehadiran Ahmad berserta delegasi pentadbiran TATiUC, sekali gus menyaksikan majlis konvokesyen pertama pelajar kolej universiti berkenaan.

Sambil menjelaskan 120 pelajar Malaysia sedang mengikuti pengajian di universiti berkenaan, beliau berkata:

“Awal tahun ini, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menerima Ijazah Kehormat daripada QUB atas sokongan baginda dalam bidang pengajian tinggi serta jaringan pendidikan antara Malaysia dan universiti ini sejak lebih 50 tahun lalu.

“Kami berharap dapat terus berhubung dengan alumni dari Malaysia bagi menaikkan nama universiti ini, sekali gus menarik lebih ramai pelajar antarabangsa ke Ireland Utara.”

Sementara itu, Ahmad menyifatkan lawatan itu titik permulaan kerjasama antara kerajaan Terengganu dan Ireland Utara dalam bidang pendidikan, perdagangan dan pelancongan.

“Kerajaan negeri berhasrat membiayai sehingga 20 pelajar setahun dalam bidang kejuruteraan awam dan mekanikal dalam usaha memenuhi keperluan tenaga mahir di Terengganu,” katanya.

Bagi meneruskan program itu, satu lagi memorandum persefahaman mengenainya ditandatangani Ahmad, Gregson dan Pengarah Pentadbir TATiUC, Datuk Latiff Awang.

Sumber: Berita Harian

TATiUCkini: Tahniah kepada graduan tersebut, semoga TATiUC akan mengeluarkan lebih ramai produk2 yg berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

TATiUC naik taraf universiti 2012??


Ini keratan akhbar Sinar Harian Jumaat lalu. Crew menyokong penuh usaha ke arah merealisasikan TATI sebagai universiti. Namun banyak usaha yang perlu diperah, banyak perkara yang perlu difikirkan dan banyak masalah yang perlu diselesaikan. Kerjasama antara pentadbiran, staf, pensyarah dan mahasiswa perlu selari. Dan yang paling penting, kualiti pendidikan, kemudahan infrastruktur serta kebajikan mahasiswa perlu sentiasa diberi keutamaan dan di tahap yang terbaik.

"TATiUC perlu mengambil kira program dan kursus yang ditawarkan, kualiti pensyarah, program pembangunan dan penyelidikan, di samping kemudahan infrastruktur yang lengkap.." - Datuk Dr Abdul Latif Awang, Pengerusi TATiUC

PANAS!! 30 pelajar TATiUC naik nama di AADK??

Cubaan pensyarah buang dadah dalam mangkuk tandas gagal

KUALA TERENGGANU - Cubaan seorang pensyarah lelaki membuang dadah ke dalam mangkuk tandas bagi tujuan menghilangkan bukti tidak berhasil apabila dadah berkenaan tidak tenggelam, sebaliknya timbul kembali.

Pensyarah yang berkhidmat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kemaman itu bertindak demikian selepas terkejut dengan serbuan dilakukan sepasukan polis bahagian Narkotik di sebuah rumah di Bukit Kuang, Kemaman.

Hasil serbuan itu, polis berjaya menahan pensyarah berumur 35 tahun itu dan seorang lagi rakannya yang berkhidmat sebagai juruteknik di IPTA sama, bersama dengan dadah jenis syabu seberat hampir dua gram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintendan Roslan Abdul Wahid berkata, serbuan ke atas rumah di kawasan perumahan itu dilakukan melalui Operasi (Ops) Tapis yang dilancarkan di daerah berkenaan.

“Ketika anggota polis menyerbu rumah, pensyarah yang tinggal di Kemaman itu dilihat terus berlari ke arah tandas dan membuang sesuatu dipercayai dadah ke dalam mangkuk tandas namun dadah itu timbul kembali.

“Dengan penemuan dadah di dalam rumah sewa juruteknik berumur 25 tahun dan belum berkahwin itu, polis menahan kedua-dua suspek bersama dadah jenis syabu berkenaan bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Roslan, hasil siasatan awal pihaknya mendapati, pensyarah yang mempunyai dua anak itu sering ke rumah juruteknik terbabit bagi tujuan melepaskan gian, malangnya perbuatan mereka berjaya dihidu polis.

“Pensyarah yang tinggal berhampiran dengan rumah rakannya itu sudah lebih setahun mengambil dadah dan hasil ujian air kecing, kedua-dua lelaki terbabit disahkan positif menggunakan dadah.

“Mereka ditahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15 (1) (a) akta sama kerana memasukkan dadah ke dalam badan, jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan sehingga lima tahun,” katanya.

-----------------------------------------------------------------------------------

Berita di atas diambil dari akhbar Sinar Harian, Jumaat 20 Mac 2009. Crew tidak pasti IPTA manakah yang dimaksudkan dalam laporan berita tersebut kerana setahu Crew, di Kemaman ini tiada IPTA. IPTS banyaklah termasuk TATiUC sendiri. So, pengajaran pertama, jangan terlalu percayakan laporan akhbar kerana mereka selalu 'buat-buat cerita' untuk melariskan jualan.

Namun, ada pengajaran yang lebih utama. Crew mendapat maklumat bahawa lebih kurang 30 orang pelajar TATiUC naik nama di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Dan tambah mengecewakan, majoritinya adalah siswi. Crew juga dimaklumkan bahawa urine test telah dijalankan secara rawak namun persoalannya, bagaimana nak trace mereka yang terlibat dalam pengedaran sahaja dan bukan penyalahgunaan?


Isu dadah bukan isu main-main. Bukan isu remeh. Sudah ramai pelajar TATiUC yang tertangkap dan diberhentikan pengajian. Dan yang lebih merunsingkan sebenarnya adalah tabiat penyalahgunaan dan pengedaran dadah ini dikhuatiri akan merebak kepada pelajar-pelajar lain. Kes-kes kecurian juga sebahagian besarnya melibatkan mereka yang terlibat dengan najis ini.


Justeru, Crew mengharapkan sokongan semua pihak agar dapat membantu menyelesaikan isu ini. Sila laporkan kepada pihak atasan sekiranya anda mempunyai maklumat berkenaan hal ini. Kami juga sedia menerima laporan dan maklumat daripada anda.
tatiuckini08@gmail.com

TATiUC - USU Jalin Kerjasama..



Ini keratan akhbar Berita Harian hari ini (10 Mac 09). MoU dengan Universiti Sumatera Utara (USU) ini adalah bagi memantapkan bidang kejuruteraan dan kedoktoran. Wah, TATiUC bakal ada course medic la tak lama lagi.... (",)