TATiUCkini tidak hangat?? Atau MPPTATiUC tidak berfungsi??

Terima kasih kepada mereka-mereka yang sudi memberi komen kepada kami. Tidak kurang juga yang memberi cadangan dan aduan dengan harapan ia akan sampai kepada pihak sepatutnya. Kami di pihak TATiUCkini sentiasa mengalu-alukan sokongan anda.

Ingin kami perjelaskan di sini, kami sekadar menyediakan satu platform alternatif kepada mahasiswa TATiUC khususnya untuk 'bersuara'. Saluran utama yang sepatutnya dipergunakan sepenuhnya oleh mahasiswa adalah melalui wakil yang telah dilantik iaitu MPP.

MPP sepatutnya memainkan peranan yg aktif dalam memastikan suara mahasiswa yang 'biasa-biasa' seperti kami ini sampai kepada saluran yang betul serta memastikan tindakan selanjutnya diambil segera.

Crew turut menerima komen2 yg tidak enak didengar yg datang dari mahasiswa berkenaan sikap sesetengah ahli MPP yg tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah yg telah diberi kepada mereka. Crew harap MPP yang ada sekarang perlu bertindak dengan lebih proaktif dalam memastikan kebajikan mahasiswa terbela. Crew juga berharap exco2 MPP sendiri dapat menjaga disiplin kerana ada di kalangan exco yg disiplinnya (minta maaf) lebih teruk dari pelajar biasa dan tidak layak bergelar exco MPP.

Walau bagaimanapun, kami di pihak TATiUCkini sedang berusaha untuk memperbaiki mutu dan fungsi blog ini agar lebih bertenaga, bukan sekadar hangat semata-mata. Sekian.

0 comments: