Hentikan English Nite

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini Crew ingin mengadu kepada pihak pentadbiran & pengurusan TATiUC, khususnya kepada tuan Rektor, Dr. Mohd Rozailan dan Crew sangat berharap tuan Rektor membaca aduan Crew ini.

Hentikanlah program English Nite (di bawah subjek Technical English). Ini kerana, jelas program ini tidak mencapai objektif yang sepatutnya. Malah, program ini dilihat lebih banyak mengundang perkara negatif daripada positif.

Crew menerima satu emel aduan daripada seorang pelajar berhubung isu ini. Antara lainnya pelajar tersebut menyatakan:
  • Para pelajar menghadapi masalah untuk fokus terhadap proses pembelajaran kerana terganggu dengan program ini sedangkan jadual proses pembelajaran mereka adalah padat.
  • Banyak masa diperuntukkan untuk program ini menyebabkan banyak tugasan, projek, serta laporan yang diberikan oleh pensyarah bagi subjek lain kepada para pelajar tidak dapat disiapkan sepenuhnya.
  • Pensyarah mendapat masalah untuk mengganti kelas-kelas mereka yang tertangguh disebabkan masa-masa yang sepatutnya diadakan kelas digunakan untuk program ini.
  • Komitmen yang disumbangkan oleh para pelajar untuk program ini tidak berpadanan dengan hanya mndapat 5-10 markah untuk subjek Technical English sedangkan banyak masa-masa sepatutnya digunakan untuk proses ulangkaji telah digunakan untuk menghadiri latihan untuk menjayakan program ini.
  • Selain itu , ujian-ujian praktikal serta teori terpaksa ditangguh disebabkan program tersebut.

Crew juga difahamkan bahawa sebahagian pelajar yang menang telah dijemput (secara paksa) untuk mengadakan persembahan bagi satu program yang akan diadakan pada 31 Mac di sebuah sekolah di Kemaman. Ini adalah tidak sesuai kerana akan mengganggu jadual perjalanan kelas lain.

Ditambah pula dengan keadaan di mana program tersebut diadakan pada minggu-minggu terakhir sebelum final exam ,sedangkan pada waktu-waktu tersebut pelajar sepatutnya memberi komitmen dan fokus sepenuhnya terhadap proses pembelajaran bagi mnghadapi final exam.

Kesimpulan Crew berkenaan emel aduan tersebut ialah, ENGLISH NITE MENGGANGGU FOKUS, KOMITMEN DAN MASA UNTUK KELAS DAN TUGASAN PELAJAR BAGI SUBJEK LAIN.

Walau bagaimanapun, Crew ingin mengemukakan satu lagi sebab atau faktor atau dalil, kenapa English nite wajar dihentikan?

Jelas, English nite secara tidak langsung telah mengajak pelajar melakukan maksiat & kemungkaran. Crew senaraikan beberapa contoh:

  1. Berpakaian menyerupai perempuan (bagi Lelaki).
  2. Berpakaian mendedahkan aurat
  3. Menggalakkan percampuran bebas sehingga berlaku persentuhan antara lelaki dan perempuan.

Crew menerima sangat banyak aduan dan rungutan pelajar berkenaan program ini. Bukan sahaja pelajar, malah pensyarah subjek lain turut sama merungut dan membantah program ini. Sememangnya masa dan wang ringgit yang dilaburkan untuk menjayakan English Nite adalah sangat tidak berbaloi untuk subjek 2 jam kredit ini.

Kepada pihak yang menguruskan program ini, fikirkanlah cara lain untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam bahasa Inggeris. English nite tidak sesuai. SANGAT TIDAK SESUAI.

Ada sesiapa nak membantah??? Tidak setuju?? Nyatakan pendapat anda!!!

Wireless down...

Crew agak terkilan kerana perkhidmatan wireless di asrama agak teruk akhir-akhir ini. Ini menyebabkan blog ini tidak dapat diupdate walaupun ada berita semasa yang yang dikongsikan.

Namun Crew tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya kemudahan ini masih dapat diakses secara percuma tanpa caj perkhidmatan khusus. Crew berharap, pihak pengurusan tidak akan mengenakan sebarang caj bayaran tambahan untuk masa-masa akan datang.

Crew juga tahu, pihak pengurusan di bawah unit PPTM berusaha gigih untuk menyediakan perkhidmatan (internet/wifi) terbaik. Dan Crew sangat berharap mutu perkhidmatan ini akan sentiasa ditingkatkan.

Namun Crew agak kecewa dengan sikap sebilangan pelajar yang tidak pandai menghargai sesuatu kemudahan yang telah disediakan. Sikap sebegini hanya akan merugikan pelajar lain. Justeru, belajarlah untuk menghargai dan bersyukur...

Perkenalan lelaki dan perempuan - Us. Azhar Idrus



Sila ikuti sambungan kuliah ini di youtube. Sekadar satu perkongsian bagi yang belum tahu.

Mesej dari TATiUCkini

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung TATiUCkini...

Alhamdulillah, TATiUCkini sudah menerima lebih 5000 kunjungan sejak dibuka pada Januari yang lalu. Terima kasih atas setiap komen yang telah disumbangkan...

Semalam Crew dapat satu lagi cerita panas. Tapi Crew tidak berhajat untuk menceritakan dalam blog ini atas beberapa faktor. Bukan tujuan blog ini diwujudkan untuk memaparkan cerita-cerita panas sahaja. Cerita yang panas itu kadang-kadang mengundang perkara yang lebih negatif.


Namun, kami di pihak TATiUCkini sentiasa menunggu cerita-cerita 'sejuk' daripada anda untuk dikongsikan bersama di sini. Kami akui, cerita yang disampaikan di sini tidak semestinya 100% benar. Mungkin ada yang terlebih dan terkurang. Justeru, kami memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Walau bagaimanapun, kami cuba untuk menjadikan TATiUCkini sebagai medium alternatif untuk menyampaikan pandangan, teguran, cadangan, aduan dan maklumat-maklumat terkini kepada warga TATiUC.

tatiuckini08@gmail.com

Lagi Panas!! Siswi cuba bunuh diri

Gambar hiasan

Crew sangat terkejut dan sedih apabila mendapat berita ini. Bukan niat Crew bercerita di sini untuk memburuk-burukkan keadaan. Bukan juga untuk mengaibkan sesiapa. Tetapi atas rasa amanah dan tanggungjawab, Crew terpanggil untuk membetulkan kembali akidah kita yang semakin goyah di zaman yang penuh kejahilan ini.

Crew difahamkan, siswi tersebut cuba bunuh diri akibat putus cinta (mungkin ada kaitan dengan kes ugut). Hmm... Crew rasa, ini bukan kes putus cinta biasa. Crew tak berminat nak cerita kenapa dia putus cinta tetapi Crew nak cerita betapa buruknya perbuatan bunuh diri ini di sisi Islam. Crew juga nak cerita tentang keburukan bercouple tanpa ikatan yang sah yang ternyata hanya membawa fitnah dan keburukan. Namun terlebih dahulu Crew meminta maaf sekiranya tulisan Crew kali ini ada menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Crew bukanlah orang yang faqih dalam agama. Justeru Crew tak berhajat untuk memanjang lebarkan tulisan ini kerana Crew tahu, anda akan boring membaca tulisan berbentuk tazkirah panjang. Takpa, Crew cuba ringkaskan seringkas-ringkasnya.

Membunuh diri itu haram di sisi agama. Crew ulang, HARAM!! Anda faham maksud haram? Kalau faham bagus. Kalau tak, anda adalah manusia yang sangat malang. Justeru belajarlah untuk faham. Sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. yang bermaksud:

Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Bercouple tanpa ikatan yang sah juga HARAM. Hah?!! Haram?? Kenapa, tak percaya?

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat" (al-Isra:32).

Ini bukan ayat Crew tetapi ini perintah Tuhan. Perintah yang WAJIB ditaati. Tapi ramai yang tak tahan. Nak jugak bercinta, bercouple, ke hulu ke hilir, buat date, pergaulan terlalu bebas, bergayut berjam jam membuang masa dan kredit. Ini semua pintu-pintu perbuatan zina. (Kalau rajin klik dan baca artikel ini)

Crew tau ada yang berpendapat tidak salah bercinta tetapi perlu mengikut syariat. Persoalannya, adakah kita faham tuntutan syariat yang dimaksudkan? Jangan sebut ikut sedap mulut saje tapi hati langsung tidak memahami. Inilah masalah yang semakin membarah di kalangan remaja hari ini. Semakin hilang harga diri. Yang perempuan bercinta sehingga tergadai body. Yang lelaki entah ke mana menghilangkan diri.

Benarlah kata Nabi S.A.W. fitnah paling besar di akhir zaman ialah perempuan. Wahai teman-temanku, tinggalkanlah amalan yang membawa fitnah dan kemurkaan ini. Astaghfirullahalazim... Bertaubatlah sebelum terlambat.

Kesimpulan Crew, 2 perkara besar yang ingin disampaikan di sini. Pertama, bunuh diri itu totally haram (klik di sini). Jangan buat. So, jika ada masalah atau tekanan perasaan, Islam ada solusinya.

Kedua, ingin Crew bertanya kepada anda yang bercinta, kenapakah bercinta? Jika ingin menjadikan sebagai sumber inspirasi untuk cemerlang dalam study, alasan ini tidak benar sama sekali. Karut, jangan tertipu. Jika ingin menjadikannya sebagai teman hidup, suami atau isteri, bernikahlah cepat-cepat. Jika sekadar ingin main-main serta memenuhi keseronokan diri dan nafsu, berhenti dan bertaubatlah.

PANAS!! 30 pelajar TATiUC naik nama di AADK??

Cubaan pensyarah buang dadah dalam mangkuk tandas gagal

KUALA TERENGGANU - Cubaan seorang pensyarah lelaki membuang dadah ke dalam mangkuk tandas bagi tujuan menghilangkan bukti tidak berhasil apabila dadah berkenaan tidak tenggelam, sebaliknya timbul kembali.

Pensyarah yang berkhidmat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kemaman itu bertindak demikian selepas terkejut dengan serbuan dilakukan sepasukan polis bahagian Narkotik di sebuah rumah di Bukit Kuang, Kemaman.

Hasil serbuan itu, polis berjaya menahan pensyarah berumur 35 tahun itu dan seorang lagi rakannya yang berkhidmat sebagai juruteknik di IPTA sama, bersama dengan dadah jenis syabu seberat hampir dua gram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintendan Roslan Abdul Wahid berkata, serbuan ke atas rumah di kawasan perumahan itu dilakukan melalui Operasi (Ops) Tapis yang dilancarkan di daerah berkenaan.

“Ketika anggota polis menyerbu rumah, pensyarah yang tinggal di Kemaman itu dilihat terus berlari ke arah tandas dan membuang sesuatu dipercayai dadah ke dalam mangkuk tandas namun dadah itu timbul kembali.

“Dengan penemuan dadah di dalam rumah sewa juruteknik berumur 25 tahun dan belum berkahwin itu, polis menahan kedua-dua suspek bersama dadah jenis syabu berkenaan bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Roslan, hasil siasatan awal pihaknya mendapati, pensyarah yang mempunyai dua anak itu sering ke rumah juruteknik terbabit bagi tujuan melepaskan gian, malangnya perbuatan mereka berjaya dihidu polis.

“Pensyarah yang tinggal berhampiran dengan rumah rakannya itu sudah lebih setahun mengambil dadah dan hasil ujian air kecing, kedua-dua lelaki terbabit disahkan positif menggunakan dadah.

“Mereka ditahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15 (1) (a) akta sama kerana memasukkan dadah ke dalam badan, jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan sehingga lima tahun,” katanya.

-----------------------------------------------------------------------------------

Berita di atas diambil dari akhbar Sinar Harian, Jumaat 20 Mac 2009. Crew tidak pasti IPTA manakah yang dimaksudkan dalam laporan berita tersebut kerana setahu Crew, di Kemaman ini tiada IPTA. IPTS banyaklah termasuk TATiUC sendiri. So, pengajaran pertama, jangan terlalu percayakan laporan akhbar kerana mereka selalu 'buat-buat cerita' untuk melariskan jualan.

Namun, ada pengajaran yang lebih utama. Crew mendapat maklumat bahawa lebih kurang 30 orang pelajar TATiUC naik nama di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Dan tambah mengecewakan, majoritinya adalah siswi. Crew juga dimaklumkan bahawa urine test telah dijalankan secara rawak namun persoalannya, bagaimana nak trace mereka yang terlibat dalam pengedaran sahaja dan bukan penyalahgunaan?


Isu dadah bukan isu main-main. Bukan isu remeh. Sudah ramai pelajar TATiUC yang tertangkap dan diberhentikan pengajian. Dan yang lebih merunsingkan sebenarnya adalah tabiat penyalahgunaan dan pengedaran dadah ini dikhuatiri akan merebak kepada pelajar-pelajar lain. Kes-kes kecurian juga sebahagian besarnya melibatkan mereka yang terlibat dengan najis ini.


Justeru, Crew mengharapkan sokongan semua pihak agar dapat membantu menyelesaikan isu ini. Sila laporkan kepada pihak atasan sekiranya anda mempunyai maklumat berkenaan hal ini. Kami juga sedia menerima laporan dan maklumat daripada anda.
tatiuckini08@gmail.com

Apakah Perkembangan MPPTATiUC 2009??

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Kami berterima kasih dan menghargai di atas setiap komen & kritikan yang telah diberikan. Ini adalah satu perkembangan yang baik & sihat. Kami juga berbesar hati kerana difahamkan bahawa blog ini turut mendapat perhatian pihak pengurusan & pentadbiran TATiUC.

Di sini, Crew ingin mengutarakan satu persoalan dan sangat berharap ada respon dari pihak berkenaan. Apakah Perkembangan MPPTATiUC 2009?? Sudah 6 minggu mereka ditauliahkan secara rasmi namun sehingga kini, Crew belum nampak perkembangan mereka. Cuma Crew difahamkan mereka sedang sibuk dengan persiapan satu program 'festival kebudayaan' pada minggu depan.

Hmm... Tapi setahu Crew, ini bukan program MPP tetapi MPP sekadar menjalankan / melaksanakan program HEPA. Kasihan juga Crew pada MPP, dari dulu sampai sekarang kena jadi kuli HEPA (maaf kalau terkasar bahasa). Tak salah pun nak buat program tu tapi apa yang menghairankan Crew, perlukah program tersebut diutamakan? Atau kebajikan mahasiswa yang sepatutnya didahulukan?

Mungkin MPP sesi 2009 boleh mencontohi MPP sesi 2008. Crew masih menyimpan buletin MPP 2008 (boleh download kat blog mereka). Walaupun mereka belum ditauliahkan jawatan secara rasmi, tetapi perkara pertama yang dilaksanakan ialah mengusulkan 19 isu kebajikan mahasiswa kepada pihak pengurusan iaitu 2 minggu selepas pilihanraya kampus. Hanya setelah 3 bulan baru mereka ditauliahkan secara rasmi. Berikut adalah sedikit kronologi MPPTATiUC 08 dan 09 yang sempat dianalisa:

MPP 2008

AKHIR JAN'08 - PILIHANRAYA
14 FEB '08 - MEMBAWA 19 USUL KEBAJIKAN MAHASISWA KEPADA PENGURUSAN
2 APR '08 - PERLANTIKAN RASMI
7 APR '08 - DIALOG BERSAMA MAHASISWA

MPP 2009

20 JAN '09 - PILIHANRAYA
4 FEB '09 - PERLANTIKAN RASMI
MAC'09 - ??
Bukan niat untuk membanding-bandingkan tetapi Crew berharap, agar MPP 2009 akan lebih baik dari MPP yang sebelum-sebelumnya. Anggaplah kritikan ini sebagai pendorong kepada anda untuk lebih berusaha melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Kami mahasiswa TATiUC ingin tahu apakah yang telah kalian buat selaku wakil kami? Sekurang-kurangnya wujudkanlah buletin atau blog untuk mewarwarkan perkembangan anda. Anda pemimpin kami... Anda wakil suara kami... Anda harapan kami...

Penyu Mendarat di Teluk Kalong






Gambar-gambar ini dirakam oleh seorang pelajar TATiUC pada 13 Mac 2009 (Jumaat) yang lalu di pantai Teluk Kalong. Crew tak pasti akhbar tempatan ada atau tidak menyiarkan laporan tentang penemuan ini namun apa yang pasti, kami di pihak TATiUCkini turut tidak mahu ketinggalan dalam melaporkan isu-isu semasa sama ada di kampus atau masyarakat setempat.

Agak malang nasib penyu ini. Ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa. Crew tidak pasti sebab penyu ini mati tetapi melihat keadaan fizikalnya, Crew pasti ia mati dalam keadaan yang cukup menyakitkan. Kesian :-(

Kejohanan Futsal TATiUC 2009



Pencalonan Personaliti Terbaik

PERHATIAN!! INI BUKAN PERTANDINGAN @ ANUGERAH RASMI...
  • Yang mendapat pencalonan terbanyak tidak akan mendapat sebarang hadiah daripada kami.
  • Sekadar satu survey daripada TATiUCkini untuk warga TATiUC.
  • Kami ingin tahu siapa PENSYARAH / STAF / PELAJAR yang menjadi kesayangan anda, yang memiliki personaliti terbaik / akhlak terpuji / mampu menjadi ikon & ikutan kepada yang lain.
  • Calonkanlah kepada yang dirasakan layak sahaja.
  • Anda boleh membuat pencalonan sebanyak mana yang anda suka.
  • Pencalonan ini akan dibuka sehingga 10 APRIL 2009.
Untuk pencalonan, [sila klik di sini]

TATiUC - USU Jalin Kerjasama..



Ini keratan akhbar Berita Harian hari ini (10 Mac 09). MoU dengan Universiti Sumatera Utara (USU) ini adalah bagi memantapkan bidang kejuruteraan dan kedoktoran. Wah, TATiUC bakal ada course medic la tak lama lagi.... (",)

SAC Tidak Seperti Dulu...

Crew terima satu emel dari seorang pelajar. Emelnya berbunyi:

Assalamualaikum... disini saya ingin komen satu perkara yang amat penting bagi pelajar. S.A.C(Self Acces Centre) tidak lagi seperti dahulu. Kenapa?

S.A.C Dahulunya:
  • Buka 8.am
  • Tutup 11.pm
  • Dibuka setiap hari
  • Internet selalu boleh digunakan
  • Semua computer dapat acces internet

S.A.C Sekarang
  • Buka tak tentu waktu
  • Tutup 6 petang
  • Tidak semua hari dibuka
  • Internet kerap tidak dapat digunakan
  • Tidak semua computer dapat acces internet.

Setahu saya masalah waktu buka dan tutup S.A.C adalah berpunca dari pengawal keselamatan yang selalu buka lewat dan tutup awal.

Cadangan penyelesaian masalah
-Pihak pengurusan patut info kepada pelajar dan pengawal keselamatan waktu dan hari (tetap) S.A.C ditutup dan dibuka.

Saya harap perkara ini dapat diselesai dengan segera kerana sebilangan pelajar yang tidak mempunyai komputer sendiri amat sukar untuk menyiapkan assignment atau tugasan tambahan lagi yang memerlukan penggunaan internet.

SEKIAN TERIMA KASIH.....
--------------------------------------------------------------------

Crew harap, pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan segera berkenaan dengan aduan ini. Kami di pihak TATiUCkini sekadar mampu membantu menyampaikan dengan cara kami sendiri. Adios...

Kanopi baru




































Alhamdulillah... Dulu Crew pernah membangkitkan isu berkenaan dengan kanopi gerai makan depan blok H ini. Tetapi ketika itu, ia kelihatan agak menyedihkan. Kali ini ia sudah berwajah baru. Bukan Crew baru tahu tapi Crew baru berkesempatan untuk mengupdate blog ini (",) Crew sudah perasan kanopi ini sudah ditukarganti beberapa minggu yang lalu. Terima kasih kepada pihak yang telah menguruskan penukaran ini.

Program Ijazah Sarjana (Master) akan ditawarkan pada tahun 2009 - Rektor


Crew dapat maklumat ini daripada Buletin TATiUC keluaran ke-13 (juga dari keratan akhbar). Program yang dimaksudkan ialah Master in Engineering Technology (Mechatronics Engineering). Selain itu, 8 program baru untuk Ijazah Sarjana Muda, satu program Diploma serta sijil akan ditawarkan pada tahun 2009. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk sendiri buletin berkenaan.

Crew sangat berbangga sekiranya perkara ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. TATiUC dilihat semakin berkembang dari sudut program mahupun infrastuktur. Namun Crew agak terkilan dengan beberapa perkara yang agak penting tetapi seolah-olah dipandang remeh oleh pihak-pihak berkenaan. Ini adalah tidak sihat sekiranya kita ingin melihat TATiUC gah dipentas dunia pendidikan/pengajian tinggi.

Antara beberapa persoalan yang sering terbeban di fikiran Crew ialah:
1. Kenapa laman web rasmi TATiUC dilihat agak ketinggalan? Setahu Crew, TATiUC mempunyai tenaga yang sangat pakar dalam ICT. Laman tersebut dilihat jarang dikemaskini.

Ini sesuatu yang merugikan sekiranya perkara ini dibiar berterusan. Kenapa? Kerana ia sepatutnya menjadi medium promosi dan penyampaian informasi terkini TATiUC kepada pihak luar serta warga TATiUC sendiri.

Sebagai contoh, Crew mendapat maklumat berkenaan penawaran kursus2 baru tersebut melalui Buletin TATiUC. Lantas Crew cuba untuk mengakses web TATiUC dengan harapan, ada disertakan berkenaan penawaran kursus baru ini. Malangnya yang ada cuma penawaran kursus bagi tahun 2008.

2. Kenapa TATiUC masih menggunakan sistem semakan keputusan peperiksaan secara manual sedangkan di IPT-IPT lain, keputusan boleh diakses melalui internet? Kalau tak silap Crew, MPP sesi lepas ada mengusulkan hal ini. Crew tak pasti apa perkembangannya. Harap MPP 2009 dapat follow up. Ini sangat penting kerana status TATiUC sebagai IPT teknikal. Agak menyedihkan jika masih menggunakan sistem manual. Bukan tak boleh tapi kurang canggih =)

3. Kenapa student TATiUC suka balik hujung minggu??? Kenapa???? Ini masalah besar melibatkan mentaliti student TATiUC sendiri. Maaf jika Crew katakan, mentaliti student TATiUC sekadar di kelas ketiga. Daya pemikiran pelajar@mahasiswa sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan pelajar IPTA. Crew tak kata semua, tapi sebahagian besar. Dan Crew juga tertanya-tanya, kenapa majoriti pelajar adalah dari Terengganu? 90% atau lebih... Ini mungkin faktor utama kampus TATiUC 'sangat sunyi' ketika hujung minggu.

Crew berpendapat, TATiUC perlu menarik dan membuka peluang kepada pelajar dari negeri-negeri lain sekiranya ingin mengubah landskap keintelektualan mahasiswa dengan minda atau mentaliti kelas pertama.

Crew sangat respect dengan lecturer-lecturer TATiUC yang sangat baik dan mantop. Mungkin sukar nak cari pensyarah sebegini di tempat-tempat lain. Crew tak kata semua kerana realitinya tiada yang perfect. Namun dari pendapat Crew sendiri, majoriti pensyarah TATiUC sangat baik jika nak dibandingkan di tempat lain. Perkara ini dilontarkan sendiri daripada bekas-bekas pelajar TATiUC yang menyambung pengajian di tempat lain. Crew belum lagi =)

Justeru Crew sangat mengharapkan perubahan yang lebih positif ke arah menjadikan TATiUC sebagai IPT Teknikal terbaik di rantau ini.