Program Ijazah Sarjana (Master) akan ditawarkan pada tahun 2009 - Rektor


Crew dapat maklumat ini daripada Buletin TATiUC keluaran ke-13 (juga dari keratan akhbar). Program yang dimaksudkan ialah Master in Engineering Technology (Mechatronics Engineering). Selain itu, 8 program baru untuk Ijazah Sarjana Muda, satu program Diploma serta sijil akan ditawarkan pada tahun 2009. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk sendiri buletin berkenaan.

Crew sangat berbangga sekiranya perkara ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. TATiUC dilihat semakin berkembang dari sudut program mahupun infrastuktur. Namun Crew agak terkilan dengan beberapa perkara yang agak penting tetapi seolah-olah dipandang remeh oleh pihak-pihak berkenaan. Ini adalah tidak sihat sekiranya kita ingin melihat TATiUC gah dipentas dunia pendidikan/pengajian tinggi.

Antara beberapa persoalan yang sering terbeban di fikiran Crew ialah:
1. Kenapa laman web rasmi TATiUC dilihat agak ketinggalan? Setahu Crew, TATiUC mempunyai tenaga yang sangat pakar dalam ICT. Laman tersebut dilihat jarang dikemaskini.

Ini sesuatu yang merugikan sekiranya perkara ini dibiar berterusan. Kenapa? Kerana ia sepatutnya menjadi medium promosi dan penyampaian informasi terkini TATiUC kepada pihak luar serta warga TATiUC sendiri.

Sebagai contoh, Crew mendapat maklumat berkenaan penawaran kursus2 baru tersebut melalui Buletin TATiUC. Lantas Crew cuba untuk mengakses web TATiUC dengan harapan, ada disertakan berkenaan penawaran kursus baru ini. Malangnya yang ada cuma penawaran kursus bagi tahun 2008.

2. Kenapa TATiUC masih menggunakan sistem semakan keputusan peperiksaan secara manual sedangkan di IPT-IPT lain, keputusan boleh diakses melalui internet? Kalau tak silap Crew, MPP sesi lepas ada mengusulkan hal ini. Crew tak pasti apa perkembangannya. Harap MPP 2009 dapat follow up. Ini sangat penting kerana status TATiUC sebagai IPT teknikal. Agak menyedihkan jika masih menggunakan sistem manual. Bukan tak boleh tapi kurang canggih =)

3. Kenapa student TATiUC suka balik hujung minggu??? Kenapa???? Ini masalah besar melibatkan mentaliti student TATiUC sendiri. Maaf jika Crew katakan, mentaliti student TATiUC sekadar di kelas ketiga. Daya pemikiran pelajar@mahasiswa sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan pelajar IPTA. Crew tak kata semua, tapi sebahagian besar. Dan Crew juga tertanya-tanya, kenapa majoriti pelajar adalah dari Terengganu? 90% atau lebih... Ini mungkin faktor utama kampus TATiUC 'sangat sunyi' ketika hujung minggu.

Crew berpendapat, TATiUC perlu menarik dan membuka peluang kepada pelajar dari negeri-negeri lain sekiranya ingin mengubah landskap keintelektualan mahasiswa dengan minda atau mentaliti kelas pertama.

Crew sangat respect dengan lecturer-lecturer TATiUC yang sangat baik dan mantop. Mungkin sukar nak cari pensyarah sebegini di tempat-tempat lain. Crew tak kata semua kerana realitinya tiada yang perfect. Namun dari pendapat Crew sendiri, majoriti pensyarah TATiUC sangat baik jika nak dibandingkan di tempat lain. Perkara ini dilontarkan sendiri daripada bekas-bekas pelajar TATiUC yang menyambung pengajian di tempat lain. Crew belum lagi =)

Justeru Crew sangat mengharapkan perubahan yang lebih positif ke arah menjadikan TATiUC sebagai IPT Teknikal terbaik di rantau ini.

15 comments:

Anonymous said...
March 9, 2009 at 1:46 PM

salam maulidul rasul.. selawat keatas nabi junjungan Muhammad s.a.w

kau baru nak tahu??? berita nie dah masuk paper harian dengan surat khabar yg lain2... kita budak tati je yg ketinggalan tentang hal tati sendiri..

Crew said...
March 9, 2009 at 5:31 PM

Bukan Crew baru tau...Tatiuc offer master tu bukan isu utama yang Crew ingin ketengahkan dalam tulisan di atas. Ada perkara yg lebih penting jika saudara teliti dengan baik.

Benar seperti mana kata AHMADSUFI6177, student tati agak ketinggalan...

Crew tersangat ingin melihat TATiUC berdiri sama tinggi dengan IPT terkemuka yang lain. Dan Crew sekadar memberikan pandangan dan buah fikiran serta diselitkan dengan sedikit kritikan membina.

Maaf dipinta sekiranya ada yang terasa atau terkecil hati.. (",)

Anonymous said...
March 9, 2009 at 7:45 PM

haha... standard la beb! hihi..

Anonymous said...
March 10, 2009 at 12:34 AM

smart la gamba...kt mner niyh?

Anonymous said...
March 10, 2009 at 2:46 AM

Gamba kondo utk student master kot..hehehe...

Anonymous said...
March 12, 2009 at 9:10 AM

memang lambat..
lembap..
dan letih nak tengok web tatiuc tuh..

Anonymous said...
March 13, 2009 at 8:13 AM

itu gambar dari photofunia... erm... usah ditgk laman web tati... tak berubah pon... haha

Anonymous said...
March 15, 2009 at 4:23 PM

crew pandai ckp je. acu crew dok tmpt kritik 2. same gok. tui tui

Anonymous said...
March 15, 2009 at 4:26 PM

awok2 crew bagus. internet lmbt complain. org psg wireless dok kutip curi. saloh student ke pentadbiran.....

Anonymous said...
March 16, 2009 at 9:31 AM

mulut jaga sikit... cakap siang pandang2.. cakap malam dengar2... jgn kurang ajar...

wireless kena curi bukan sebb student.. tapi penyangak haram yg curi... kau nak kata org, pikir kesan dia.. student adalahpelajar.. jadi semua ker student yg curi???

kalau nak salahkan, salahkan penyangak tue.. bukan kita sendiri.. kau kan student gak??

Anonymous said...
March 16, 2009 at 2:36 PM

sebab tenet slow sgt lgpun...sbb tu ad yg smpai curi nk letok kt bilik la kot... bg kuat sket....

acu kalu kuat or laju wireless xder spe pun yg nk curi...

Anonymous said...
March 19, 2009 at 4:05 PM

Aloh..nok laju ganer lagi..kalu pakat download giler2 mana nok laju weh. Kiter ni student, kiter kena ingat etek orang lain hok nok pakai ternet tu..jangan nok saloh orang lain je...kiter juga kena beringat. tati dah bagi kemudahang, jaga dan guna sepatut-patut...nie apebende ada dalam ternet semua nok download....nok wat mende??? Nok wat rete pusaka ke? Kiter kena timbang rasa etek....ternet tu harta public..Azry tu satu..royak ikut perasaang je. Mung tu student jugok, kena fikir cara student U...kena ada mukadimah dia, teori dia, alasang2 dia dan kesimpulang. Jangan letok pale otok kat pale lutut.. dok gitu. Nie cakap ikut sedap je...cam dok skoloh.

Anonymous said...
March 19, 2009 at 6:59 PM

Tati dok perlu bangunan sapal bleh tukat langit baru bleh jadi sohor. kalu nok tengok tati jadi sohor, kiter kena berubah dulu pastu ajok saing2 supaya jadi warga contoh tati. Ni dok asyek dok royak hok tu dok kena hok ni dok kena...pastu tulis dlm website..dok bijok sunggoh. Ader saluran rasmi cam mpp..bowok berunding dgn pihak tertinggi tati...aku sekadar nok cari publisiti.

Anonymous said...
March 22, 2009 at 8:48 AM

laman web tati tu beruboh doh..rase2 cam same je dok?

Anonymous said...
March 23, 2009 at 12:21 PM

gini la org kite nk saloh ker org jer okmo2.....
ptut la ngare pom goyang lenim...
baloh same diri dksaloh ke org....
tgk cine snyap jer tngu mase nk naik pgg malaysia jah....

MAFEAR corp.