Hentikan English Nite

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini Crew ingin mengadu kepada pihak pentadbiran & pengurusan TATiUC, khususnya kepada tuan Rektor, Dr. Mohd Rozailan dan Crew sangat berharap tuan Rektor membaca aduan Crew ini.

Hentikanlah program English Nite (di bawah subjek Technical English). Ini kerana, jelas program ini tidak mencapai objektif yang sepatutnya. Malah, program ini dilihat lebih banyak mengundang perkara negatif daripada positif.

Crew menerima satu emel aduan daripada seorang pelajar berhubung isu ini. Antara lainnya pelajar tersebut menyatakan:
  • Para pelajar menghadapi masalah untuk fokus terhadap proses pembelajaran kerana terganggu dengan program ini sedangkan jadual proses pembelajaran mereka adalah padat.
  • Banyak masa diperuntukkan untuk program ini menyebabkan banyak tugasan, projek, serta laporan yang diberikan oleh pensyarah bagi subjek lain kepada para pelajar tidak dapat disiapkan sepenuhnya.
  • Pensyarah mendapat masalah untuk mengganti kelas-kelas mereka yang tertangguh disebabkan masa-masa yang sepatutnya diadakan kelas digunakan untuk program ini.
  • Komitmen yang disumbangkan oleh para pelajar untuk program ini tidak berpadanan dengan hanya mndapat 5-10 markah untuk subjek Technical English sedangkan banyak masa-masa sepatutnya digunakan untuk proses ulangkaji telah digunakan untuk menghadiri latihan untuk menjayakan program ini.
  • Selain itu , ujian-ujian praktikal serta teori terpaksa ditangguh disebabkan program tersebut.

Crew juga difahamkan bahawa sebahagian pelajar yang menang telah dijemput (secara paksa) untuk mengadakan persembahan bagi satu program yang akan diadakan pada 31 Mac di sebuah sekolah di Kemaman. Ini adalah tidak sesuai kerana akan mengganggu jadual perjalanan kelas lain.

Ditambah pula dengan keadaan di mana program tersebut diadakan pada minggu-minggu terakhir sebelum final exam ,sedangkan pada waktu-waktu tersebut pelajar sepatutnya memberi komitmen dan fokus sepenuhnya terhadap proses pembelajaran bagi mnghadapi final exam.

Kesimpulan Crew berkenaan emel aduan tersebut ialah, ENGLISH NITE MENGGANGGU FOKUS, KOMITMEN DAN MASA UNTUK KELAS DAN TUGASAN PELAJAR BAGI SUBJEK LAIN.

Walau bagaimanapun, Crew ingin mengemukakan satu lagi sebab atau faktor atau dalil, kenapa English nite wajar dihentikan?

Jelas, English nite secara tidak langsung telah mengajak pelajar melakukan maksiat & kemungkaran. Crew senaraikan beberapa contoh:

  1. Berpakaian menyerupai perempuan (bagi Lelaki).
  2. Berpakaian mendedahkan aurat
  3. Menggalakkan percampuran bebas sehingga berlaku persentuhan antara lelaki dan perempuan.

Crew menerima sangat banyak aduan dan rungutan pelajar berkenaan program ini. Bukan sahaja pelajar, malah pensyarah subjek lain turut sama merungut dan membantah program ini. Sememangnya masa dan wang ringgit yang dilaburkan untuk menjayakan English Nite adalah sangat tidak berbaloi untuk subjek 2 jam kredit ini.

Kepada pihak yang menguruskan program ini, fikirkanlah cara lain untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam bahasa Inggeris. English nite tidak sesuai. SANGAT TIDAK SESUAI.

Ada sesiapa nak membantah??? Tidak setuju?? Nyatakan pendapat anda!!!

11 comments:

ex-mpp said...
April 1, 2009 at 9:26 AM

English nite boleh diteruskan dgn syarat diubah bentuk pengisiannya supaya x bertentangan dgn hukum agama serta x terlalu menekan pelajar sehingga hilang fokus dan komitmen pada subjek lain yg lebih penting...

wakhakha said...
April 1, 2009 at 10:20 AM

hari ini (1 april 20009) hari jadi AZRI kos 2NT semoga dipanjangkan umur... amin......

Anonymous said...
April 1, 2009 at 10:33 AM

ceh... yg membantah hanya org yg xsuka english saja... hehe

bab yg dedah aurat tue... pelajar sendiri yg tentukan right?? knapa nak salahkan lec??

pandai2 sendiri la nak pikir...

Anonymous said...
April 1, 2009 at 11:00 AM

Mslhnye lecturer tu yg paksa student pakai pelik2... klau xikut ckp dia siap kne ugut nk bar la, nk failkan la...patut ke smpai mcm 2?

Anonymous said...
April 2, 2009 at 10:25 AM

laaa... apa ssh. tau dah nak present ms english nite orgnizela masa (kelas ke, asgmt ke, projek ke), jgn wat last minute, fikir sendirila cam mane present mende2 senonoh sket. x semestinye nk ikut suggestion lecturer.

itu pn xle fkirkaa..

Anonymous said...
April 2, 2009 at 1:05 PM

nk royak v cket....

aku wase2 program 2 jak dlu ag yer anjur. xdop pom org dlu2 bantoh..
sek2 bdk baru lenim mmg gong ngam ek cket aku tgk.. aku wase lect suh pk dri nk wat nape2 so ats sek mum r nk wat ganer2 dedoh aurat ke pgg tgn ker...
ke waner..
nk kabo se ag...
bek breti blajo klu nk ende sng lake...aku xajin rungut pom asigmnt ke pojek ke nape ker...
kite plajor wat care pelajor jgam ikut sdap jer nk bantoh2...
aku bkn skong tp kte as student ikut la pe yg d suh leh lect...

--MAFEAR .corp--

Anonymous said...
April 2, 2009 at 3:37 PM

aku sokong anonymous!!! bukan senang nk senang,bukan susah nk susah.. kito blajo kang, wt care blajo.. harap ke english nite se je nk tonjolkan diri korang sumer.. ni asyik duk dlm kain je.. ke guane?

Anonymous said...
April 2, 2009 at 7:39 PM

dlu english nyte xder pon yg brani2 pegg tgn...sjak kblkgn nih jer yg brani sgt...huhuhu..bukn kat cni jer yg ader progrm gni..kat ipt laen pon ader..antra baek ngn bruk jaln yg diplih...tpulg pd masing2..blaja nih bukn smstinye lam class jer..time management kne r btol...memg kjer last minute ggu kejer2 laen..tol dop?..nih nk salahkn lectrr...clas bi pon sush nk attend..ktuk jer pndai..org nk bg ilmu pon nk mnyombong..

Anonymous said...
April 3, 2009 at 12:15 PM

mane bleh..mesti buat sbb tu antara faktor yg boleh membuat kita x gugup bhadapan dgn khalayak ramai,tp pihak atasan,arrange mase yg sesuai utk para pelajar..

mirlme said...
April 3, 2009 at 1:54 PM

aku tak setuju nak hapuskan english nite...
english nite ni membina keyakinan diri di khalayak ramai..
menghapuskan english nite cuma sekadar menghapus english nite sahaja..tetapi di masa hadapan..lagi banyak cabaran mendatang!

Anonymous said...
April 3, 2009 at 4:40 PM

org hok nk hapus kan english nite ni org hok pikiran sempit cam tin sardin hok ikan ye ade 3 ketul je..
ce jadi cam tin sardin hok beso sket......

aku dop reti bdok2 leni..
gong hapas..
bajek best..

KUKUKAKI TATIUC