Lagi Panas!! Siswi cuba bunuh diri

Gambar hiasan

Crew sangat terkejut dan sedih apabila mendapat berita ini. Bukan niat Crew bercerita di sini untuk memburuk-burukkan keadaan. Bukan juga untuk mengaibkan sesiapa. Tetapi atas rasa amanah dan tanggungjawab, Crew terpanggil untuk membetulkan kembali akidah kita yang semakin goyah di zaman yang penuh kejahilan ini.

Crew difahamkan, siswi tersebut cuba bunuh diri akibat putus cinta (mungkin ada kaitan dengan kes ugut). Hmm... Crew rasa, ini bukan kes putus cinta biasa. Crew tak berminat nak cerita kenapa dia putus cinta tetapi Crew nak cerita betapa buruknya perbuatan bunuh diri ini di sisi Islam. Crew juga nak cerita tentang keburukan bercouple tanpa ikatan yang sah yang ternyata hanya membawa fitnah dan keburukan. Namun terlebih dahulu Crew meminta maaf sekiranya tulisan Crew kali ini ada menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Crew bukanlah orang yang faqih dalam agama. Justeru Crew tak berhajat untuk memanjang lebarkan tulisan ini kerana Crew tahu, anda akan boring membaca tulisan berbentuk tazkirah panjang. Takpa, Crew cuba ringkaskan seringkas-ringkasnya.

Membunuh diri itu haram di sisi agama. Crew ulang, HARAM!! Anda faham maksud haram? Kalau faham bagus. Kalau tak, anda adalah manusia yang sangat malang. Justeru belajarlah untuk faham. Sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. yang bermaksud:

Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Bercouple tanpa ikatan yang sah juga HARAM. Hah?!! Haram?? Kenapa, tak percaya?

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat" (al-Isra:32).

Ini bukan ayat Crew tetapi ini perintah Tuhan. Perintah yang WAJIB ditaati. Tapi ramai yang tak tahan. Nak jugak bercinta, bercouple, ke hulu ke hilir, buat date, pergaulan terlalu bebas, bergayut berjam jam membuang masa dan kredit. Ini semua pintu-pintu perbuatan zina. (Kalau rajin klik dan baca artikel ini)

Crew tau ada yang berpendapat tidak salah bercinta tetapi perlu mengikut syariat. Persoalannya, adakah kita faham tuntutan syariat yang dimaksudkan? Jangan sebut ikut sedap mulut saje tapi hati langsung tidak memahami. Inilah masalah yang semakin membarah di kalangan remaja hari ini. Semakin hilang harga diri. Yang perempuan bercinta sehingga tergadai body. Yang lelaki entah ke mana menghilangkan diri.

Benarlah kata Nabi S.A.W. fitnah paling besar di akhir zaman ialah perempuan. Wahai teman-temanku, tinggalkanlah amalan yang membawa fitnah dan kemurkaan ini. Astaghfirullahalazim... Bertaubatlah sebelum terlambat.

Kesimpulan Crew, 2 perkara besar yang ingin disampaikan di sini. Pertama, bunuh diri itu totally haram (klik di sini). Jangan buat. So, jika ada masalah atau tekanan perasaan, Islam ada solusinya.

Kedua, ingin Crew bertanya kepada anda yang bercinta, kenapakah bercinta? Jika ingin menjadikan sebagai sumber inspirasi untuk cemerlang dalam study, alasan ini tidak benar sama sekali. Karut, jangan tertipu. Jika ingin menjadikannya sebagai teman hidup, suami atau isteri, bernikahlah cepat-cepat. Jika sekadar ingin main-main serta memenuhi keseronokan diri dan nafsu, berhenti dan bertaubatlah.

11 comments:

Anonymous said...
March 23, 2009 at 10:09 AM

yup.. bercinta adalah haram... sedangkan syarat membolehkan lelaki menghmpiri wanita ada 4 sahaja...

1. peperangan
2. pembelajaran / ilmu
3. darurat
4. urusan penting...

rasanya itulah.. aku penah dengar dalam ceramah..

halooo... sembang dgn pompuan tanpa sebb juga haram yer... harap crew lakukan teguran crew sendiri, jgn sekadar ditegur sahaja sebb golongan yg menegur tetapi xmengamalkannya adalah antara golongan yg paling awal masuk neraka...

p/s: dengar dalam ceramah jugak...

Anonymous said...
March 23, 2009 at 10:15 AM

siswi yg nak bunuh diri tue nak buat apa?? biar saja atau hantar gi kaunseling?? hantar gi jumpa ustaz la.. biar diajar dan diasuh ingat agama balik...

Crew said...
March 23, 2009 at 10:42 AM

Siswi tersebut cuba melemaskan dirinya di pantai teluk kalong... Crew difahamkan hal ini sudah sedia maklum di peringkat atasan dan Crew berharap pihak berkenaan dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik.

Terima kasih sufi. Crew sentiasa cuba menasihati diri terlebih dahulu kerana itu yg seafdholnya... Namun, amar makruf & nahi mungkar itu wajib ke atas setiap individu walaupun kita sendiri masih dibelenggu kemaksiatan.

Jika mahu tunggu diri sempurna baru nak tegur org buat salah, nescaya kesalahan itu takkan dapat tertegur.. (",)

Anonymous said...
March 23, 2009 at 12:32 PM

"Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya. Maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi" (Hadith Riwayat Termidzi dan Ahmad)

Anonymous said...
March 23, 2009 at 1:48 PM

alah...
die bukan nak bunuh diri sgt pown...
saje je nak cari publisiti murahan...
kalu btul2 nak bunuh diri, nape bagi nota kat org ckp die nak matilah...
kalu btul2, pegi jer bunuhdiri trus..
tak payahlah nak cari publisiti terlampau murah mcm tu...
takde maknenye..
org pandang bukan pandangan elok pown...
rosakkan name tati je..dgr kate die putus cinta..
alah, kat tati ni dah brape kali dh die couple..
sy tgk mcm2 laki yg die duk bt date..
nak sedih buat ape.
sendiri fikirlah....
-insan kerdil-

Anonymous said...
March 23, 2009 at 2:04 PM

"Jika mahu tunggu diri sempurna baru nak tegur org buat salah, nescaya kesalahan itu takkan dapat tertegur.."

haha.. sapa suruh tunggu diri sempurna.. apa yg aku nak sampaikan ialah kita kena sama2 berusaha menjadi baik.. bukannya biarkan begitu saja...

iman nabi dan rasul makin meningkat.. iman para malaikat stabil dan kekal.. manakala iman manusia sentiasa turun dan naik... sebb tu manusia dituntut sentiasa ingat mengingati...

aku cuba nak ingattkan diri aku dan kita semua saja.. =)

Anonymous said...
March 23, 2009 at 3:31 PM

Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Setengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di show room sahaja; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah kehulu, kehilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.


dipetik dari blog: http://ibnumuhammad.blogspot.com

Anonymous said...
March 23, 2009 at 5:07 PM

to AHMADSUFI6177....
bercinta adalah haram..tp bkn kah anda juga mempunyai awek?

sekadar memetik komen AHMADSUFI6177..
(harap crew lakukan teguran crew sendiri, jgn sekadar ditegur sahaja sebb golongan yg menegur tetapi xmengamalkannya adalah antara golongan yg paling awal masuk neraka...)

So,skrg ni sape yg ckp x serupa bikin?lu pikiq la sndiri............

Kaazim Kazuma said...
March 23, 2009 at 9:25 PM

Salam...aik, mcm knal je link 2 =) xpe2...HAK CIPTA TAK TERPELIHARA.
Hmm.. Amboi crew..crita panas aje... xde ke cite2 sejuk sket? huhu..

Anonymous said...
April 1, 2009 at 10:47 AM

buat akujugainsanbiasa :

aku ada awek.... tapi aku bukanlah jenis buaya yang suka baham sana sini.. aku betul2 nak kawin dengan dia... tunggu masa saja abis dip... awek hanya atas sekadar cop dia.. ada duit aku bertunang... hehe..

"harap crew lakukan teguran crew sendiri, jgn sekadar ditegur sahaja sebb golongan yg menegur tetapi xmengamalkannya adalah antara golongan yg paling awal masuk neraka..."

itu adalah teguran yang aku dengar dalam ceramah agama.. aku hanya sampaikan kembali...

adakah kau ada masalah dengan agama islam??

Anonymous said...
April 2, 2009 at 7:42 PM

btol kater ahmadsufi..org cmnih ptut di hantar kaunseling..ptut diambil tindkan..jgn dibiarkn aje..6t berulang kesilapan yg same...pkir dlu sblom bertindak..