PANAS!! 30 pelajar TATiUC naik nama di AADK??

Cubaan pensyarah buang dadah dalam mangkuk tandas gagal

KUALA TERENGGANU - Cubaan seorang pensyarah lelaki membuang dadah ke dalam mangkuk tandas bagi tujuan menghilangkan bukti tidak berhasil apabila dadah berkenaan tidak tenggelam, sebaliknya timbul kembali.

Pensyarah yang berkhidmat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kemaman itu bertindak demikian selepas terkejut dengan serbuan dilakukan sepasukan polis bahagian Narkotik di sebuah rumah di Bukit Kuang, Kemaman.

Hasil serbuan itu, polis berjaya menahan pensyarah berumur 35 tahun itu dan seorang lagi rakannya yang berkhidmat sebagai juruteknik di IPTA sama, bersama dengan dadah jenis syabu seberat hampir dua gram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintendan Roslan Abdul Wahid berkata, serbuan ke atas rumah di kawasan perumahan itu dilakukan melalui Operasi (Ops) Tapis yang dilancarkan di daerah berkenaan.

“Ketika anggota polis menyerbu rumah, pensyarah yang tinggal di Kemaman itu dilihat terus berlari ke arah tandas dan membuang sesuatu dipercayai dadah ke dalam mangkuk tandas namun dadah itu timbul kembali.

“Dengan penemuan dadah di dalam rumah sewa juruteknik berumur 25 tahun dan belum berkahwin itu, polis menahan kedua-dua suspek bersama dadah jenis syabu berkenaan bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Roslan, hasil siasatan awal pihaknya mendapati, pensyarah yang mempunyai dua anak itu sering ke rumah juruteknik terbabit bagi tujuan melepaskan gian, malangnya perbuatan mereka berjaya dihidu polis.

“Pensyarah yang tinggal berhampiran dengan rumah rakannya itu sudah lebih setahun mengambil dadah dan hasil ujian air kecing, kedua-dua lelaki terbabit disahkan positif menggunakan dadah.

“Mereka ditahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15 (1) (a) akta sama kerana memasukkan dadah ke dalam badan, jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan sehingga lima tahun,” katanya.

-----------------------------------------------------------------------------------

Berita di atas diambil dari akhbar Sinar Harian, Jumaat 20 Mac 2009. Crew tidak pasti IPTA manakah yang dimaksudkan dalam laporan berita tersebut kerana setahu Crew, di Kemaman ini tiada IPTA. IPTS banyaklah termasuk TATiUC sendiri. So, pengajaran pertama, jangan terlalu percayakan laporan akhbar kerana mereka selalu 'buat-buat cerita' untuk melariskan jualan.

Namun, ada pengajaran yang lebih utama. Crew mendapat maklumat bahawa lebih kurang 30 orang pelajar TATiUC naik nama di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Dan tambah mengecewakan, majoritinya adalah siswi. Crew juga dimaklumkan bahawa urine test telah dijalankan secara rawak namun persoalannya, bagaimana nak trace mereka yang terlibat dalam pengedaran sahaja dan bukan penyalahgunaan?


Isu dadah bukan isu main-main. Bukan isu remeh. Sudah ramai pelajar TATiUC yang tertangkap dan diberhentikan pengajian. Dan yang lebih merunsingkan sebenarnya adalah tabiat penyalahgunaan dan pengedaran dadah ini dikhuatiri akan merebak kepada pelajar-pelajar lain. Kes-kes kecurian juga sebahagian besarnya melibatkan mereka yang terlibat dengan najis ini.


Justeru, Crew mengharapkan sokongan semua pihak agar dapat membantu menyelesaikan isu ini. Sila laporkan kepada pihak atasan sekiranya anda mempunyai maklumat berkenaan hal ini. Kami juga sedia menerima laporan dan maklumat daripada anda.
tatiuckini08@gmail.com

4 comments:

Anonymous said...
March 20, 2009 at 6:56 PM

sesiapa yg mkan taik dadah ni baik berhentilah.. bukan senang nak stop.. percayalah...

bila gian susah.. kalo dapat xpa.. kaloxdapat camna?? boleh jadi derhaka ibubapa, perompak malah lagi teruk pembunuh. nak ker??

Anonymous said...
March 22, 2009 at 2:30 AM

wajibkan urine test kepada smua student mengikut tahun......

bukan ramai sgt pun... bila dpt tgkp, tnya la pengedar dye....dr mana dpt barang....

medical checkup saje x ckup........

Anonymous said...
March 23, 2009 at 1:38 PM
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
April 2, 2009 at 7:54 PM

tu lar..makin menjadi2 siswi skrg nih..nk blajar ker..nk jd aper nih??