Dari YDP MPPTATiUC 2008

*emel yang dikirim oleh mantan YDP MPP sesi 2008

Assalamualaikum w.b.t.

Saya menyedari kehadiran blog ini pada minggu lepas. Saya mengambil kesempatan untuk menyentuh beberapa perkara di sini.

1. Terima kasih kepada pihak admin dan krew TATiUCkini di atas usaha mewujudkan blog ini. Melihat dari sudut positif, saya merasakan blog ini mampu membangkit dan meningkatkan kepekaan mahasiswa terhadap perkembangan semasa kampus.

2. Saya berharap agar blog ini tidak disalah guna untuk ‘menyerang’ mana-mana pihak. Namun, jika ada isu yang dirasakan sesuai diketengahkan, mungkin blog ini mampu menjadi platform terbaik untuk mahasiswa melontarkan pandangan.

3. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan baru MPPTATiUC 2009. Adalah besar harapan saya agar agenda kebajikan mahasiswa terus diutamakan.

4. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada seluruh warga mahasiswa TATiUC di atas segala kekurangan dan kelemahan saya semasa memegang amanah selaku YDP MPPTATiUC 2008.

5. Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan TATiUC serta pihak HEPA di atas kerjasama yang telah diberikan untuk memastikan kebajikan mahasiswa terus terbela.

6. Melihat kepada senario kampus dari sudut nilai sahsiah pelajar, saya merasakan ianya bukanlah suatu keadaan yang boleh dianggap memuaskan. Justeru, saya mengharapkan akan ada usaha untuk meningkatkan nilai ini baik dari pihak MPP mahupun pihak HEPA dan pengurusan.

7. Khas buat MPPTATiUC sesi 2009, jalankanlah amanah yang diberi dengan baik dan komited. Serlahkanlah potensi diri anda sebagai pemimpin mahasiswa yang mampu menunjukkan contoh yang baik sama ada melalui sudut kepimpinan, akhlak, mahupun akademik.

Akhir kata, suka saya untuk mengajak kita semua muhasabah melalui firman Allah yang bermaksud:

Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa dan janganlah kamu tolong menolong dalam membuat dosa dan perlanggaran.” (al-Maidah:2) dan;

Tiap diri bertanggungjawab atas apa yang diperbuatnya
(al-Muddatsir:28)

Sekian.

FIRDAUS BIN MOHAMED

SUMBANGLAH UNTUK PALESTIN

BEBASKAN PALESTIN!!!!!!!!!





SUMBANGLAH BUAT MEREKA, KERANA SUMBANGAN KITA AMAT BERMAKNA.
SEDIKIT SUMBANGAN MAMPU MEMBUAT PERUBAHAN YANG BESAR.
SALURKAN SUMBANGAN ANDA DI PEJABAT HEPA TATiUC






SIAPAKAH BAKAL YDP MPP TATiUC 2009

Semuanya bakal terjawab esok apabila kesemua 14 ahli MPPT 2009 akan mengambil peperiksaan untuk menentukan bakal YDP, dan bukannya melalui undian terbanyak.

Tidak mustahil jika YDP pada kali ini adalah dari wakil SISWI. Mengharapkan pelaksanaan secara telus dan adil dari pihak SPR PRK TATiUC 2009
.......................................................................

BENARKAH DAKWAAN INI??

Krew baru terima satu email daripada seorang siswi TATiUC .

Assalamualaikum krew, pertama sekali saya mengucapkan tahniah kepada krew tatiuckini dan semua moderator tatiuckini kerana memberikan saya peluang dan ruang untuk menyampaikan suara hati saya.

Bukanla saya nakkan publisiti murahan , saya yang pernah juga masuk bertanding untuk PRK di salah sebuah IPTA yang tak perlu saya beritahu namanya. Apa yang saya ingin kongsikan bersama adalah, memang berbeza suasana PRK di IPTA lama saya dan di TATiUC. Walaupun begitu, saya amat berdukacita sekali apabila melihat PRK pada kali ini dijalankan dengan agak tidak begitu sempurna. Namun tiada yang bangkit atau berani menyatakan apa yang betul dan apa yang tidak.

Saya kecewa dan terkilan sekali apabila saya sendiri tidak sempat untuk mengundi buat pertama kalinya saya di TATiUC. Ini adalah disebabkan kekeliruan terhadap
poster yang mengatakan bahawa waktu mengundi bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari. Saya tiba di tempat untuk membuang undi tepat jam 12 tgh hari berikutan kelas saya yang sepatutnya berakhir pada jam 1pm telah ditamatkan lebih awal. Namun apa yang saya dapati, semua pegawai2 SPR telah selesai mengemas tempat membuang undi dan sedang menikmati jamuan tengah hari.

memang sudah tentu tempoh masa mengundi sudah selesai dah saya tengok semua dah kemas blake,siap tgh makan. Adala saya tengok beberapa org calon MPP pada ketika itu sedang berbual, lalu dengan keadaan tertanya-tanya mengapa pihak HEPA tidak mengikuti masa seperti yang di maklumkan kepada mahasiswa TATiUC.

Saya tidak kisah kerana saya tidak sempat mengundi, namun saya pelik dan hairan, mengapa calon-calon itu sendiri tidak membuat bantahan kerana perkara sebegini mampu
menggugat bilangan undi mereka. Atau mereka langsung tidak berminat dalam perkara ini.

Namun kita perlu sedar,apabila kita langsung tidak berbuat apa-apa dalam perkara sebegini kita mudah diperdaya.
Mahasiswa sepatutnya berfikiran lebih matang dan peka dengan keadaan sekeliling. Saya tidak bermaksud untuk memburukkan mana-mana pihak, dan harap pihak HEPA dapat memperbaiki kelemahan ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Harap krew tidak mendedahkan email saya kepada umum.

Senarai Penuh MPPTATiUC Sesi 2009

1. Mohd Alias B. Mohamad (HBF)
2. Wan Ahmad Saufil Hamzi (HEE)
3. Mohd Armia B. Zakaria (PT)
4. Nor Ahmad Muttaqin Bin Mohd Sariful Lim (NT)
5. Mohd Hafiz B. Mohd Noor (MT)
6. Fatehah Hanim Bt. Ahmad Othman (MT)
7. Helmi B. Ramli (CIS)
8. Noor Rabiatul Adawiyah Bt. Ahmad Razif (EI)
9. Ahmad Firdaus B. Jamaludin (TM)
10. Nur Hazwani Bt. Zakaria (CT)
11. Syazwani Bt. Md Sobri (GMK)
12. Kok Liang Yi (HEE)
13. Mohd Nazrin B. Burhanuddin (HBF)
14. Nor Luqman Hazim B. Sarip (HME)