Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali ini Crew ingin mengadu kepada pihak pentadbiran & pengurusan TATiUC, khususnya kepada tuan Rektor, Dr. Mohd Rozailan dan Crew sangat berharap tuan Rektor membaca aduan Crew ini.
Hentikanlah program English Nite (di bawah subjek Technical English). Ini kerana, jelas program ini tidak mencapai objektif yang sepatutnya. Malah, program ini dilihat lebih banyak mengundang perkara negatif daripada positif.
Crew menerima satu emel aduan daripada seorang pelajar berhubung isu ini. Antara lainnya pelajar tersebut menyatakan:
Crew juga difahamkan bahawa sebahagian pelajar yang menang telah dijemput (secara paksa) untuk mengadakan persembahan bagi satu program yang akan diadakan pada 31 Mac di sebuah sekolah di Kemaman. Ini adalah tidak sesuai kerana akan mengganggu jadual perjalanan kelas lain.
Ditambah pula dengan keadaan di mana program tersebut diadakan pada minggu-minggu terakhir sebelum final exam ,sedangkan pada waktu-waktu tersebut pelajar sepatutnya memberi komitmen dan fokus sepenuhnya terhadap proses pembelajaran bagi mnghadapi final exam.
Kesimpulan Crew berkenaan emel aduan tersebut ialah, ENGLISH NITE MENGGANGGU FOKUS, KOMITMEN DAN MASA UNTUK KELAS DAN TUGASAN PELAJAR BAGI SUBJEK LAIN.
Walau bagaimanapun, Crew ingin mengemukakan satu lagi sebab atau faktor atau dalil, kenapa English nite wajar dihentikan?
Jelas, English nite secara tidak langsung telah mengajak pelajar melakukan maksiat & kemungkaran. Crew senaraikan beberapa contoh:
Crew menerima sangat banyak aduan dan rungutan pelajar berkenaan program ini. Bukan sahaja pelajar, malah pensyarah subjek lain turut sama merungut dan membantah program ini. Sememangnya masa dan wang ringgit yang dilaburkan untuk menjayakan English Nite adalah sangat tidak berbaloi untuk subjek 2 jam kredit ini.
Kepada pihak yang menguruskan program ini, fikirkanlah cara lain untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam bahasa Inggeris. English nite tidak sesuai. SANGAT TIDAK SESUAI.
Ada sesiapa nak membantah??? Tidak setuju?? Nyatakan pendapat anda!!!

- Para pelajar menghadapi masalah untuk fokus terhadap proses pembelajaran kerana terganggu dengan program ini sedangkan jadual proses pembelajaran mereka adalah padat.
- Banyak masa diperuntukkan untuk program ini menyebabkan banyak tugasan, projek, serta laporan yang diberikan oleh pensyarah bagi subjek lain kepada para pelajar tidak dapat disiapkan sepenuhnya.
- Pensyarah mendapat masalah untuk mengganti kelas-kelas mereka yang tertangguh disebabkan masa-masa yang sepatutnya diadakan kelas digunakan untuk program ini.
- Komitmen yang disumbangkan oleh para pelajar untuk program ini tidak berpadanan dengan hanya mndapat 5-10 markah untuk subjek Technical English sedangkan banyak masa-masa sepatutnya digunakan untuk proses ulangkaji telah digunakan untuk menghadiri latihan untuk menjayakan program ini.
- Selain itu , ujian-ujian praktikal serta teori terpaksa ditangguh disebabkan program tersebut.
Crew juga difahamkan bahawa sebahagian pelajar yang menang telah dijemput (secara paksa) untuk mengadakan persembahan bagi satu program yang akan diadakan pada 31 Mac di sebuah sekolah di Kemaman. Ini adalah tidak sesuai kerana akan mengganggu jadual perjalanan kelas lain.
Ditambah pula dengan keadaan di mana program tersebut diadakan pada minggu-minggu terakhir sebelum final exam ,sedangkan pada waktu-waktu tersebut pelajar sepatutnya memberi komitmen dan fokus sepenuhnya terhadap proses pembelajaran bagi mnghadapi final exam.
Kesimpulan Crew berkenaan emel aduan tersebut ialah, ENGLISH NITE MENGGANGGU FOKUS, KOMITMEN DAN MASA UNTUK KELAS DAN TUGASAN PELAJAR BAGI SUBJEK LAIN.
Walau bagaimanapun, Crew ingin mengemukakan satu lagi sebab atau faktor atau dalil, kenapa English nite wajar dihentikan?
Jelas, English nite secara tidak langsung telah mengajak pelajar melakukan maksiat & kemungkaran. Crew senaraikan beberapa contoh:
- Berpakaian menyerupai perempuan (bagi Lelaki).
- Berpakaian mendedahkan aurat
- Menggalakkan percampuran bebas sehingga berlaku persentuhan antara lelaki dan perempuan.