Internet Access di TATiUC Dipantau


Sebelum ini para Mahasiswa TATiUC boleh mengakses internet menggunakan perkhidmatan wireless secara bebas dan sukar dikawal.

Oleh kerana kebebasan yang mutlak diberikan oleh pihak PPTM ramai yang menggunakan peluang ini untuk pelbagai tujuan, antaranya menyiapkan assignment dan juga untuk muat turun pelbagai filem dan cerita.

Hampir kebanyakan dari kita memuat turun atau download filem dan cerita-cerita ini menggunakan P2P Search Engine. Apakah itu P2P?

P2P ialah satu protokol dalam applikasi untuk muat turun seperti Bit-Torrent, Ares, Metacafe, Internet Download Manager (IDM) dan lain-lain lagi. P2P engine ini akan berfungsi untuk muat turun dengan cara ter pantas dan sekiranya sambungan internet terputus, ia mampu untuk menyambung kembali kerja-kerja men download ini sehingga selesai.

Akibat yang orang lain akan tanggung daripada aktiviti P2P yang tidak terkawal akan menyebabkan kita kehilangan bandwidth atau kelajuan untuk aksess ke internet.
dan kadang-kadang sambungan wireless ada tapi, tidak dapat akses ke internet. Yang tidak berdosa turut menjadi mangsa........

Justeru itu pihak PPTM menggunakan authentication kepada Mahasiswa TATiUC ada wajarnya, sehinggakan mereka mengambil MAC address setiap laptop atau PC pelajar untuk memudahkan lagi pengawasan penggunaan internet pelajar. Jadi Terpaksalah pelajar usung laptop san sistem unit mereka ke pejabat PPTM untuk pertama kali mendaftar.

Mac Address adalah alamat atau ertikata lainnya kombinasi unik pengenalan kepada sesebuah device, seperti PC atau laptop mempunyai satu ID yang tidak sama dengan ID pada lain-lain PC atau laptop. Untuk mengawasi pelajar menggunakan IP address adalah sukar kerana ia diberikan secara DHCP (automatik).

Selepas ini aktiviti pelajar untuk akses ke internet dikawal oleh RADIUS server yang akan membenarkan akses untuk pelajar yang berdaftar sahaja. Pihak PPTM juga boleh menetapkan had jumlah bandwidth bagi seseorang pelajar. Bagi penggemar atau kaki download, terpaksalah menunggu masa yang lebih lama dari sebelumnya untuk mendownload cerita. Oleh itu sabar-sabarlah ye........

Setiap aktiviti pelajar akan dapat dikesan melalui MAC address, Username dan password. Pihak yang mengawal akses pelajar dapat mengenalpasti dengan mudah masa pelajar tersebut akses internet, masa apabila pelajar itu logout, bandwidth yang digunakan, Laman web yang dilawati....... Kalau si A melawat satu laman web porno, MAC Address si A akan di rujuk kedalam database pelajar dan segala maklumat peribadi seperti Nama, No. Matrik, Kos, dan segala maklumat lain dapat dikenal pasti.

Dengar-dengar kata pihak PPTM akan menaik tarafkan Bandwidth dari 10Mbps ke 32Mbps dalam masa terdekat ni. Selain itu juga semua mahasiswa diberikan perkhidmatan E- Mail peribadi sendiri contoh email saya : NT07A05025@stud.tatiuc.edu.my

Oleh itu kaki download, kaki pornografi dan para "hacker" TATiUC anda telah mendapat satu lagi dugaan baru....... berhati-hatilah.................

Credit to: http://azrinets.blogspot.com/

Komen terpilih (2)

Alhamdulillah.. Crew bersyukur, blog ini masih mendapat perhatian seperti dulu. Crew terima beberapa komen, ade yg menyokong, tidak kurang yg menghentam. Biasalah tu... Crew terbuka... Apa jua kritikan, komen dan pendapat Crew terima dengan berlapang dada.

Knpe blog Tatiuckini dh x "shngt" dulu...klo dulu ade je brita2 hngt yg mngHENTAM pihak2 yg b'tnggngjwb...cnth ny mcm kes kanvas kdai pak hassan tuh....english nite n etc...mne mdrtr2 blog nih....xkan dh mngalah kot...cam ayam + dok rok cetong r gini...
-Budak TATi-

TATiUCkini: 'Menghentam' itu bukan matlamat kami.. Kami cuma 'menghangatkan' suara mahasiswa...


Ape kate kalau tatiuc bina lah alur gajah (laluan beratap) bagi menyenangkan pelajar2 pergi ke kelas.

safety guard sepatutnya melihat kad matrix setiap pelajar yg ingin memasuki ke dalam kawasan kampus.
-Student resah-

TATiUCkini: Cadangan laluan beratap itu sudah lama dalam pengetahuan pihak pengurusan seperti mana mesin ATM. Cuma perlu tunggu masa. Mesin ATM pun akan dipasang dalam masa terdekat. So, moga pihak pengurusan lebih alert isu ini.


Berfikir pnjnglah...jgn berfikir sempit...
blog nie dpt di access seluruh dunia..
anda warga tatiuc???jaga name baik tatiuc...kalau xnak lagi dihack..dan kalu dihack..selama2myer..hilng!!!..
pe yg anda bgtau semua btol...tp fikirkan tentang perasaan...
pe yg dinmpk mata skrg...diorng tabah terima kritikan...jgn sampai mase...pihak admin pun akn ambil tindakn skali lagi jika blog nie menjtuhkan nama baik tatiuc...
anda igt anda tu tahap apa??
anda jgn igt yg disini xprnh tahu pun khidupan di alam kmpus seperti di IPTA seumpamanyer...
yg disini bkn setkat prnh..malah melalui nyer...dan stu lagi teguran yg nk dibuat kpd seseorg nie melalui blog tatiuckini,fkirlah2 lah dhulu..jika anda komen pasal mpp...tidak kah mpp diluar pun dpt access blog nie???dan apakah maruah studnt dan pengurusan tatiuc????trus terang...anda berfikiran sempit...tolong pnjng kan skit..
yg disini dh lame pendam perasaan...smpai stu tahap yg tak dapt dibendung...kita mohon tuk berjumpe face to face...yg disini dpt agk siapa crew yg sebenar..dan jika kami dpt bukti..hhmmm...so..yg disini xberniat aper2 pun cume harap dpt ubahkan persepsi anda yg slalu kesempitan...fkir2m lah sendiri....nin dituju khas tuk crew tatiuc kini...anda kan cerdik pandai kan???bijaksana dari sume segi...anda ptt fkirkan yg hal seperti ni...jd anda buat stu sistem atau pun ajukan secare brani dan komen yg bukan saje tuk mpp dan pengurusan...buat stu sistem yg mane dpt diaccess hny pd pengurusan ataupun mpp...
so...pandai2 lah..yg disini xpandai berkata2 seperti crew...tp crew pandai2 berkata kan???kata2 omong2 kosong..dan sajer jer pandai amik hati org....
kita nie org lame..dh terlebih mkn gula..hati2 lah...kita xder nk ugut2 saper2...cume yg disini harap dpt ubah persepsi tu..tatiuc bakal universiti pd 2012..jagelah name baik tersebut..
sekian....
DITUJU KHAS UTK CREW TATIUCKINI!!!

TATiUCkini: Terima kasih. Nak hack ke? Amboii...kes ugut dah ni.. =P


assalamualaikum wbt...
huhu
komen aku jd komen yg terpilih ek?
alhamdulillah
kan aku da ckp ko leh bangkit la bro
alhamdulillah
pihak tati dari segi pengurusan dia memang aku x leh tabik macam ko
patutnye ko yg jd mpp sbb ko brani lwn pihak diorang
ko sdar yg ko ade kuase bg pihak pelajar...
takde pelajar takde la tati
tapi tati x pikir semua tuh
diorang x pikir masalah dalaman pihak pelajar.
ok bro
keep up the fighting spirit for us
GANBATTEI!!!!!!!!!!!!
- A_S90 -

TATiUCkini: TQ bro.. Diorang bkn xpikir, tp mungkin kurang cakna sket. Crew percaya akan ada perubahan kepada yg lebih baik. 1 lagi, kami tak pernah melawan pun bro, jgn salah faham. Kita semua manusia biasa. Ada yg kurang tu biasalah ^_^


salam..
selepas setahun lebih meningalkan tati,terasalah jgk nak tgk2 tatiuc n dgr gosip2 terkini.tapi,banyak sangat ar yang dah berubah kat taiuc....saya bekas pelajar hnd,ble dgr crite pjar junior dah xrapat dengan pensyarah2,saya trasa sedih.begitu jgk dengan aktiviti2 di dalam tatiuc.peruntukan banyak tapi saya dengar dan lihat,sume itu tidak digunakan sepenuhnya.
begitu jgk dengan students n lectures.....adik2 yang baca email saya nie,kat tatiuc je yang mempunyai lecture yang mengambil berat dan boleh dibuat kawan.ingat,walaupun kita mpp,wakil pelajar,atatu sape pon,owg yang boleh luluskan kita dalam peksa lecture kita....
so harap adik2 rebut peluang yang ada kat tati,rancang dan buat aktiviti2 pelajar dan berbaik2lah dengan lecture.sume2 memang kita xterfikir tapi ble dah habis blajar,baru kt myesal...adios
-jacksparraw-

TATiUCkini: TQ bro. Sama-samalah kita saling menghormati. Lecturer TATI memang the best ^_~

Isu: Gelanggang tenis baru untuk siswi?

Selasa,4 ogos,6.15ptg,

-Saya dilarang oleh staff tatiuc daripada bermain tennis di gelanggang baru belakang blok c. Dengan alasan tempat ini hanya untuk mahasiswi.
-1 Persoalanya, adakah tempat itu hanya benar2 utk mahasiswi??
-2 Ade ke mahasiswi nak bermain tennis. Saya tak pernah nampak mahasiswi nak bermain tennis. Ade ke mahasiswi nak main tennis?
-3 tidak kah membazir jika gelanggang tak digunakan sedangkan ade mahasiswa yang memerlukan.X kan nak dibiarkan sampai berkulat.
-4 Jika mahasiswa di blok baru ingin bermain hanya boleh bermain di blok lama??, tidakkah memenatkan mahasiswa tersebut,lagipun selalu court penuh oleh kerana digunakan oleh staff dan pensyarah.
-5 tak kan nak bermain di court bola tampar?? tak kesian ke?? lagipun court tersebut tidak cukup syarat untuk dijadikan sebagai court tennis. contoh: line,net,keluasan dan pehadang bola.
-6 macam mana nak melahirkan mahasiswa serba boleh bersukan?? sedangkan seolah-olah di halang.
- saya amat meminta kepada crew mencadangkan sesuatu ataupun sama-sama menyelesaikan masalah ini. kerja sama amat dihargai.

yang benar,
student suka bersukan.

Demikian 'luahan hati' seorang mahasiswa kepada TATiUCkini....

Crew ingin berkongsi pendapat dan pandangan berkenaan dengan gelanggang tenis baru di sebelah blok siswi. Crew merasakan, mahasiswa perlu berfikir dengan lebih matang. Tak perlulah perkara sekecil ini diperbesarkan. Pendapat Crew, pihak pengurusan TATiUC tidak wajar dipersalahkan dalam hal ini. Amat tidak wajar pelajar mempertikaikan tindakan pihak pengurusan mengkhususkan gelanggang itu kepada siswi.

Jadi mengapa isu berkenaan gelanggang tenis ini timbul? Mungkin ada pelajar tidak sedar atau tidak pernah tahu, apakah justifikasi pihak pengurusan mengkhususkan gelanggang tersebut kepada siswi. Bagi yang malas berfikir, pasti akan menyalahkan tindakan pengkhususan tersebut namun tidakkah mereka sedar, idea atau cadangan pengkhususan tersebut datang dari mahasiswa juga? Dan Crew melihat tindakan pihak pengurusan ini sebagai satu tindakan yang tepat kerana ini secara tidak langsung membuktikan pihak pengurusan TATiUC peka dengan suara dan kehendak mahasiswa.

Persoalannya di sini, jika gelanggang tersebut tidak digunakan, siapa patut dipersalahkan?
1. MPP yang mengutarakan cadangan kepada pengurusan.
2. Pihak pengurusan yang merealisasikan cadangan dan kehendak mahasiswa.
3. Pelajar siswi yang tidak menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan.

Crew tidak mahu menyalahkan sesiapa. Crew memuji tindakan MPP dan pihak pengurusan yg telah merealisasikan kehendak mahasiswa namun Crew kecewa dengan sikap mahasiswa yang tidak pandai menghargai perkhidmatan yg telah disediakan.

Kepada siswa yg mengadu, Crew ucapkan terima kasih kerana sudi mengadu dan segala pandangan Crew di atas moga dapat diterima. Untuk pengetahuan juga, pihak pengurusan telah membina gelanggang tenis untuk siswa di blok baru namun mahasiswa sendiri yang mahu menukarkannya kepada gelanggang futsal.

Nasihat Crew kepada rakan-rakan mahasiswa TATiUC yg bijaksana, bersabarlah.. Crew yakin pihak pengurusan sedang menambahbaik kemudahan infrastruktur di kampus kita ini. Semua itu pasti memerlukan masa.

Pelajar TATiUC terima Ijazah Kejuruteraan Kimia di Ireland Utara

LILI (dua dari kiri) dan Martini bersama Ahmad, Gregson dan Latiff (kanan) selepas menerima Ijazah Kejuruteraan Kimia di QUB, baru-baru ini.


DUA pelajar Malaysia di Queen's University Belfast (QUB), bertuah kerana menerima Ijazah Kejuruteraan Kimia pada majlis konvokesyen universiti Ireland Utara itu, baru-baru ini, yang turut disaksikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

Graduan terbabit ialah Martini Muhamad dan Lili Hassan, pelajar kohort pertama program kerjasama antara Kolej Universiti TATi (TATiUC), Kemaman dan QUB.

Menerusi program itu, pelajar cemerlang TATiUC mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan kimia di QUB dengan pembiayaan kerajaan Terengganu.

Naib Canselor QUB, Prof Peter Gregson, berkata pihaknya terharu dengan kehadiran Ahmad berserta delegasi pentadbiran TATiUC, sekali gus menyaksikan majlis konvokesyen pertama pelajar kolej universiti berkenaan.

Sambil menjelaskan 120 pelajar Malaysia sedang mengikuti pengajian di universiti berkenaan, beliau berkata:

“Awal tahun ini, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menerima Ijazah Kehormat daripada QUB atas sokongan baginda dalam bidang pengajian tinggi serta jaringan pendidikan antara Malaysia dan universiti ini sejak lebih 50 tahun lalu.

“Kami berharap dapat terus berhubung dengan alumni dari Malaysia bagi menaikkan nama universiti ini, sekali gus menarik lebih ramai pelajar antarabangsa ke Ireland Utara.”

Sementara itu, Ahmad menyifatkan lawatan itu titik permulaan kerjasama antara kerajaan Terengganu dan Ireland Utara dalam bidang pendidikan, perdagangan dan pelancongan.

“Kerajaan negeri berhasrat membiayai sehingga 20 pelajar setahun dalam bidang kejuruteraan awam dan mekanikal dalam usaha memenuhi keperluan tenaga mahir di Terengganu,” katanya.

Bagi meneruskan program itu, satu lagi memorandum persefahaman mengenainya ditandatangani Ahmad, Gregson dan Pengarah Pentadbir TATiUC, Datuk Latiff Awang.

Sumber: Berita Harian

TATiUCkini: Tahniah kepada graduan tersebut, semoga TATiUC akan mengeluarkan lebih ramai produk2 yg berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

TATiUCkini tidak hangat?? Atau MPPTATiUC tidak berfungsi??

Terima kasih kepada mereka-mereka yang sudi memberi komen kepada kami. Tidak kurang juga yang memberi cadangan dan aduan dengan harapan ia akan sampai kepada pihak sepatutnya. Kami di pihak TATiUCkini sentiasa mengalu-alukan sokongan anda.

Ingin kami perjelaskan di sini, kami sekadar menyediakan satu platform alternatif kepada mahasiswa TATiUC khususnya untuk 'bersuara'. Saluran utama yang sepatutnya dipergunakan sepenuhnya oleh mahasiswa adalah melalui wakil yang telah dilantik iaitu MPP.

MPP sepatutnya memainkan peranan yg aktif dalam memastikan suara mahasiswa yang 'biasa-biasa' seperti kami ini sampai kepada saluran yang betul serta memastikan tindakan selanjutnya diambil segera.

Crew turut menerima komen2 yg tidak enak didengar yg datang dari mahasiswa berkenaan sikap sesetengah ahli MPP yg tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah yg telah diberi kepada mereka. Crew harap MPP yang ada sekarang perlu bertindak dengan lebih proaktif dalam memastikan kebajikan mahasiswa terbela. Crew juga berharap exco2 MPP sendiri dapat menjaga disiplin kerana ada di kalangan exco yg disiplinnya (minta maaf) lebih teruk dari pelajar biasa dan tidak layak bergelar exco MPP.

Walau bagaimanapun, kami di pihak TATiUCkini sedang berusaha untuk memperbaiki mutu dan fungsi blog ini agar lebih bertenaga, bukan sekadar hangat semata-mata. Sekian.